Moga dibukakan segala pintu kebaikan, rezeki yang melimpah ruah, dimakbulkan segala hajat buat semua sahabat yang nampak catatan ini. Insyallah.
Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat sahabat!
Dabel A Takaful
Financial risk management
Allah tak tengok kita sebelum ni, tapi Allah lihat siapa kita hari ini. Niat kita, usaha kita. Moga saya dan kalian yang nampak catatan ini dimudahkan untuk jadi lebih baik, kekal dalam rahmat kasih sayang Dia.
Insyallah sahabat.
30/05/2024
Assalamualaikum wbt, pagii!
صلى الله على سيدنا محمد
صلى الله على سيدنا محمد
صلى الله على سيدنا محمد
Dah selawat ke hari ini? Pelebih takpo, jange takdop lansung.
Assalamualaikum wbt, pagii!
Ada appointment dengan bakal pelanggan berkenaan proposal medical card hari ini.
Kena kopi kosong dulu sambil join sembang santai online geng Al - Hamra.
Saya nak kongsikan pagi ini adalah berkenaan hibah takaful.
Pernah baca komen yang menyatakan hibah takaful ini hendak menidakkan fungsi faraid. Memang tersimpang jauh fahaman ini sebenarnya. Lebih tepat adalah hibah takaful ini melengkapi sistem faraid itu sendiri.
Faraid adalah ketetapan, pembahagian harta pusaka kita. Ada disiplin telah ditetapkan syarak siapa waris yang berhak, bahagiannya masing- masing. Mengikut keadaan-keadaan yang tertentu . Tapi faraid ini nak selesai bukan ambil masa yang singkat ye. Banyak kes yang mencecah bertahun lamanya baru dapat diselesaikan. Paling bagus kalau ada wasiat, buat lantikan wasi siap-siap. Proses pencairan harta pusaka ini akan jadi jauh lebih lancar dan cepat.
Dalam konteks hibah takaful p**a, kita nak bagi hibah ini dengan matlamat utama untuk mudahkan waris yang bakal ditinggalkan. Sementara tunggu harta pusaka tadi berjaya dicairkan dan diterima waris, hibah takaful ini dapat menyambung tugas kita dalam memenuhi komitmen bulanan kewangan keluarga. Makan, tempat tinggal, sekolah anak-anak tetap kena penuhi. Di sini pentingnya ada satu dana khas nak tampung ' lompong' kewangan ini.
Selain itu, ada lagi kos nak cairkan harta, kos nak selesaikan bahagian faraid waris yang lain ( penyelesaian faraid).
Paling kritikal baki hutang kita. Kalau tiada perancangan awal, dari mana pasangan atau ibu bapa kita nanti nak cekau untuk selesaikan hutang-hutang tersebut.
Gitu lah.
Rancang dengan takaful, bukanlah nak tinggal kan harta supaya anak- anak dan isteri menjadi kaya- raya sepeninggalan si ayah. Tapi nak mudahkan mereka.
Kehilangan dari segi emosi, takkan mampu dipenuhi. Tapi dengan ada nya perancangan ini, sekurang-kurangnya tahap kehidupan mereka dikekalkan agar tetap sama, walaupun kini tiada lagi sumber pendapatan dari si ayah.
Jom. Tekan sini 014-660 3198 kalau nak dapatkan proposal hibah takaful terbaik ye!
Insyallah, saya cuba bantu bagi pencerahan sebaik mungkin.
Fikir yang baik-baik, usahakan yang terbaik, tawakkal pada Nya.
Azudin Abdullah
Great Eastern Takaful
Al Hamra Group
Buat yang baca status ini, moga Allah makbulkan apa jua hajat dan impian kalian bulan ini. Insyallah.
Assalamualaikum wbt, Selamat Pagii sobat!
صلى الله على سيدنا محمد
19/05/2024
Recovery run harini. Aim kekalkan heart rate range 116 ke 126. Biasa MAF run aim range 130-140.
Pace 9:15, laju sikit dari briskwalk. 89% Zon 2 heart rate.
Berlari ni bergantung objektif kita je sebenarnya. Samaada nak recovery ke, nak aim personal best ke ( PB), nak improve long term ke atau nak bakar lemak aim nak turunkan berat badan sebagainya.
Objektif yang berbeza akan memerlukan fokus intensity heart rate yang berbeza. Contoh kalau nak fokus nak turunkan berat badan ( berat sekarang BMI obes) , boleh fokus heart rate Zon 2 sahaja. Insyallah lebih efektif.
Of course kena match juga dengan pemakan, kualiti tidur, stress management ya.
Sama juga dengan kesihatan kewangan kita. Portfolio kewangan keluarga yang mantap bukan sahaja perlu ada pendapatan, tapi kena ada juga portion simpanan, portion pengurusan pengagihan harta pusaka, serta portion perlindungan ( takaful).
Tiap portfolio ini saling melengkapi dalam memenuhi objektif kewangan kita. Keperluan setiap orang tak sama.
Boleh rujuk rakan-rakan perunding yang anda selesa jika nak pencerahan berdasarkan portfolio tersebut.
Dan kalau berkenaan perlindungan takaful, boleh tanya saya. InsyaAllah saya cuba sebaik mungkin untuk assist.
Insyallah. Fikir hat elok-elok, usaha sebaiknya dan tawakkal pada Nya.
Langkah kecil ke arah yang betul lagi bagus dari langkahan yang besar namun arah yang salah.
Assalamualaikum wbt, pagii sobat !
صلى الله على سيدنا محمد
Rancang hibah bukanlah nak doakan mati, tapi semoga ia menjadi asbab anak-anak dan isteri dimudahkan nanti.
16/05/2024
Diuji dengan sakit Kritikal, apa kesan kepada kewangan kita;
1. Akan ada belanja tambahan seperti susu,suplement,pampers, keperluan pesakit di rumah, ubatan alternative ( tak cover oleh kad perubatan )
2. Hilang pendapatan sementara kerana sakit kritikal ( dalam tempoh rawatan mungkin bertahun lamanya. Terlalu jarang syarikat yang sanggup terima jika cuti sakit terlalu lama/ kerap )
3. Kad perubatan hanya untuk tanggung kos rawatan bila admitted. Dana takaful hanyalah kepada akaun hospital bagi kos rawatan, bukanlah pampasan tunai kepada peserta takaful.
Sebab tu, amatlah perlu ada plan perlindungan sakit kritikal, di samping kad perubatan dan hibah takaful
Jom semak balik perlindungan takaful anda, adakah risiko kewangan telah dilindungi sebaiknya?
Nak pencerahan lagi, link detail di komen pertama ye.
Selamat Hari Guru semua warga pendik. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan, ilmu yang dicurahkan.
InsyaAllah.
Sesi Podcast malam ini bersama Al Hamra Group, available secara live ataupun fizikal. Jom explore peluang kerjaya dalam dunia takaful. Nak book slot, link di komen pertama.
Sebagai peserta takaful, samaada anda memberi atau menerima bantuan. Inilah keindahannya. Saling menanggung risiko, saling muafakat. Jom!
Majoriti team kami buat part time. Sistem sokongan kami memudahkan part timers untuk berjaya. Jom jadi keluarga takaful kami di Al Hamra!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Cheras
Kuala Lumpur
56100