Bantu Sampai Jadi

Bantu Sampai Jadi

Share

"KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBERI KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN DAN BANTU BAIK PULIH PROFILE CUSTOMER"

02/06/2026

"Anda B40, M40 atau T20 tak penting. Yang penting, adakah badan anda masih sihat?"

Apakah Dilema BOB M40?

BOB M40 menggambarkan golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan lebih stabil, tetapi berdepan cabaran gaya hidup seperti:

✅ Kurang bersenam
✅ Makan lewat malam
✅ Air manis setiap hari
✅ Stres kerja tinggi
✅ Kurang tidur
✅ Berat badan meningkat
✅ Tekanan darah naik
✅ Cepat penat & mudah semput

Dilema sebenar bukan kekurangan wang, tetapi kekurangan masa untuk menjaga kesihatan.

"Kesihatan bukan keutamaan bila sakit, tetapi sebelum sakit. Anda rasa berapa banyak ciri BOB M40 yang ada pada diri anda?" 💬

15/05/2026

Selamat Hari Guru 🥰

09/05/2026

Happy mother's day ❤️

04/05/2026
01/05/2026

Keldai akaun

Nak cerita hati sakit pedih. Tak cerita takut korang pulak terkena. Yea orang bijak dan cukup keperluan mungkin tak terkena. Orang yg bekeperluan mendesak macam aku mungkin mudah terkena.

Beberapa minggu lalu, waktu aku tengah ke sana sini cari dana untuk Naim, telah lalu di tiktok ku promosi pinjaman peribadi dari sebuah syarikat kredit. To be specific, Chailease Berjaya Kredit. Familiar kan? Yea company ni legit kredit company yea!

Aku gatal isi nama. Mencuba tak salah kan. Terus ejen syarikat, Desmond namanya, whastsapp aku. Dia terangkan tentang syarikat, pinjaman, kelayakan dan sebagainya. Aku cuma nak cari RM2000 je utk dana Naim Ke Thailand masa tu. Jadi rasanya boleh la aku cuba. Bayaran balik pon murah je bulanan.

Deal punya deal punya deal.. taktau la kenapa aku ikut cakap dia, bagi kad ATM. Untuk semakan akaun dan standing instruction bayaran balik katanya.

Selang seminggu dia kata pinjaman aku approve. Nanti aku kena jumpa dia untuk sign agreement dan ambil duit. Tunggu proses disbursement.

Selang seminggu lagi, genap-genap pada hari lahirku yg ke 47, tiba-tiba akaun aku ada banyak transaksi pelik-pelik. Semuanya berjumlah lebih RM32000 duit masuk terus keluar dgn lebih 20’transaksi.

Esok nya cikwan terus bawa aku buat laporan polis. Rupa-rupanya dah ada 2 laporan polis ke atas akaun aku. Semua akaun bank yg ada dibekukan serta-merta. Kes disiasat bawah jenayah komersial. Polis cakap itulah modus operandi scammer keldai akaun. Akaun di gunakan utk scam orang. Laporan ke atas akaun aku dibuat kerana mangsa-mangsa telah mendepositkan sejumlah rm50- RM5000 ke akaun aku sebagai pendahuluan pinjaman kredit mereka. Tapi setelah mereka mendepositkan jumlah wang tersebut, mereka tak dapat pinjaman yg dijanjikan.

Kesian.. mangsa pon terdesak macam aku. Cuma aku tak kerugian duit (kecuali duit yg dibekukan pihak berkuasa dalam akaun). Manakala lebih 20 orang mangsa tu kerugian berjumlah lebih rm32000.

Tapi yang disiasatnya aku lah sekarang ni. Haish.. tak pasal-pasal.. dah lah duit pon disekat.

Ambillah iktibar semua. Jangan sampai jadi keldai akaun

Hasbunallah wa nikmal wakell
Lailla hailla anta subhanaka inni kuntimminnadzolimiin

**Edited sebab ada yg pm saya pelik-pelik:

1. Saya cuma bagi ATM kad n pin. Tak bagi online banking n password
2. Transaksi berlaku dalam 1 hari sahaja. Sepanjang 2 minggu “prosesing” dengan kad ATM pada mereka tidak berlaku sebarang transaksi pon
3. Semua akaun yang ada dibekukan serta merta pada hari yang sama (20 April) kerana ada 2 laporan polis ke atas akaun saya
4. Jangan pelik melihat stupid mistake orang. Sebenarnya orang yg buat stupid mistake mcm saya dan mangsa-mangsa scammer ni adalah orang yg terdesak. Bukan orang yg senang macam awak!

07/08/2025

Generasi sandwich merujuk kepada golongan individu, biasanya berumur antara 30 hingga 50-an, yang tersepit antara dua tanggungjawab kewangan:


1. Menjaga ibu bapa yang sudah tua, dan
2. Menyara anak-anak yang masih kecil atau sedang belajar.

Disebut "sandwich" kerana mereka diapit oleh dua lapisan tanggungan — ibu bapa di satu pihak dan anak-anak di pihak yang lain.

Ciri-ciri Generasi Sandwich:

-Mempunyai ibu bapa yang uzur atau tidak bekerja.
-Anak-anak masih **bergantung sepenuhnya dari segi kewangan.
-Perlu mengurus kos sara hidup yang tinggi seperti bayaran rumah, kereta, pendidikan, dan perubatan.
-Kadang-kala turut menanggung adik-beradik yang belum stabil kewangan.

Kesan kepada Generasi Sandwich:

-Tekanan kewangan yang tinggi.
-Stres emosi dan mental akibat beban tanggungjawab.
-Sukar untuk menyimpan untuk persaraan sendiri.
-Gaya hidup terhad, kurang ruang untuk diri sendiri.

Contoh Situasi:

"Ali bekerja sebagai eksekutif dan tinggal di Lembah Klang. Dia perlu membayar rumah, kereta, belanja harian keluarga, yuran anak di universiti dan juga menghantar wang bulanan kepada ibu bapanya di kampung. Walaupun gaji RM6,000, dia masih terasa sempit dan tiada simpanan."

23/07/2025

SARA dapat RM100... yeay!! boleh makan SUKIYA!!! 🥰

Rumusan tentang pengumuman PMX sebentar tadi:

1. Semua rakyat umur 18 tahun keatas dapat RM100 setiap seorang.
2. 15 September cuti
3. Jualan Madani naik RM300juta kepada RM600juta.
4. Kadar Tol kekal 10 tahun.
5. Rancangan Subsidi petrol RON95 bersasar umum akhir September 2025.
6. Ron 95 turun RM1.99/liter.
7. Letrik 85% rakyat Malaysia sekurangnya 14% lebih murah kerana kos murah.

14/07/2025

Penurunan Overnight Policy Rate (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat Malaysia. Berikut adalah kesan utama:


✅Kesan Positif Penurunan OPR kepada Rakyat:

1. Pinjaman Jadi Lebih Murah

- Kadar faedah untuk pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, dan kad kredit mungkin turun.
Ini bermaksud ansuran bulanan boleh menjadi lebih rendah, terutama untuk pinjaman yang **menggunakan kadar berubah (floating rate).

2. Galakan Untuk Berbelanja & Melabur

- Dengan kadar faedah yang rendah, simpanan di bank mungkin kurang menarik — rakyat digalakkan berbelanja atau melabur, yang merangsang ekonomi.

3. Meringankan Beban Hutang

- Bagi yang mempunyai hutang sedia ada, terutama hutang jangka panjang, penurunan kadar faedah boleh mengurangkan kos keseluruhan hutang.

4. Merangsang Aktiviti Ekonomi

- Lebih ramai orang dan perniagaan akan mengambil pinjaman untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan, beli rumah, atau kereta — ini akan membantu **menaikkan pertumbuhan ekonomi negara.


❌ Kesan Negatif Penurunan OPR kepada Rakyat:

1. Pendapatan Simpanan Rendah

- Rakyat yang bergantung pada pendapatan faedah simpanan tetap (FD) akan terkesan kerana pulangan simpanan akan menurun.

2. Kesan Terhadap Nilai Ringgit

- Penurunan OPR boleh menyebabkan nilai Ringgit Malaysia melemah berbanding mata wang asing — ini boleh meningkatkan kos barangan import.

3. Kenaikan Harga Barang (Inflasi)

- Aktiviti ekonomi yang meningkat boleh menyebabkan permintaan melebihi penawaran, sekali gus meningkatkan harga barang (inflasi).

Kesimpulan:

Penurunan OPR menguntungkan bagi mereka yang berhutang atau merancang untuk membuat pinjaman, tetapi boleh merugikan golongan yang bergantung pada simpanan tetap atau pendapatan faedah. Kesan sebenar bergantung kepada tahap kewangan dan gaya hidup individu.

02/06/2025

Daulat Tuanku 🙏

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
50300