16/04/2026
Terjaga tengah malam, sambung kerja yang tertunda.
Siang sibuk cari rezeki… malam curi masa siapkan apa yang belum selesai.
🫡 𝗘𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿𝗶𝗮𝗹 𝗠𝗶𝗻𝗱
🫡 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺
16/04/2026
Terjaga tengah malam, sambung kerja yang tertunda.
Siang sibuk cari rezeki… malam curi masa siapkan apa yang belum selesai.
10/01/2026
Fail dah sampai. Dokumen lama jangan lari, kita jumpa hari ni... 😄📁
07/12/2025
Hari ni adik aku tamat Master. Rezeki dia, usaha dia. Tahun depan giliran aku p**a sambung belajar. Bukan nak lawan siapa, cuma nak upgrade diri. Kita tak berlumba, tapi kita sama-sama naik. 💙🎓✨
Dia cuma nak hidup biasa... nikah, bina rumah tangga, sambut anak pertama dengan penuh doa.
Semua nampak normal… sampai lah anak kedua lahir.
Hari nak urus dokumen di JPN, pegawai tiba-tiba panggil suaminya masuk bilik belakang.
“Encik… IC isteri encik ada dua pemunya.”
Dunia terus senyap.
Suami blur, pegawai sambung lagi.
“Isteri encik… mungkin guna identiti orang lain. Kami kena siasat. Dan… sijil lahir anak encik, yang sepatutnya warganegara… boleh jatuh jadi bukan warganegara.”
Bayangkan… dari keluarga bahagia, terus masuk mimpi ngeri.
Isteri hilang entah ke mana.
Suami p**ak kena soal siasat macam penjenayah.
Anak kecil yang tak tahu apa-apa… tiba-tiba jadi “orang asing” di tanah tempat dia dilahirkan.
Begitulah realiti…
Bila identiti disalah guna.
Bila seseorang sembunyikan kebenaran.
Bila sebuah keluarga diuji dengan cara paling kejam.
Kadang, drama paling gila bukan dekat TV.
Ia berlaku pada orang betul, di negara sendiri.
Dan semuanya bermula…
dengan satu IC yang ada dua tuan.
20/11/2025
Inilah antara sebab mengapa kita kena buat cabutan sijil lahir terkini bila kita ada nak buat apa² permohonan rasmi dengan menggunakan sijil lahir.
Client kami ni dah buat pindaan jantina sejak tahun 2018 dan telah keluar maklumat dalam sijil lahir dia yang terkini.
Namun, bila nak buat cabutan terkini bulan lepas, JPN bagitau yang maklumat jantinanya masih belum dikemaskini oleh JPN di Sabah sejak dia buat pindaan.
Human error biasa berlaku bila ia melibatkan pengurusan maklumat.
19/11/2025
Untuk anak, kita sanggup buat apa saja. Hari ni hadiahkan eSpring supaya diorang boleh membesar dengan lebih sihat, bebas eczema & asthma. Doakan yang terbaik... ❤️
Kalau takut sangat nak tunjukkan maklumat gambar sijil lahir pada peguam secara online, boleh je tutup bahagian nama & nombor sijil lahir.
Tak nak tunjuk online, boleh juga jumpa secara berdepan tapi biasanya akan ada consultation fee.
Lagipun, orang tak boleh buat apa² pun walaupun tahu maklumat sijil lahir kita. Sijil lahir bukanlah dokumen pengenalan.
Ini jumpa tak nak. Bila peguam minta tunjukkan gambar sijil lahir pun tak nak. Macam mana peguam nak bagi nasihat apa yg layak untuk dimohon?
21/10/2025
Tempat yang orang jarang masuk… tapi bila dah masuk, banyak benda terbongkar...
🔍 Ramai yang perlukan carian maklumat, sama ada untuk kes ahli keluarga yang hilang, maklumat ibu bapa atau urusan penting lain.
Namun, perlu diingat... Maklumat peribadi yang disimpan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Oleh itu, hanya peguam yang diberi kuasa untuk membuat permohonan carian dan pindaan maklumat secara sah.
Biar urusan penting ini diuruskan oleh yang bertauliah dengan betul, sah dan teratur. ⚖️
07/10/2025
Tenang bukan sebab kopi dia, tapi sebab suasana ni bagi jiwa berehat sekejap dari dunia... ☕
30/09/2025
Kadang hidup ni... tak perlu nak ada sesiapa pun. Hanya dengan makan pun dah boleh buat kita bahagia.
Bayangkan... umur dah masuk 21 tahun, tapi masih tak ada IC.
Bukan sebab tak tahu prosedur. Bukan sebab tiada duit. Tapi sebab mak sendiri tak nak pergi JPN.
Anak dah usaha macam-macam :
✔️ Pujuk mak
✔️ Bawa dokumen lengkap
✔️ Call polis untuk bantu
✔️ Malah ada orang sanggup datang ambil & belanja makan sekali
Tapi… mak tetap lari dari rumah semata² nak elak buat IC. 😔
Kesian anak tu… masa depan dia tersekat hanya kerana sikap malas & degil orang tua.
Tolonglah… Pastikan anak² kita ada IC. Kalau hidup kita dah susah, biarlah kita yang tanggung. Jangan heret anak² sampai gelap masa depan diorang.