17/01/2022
Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda memperoleh potensi keuntungan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen melalui penyediaan modal.
Terdapat empat (4) sebab utama kenapa kita digalakkan untuk mula melabur;
1. Potensi peratusan pulangan yang diterima melalui pelaburan boleh mengatasi inflasi (dengan syarat ianya perlu melebihi kadar inflasi negara). Inflasi merujuk kepada susut nilai matawang yang menjadikan nilainya semakin mengecil sepanjang tahun. Sebagai contoh, jika dahulu dengan RM100 kita boleh membeli 1 troli penuh barangan keperluan, kini dengan nilai yang sama mungkin kita hanya boleh membeli tidak sampai 10 barangan dapur sahaja.
2. Pelaburan mewujudkan pendapatan pasif. Anda boleh bekerja seperti biasa serta melabur pada masa yang sama bagi mendapatkan potensi pendapatan tambahan tanpa perlu memenatkan diri anda melakukan 2-3 kerja. Sebagai permulaan, asingkan 10% daripada pendapatan bulanan anda dan lakukan pelaburan secara berkala.
3. Berbanding dengan simpanan di bank, pelaburan berpotensi memberikan pulangan yang lebih baik. Betul, tiada sebarang jaminan pulangan dan setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Tetapi pernah dengar perumpamaan "higher the risks, higher the return"? Apa yang penting, pastikan anda memahami terlebih dahulu jenis dan risiko yang terlibat dalam pelaburan yang anda pilih.
4. Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda merancang masa depan. Ianya boleh membantu anda untuk mengawal perbelanjaan dan memupuk diri anda untuk menjadi lebih disiplin dalam menguruskan kewangan anda.
Ingin dapatkan maklumat lanjut? PM mana-mana konsultan kami untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dengan pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah ditawarkan PMB Investment.
12/01/2022
Jangan tunggu lagi, mari mulakan pelaburan anda 😌
04/08/2020
Harap dapat menjelaskan sedikit:
Kebanyakan dana/fund di bawah PMB investment adalah dalam kategori equity.
Equity? Secara ringkas, maksudnya sebahagian besar dana dilaburkan dalam pasaran saham.
Oleh itu performance fund di bawah PMB dipengaruhi oleh pasaran saham.
21/07/2020
Portfolio terkini salah sorang client 🤑🤑
Beliau menggunakan skim pelaburan EPF untuk invest di dalam 3 fund; Aggressive Fund, Growth Fund dan Premier Fund.
13/07/2020
Iklan PMB Investment dalam suratkhabar. Sapa pernah nampak kasi like sikit 😀
12/07/2020
Alhamdulillah tahun yang awesome untuk PMB Investment. Tahniah kepada pelabur2 yang sudah memperoleh keuntungan 😊😊
24/07/2018
We have been selected by Bursa Malaysia-i as 1st runner up for the Best Fund Management Companies, based on the total number of account sign-ups in conjunction with Shariah Investing Fair 2018.
Many people have decided to plan for their financial future with PMB Investment. So what are you waiting for? :)
p/s: Special shout out and thank you to all visitors during that 2-day event. You guys rock!
13/07/2018
Nak Mula Melabur Tapi Modal Belum Cukup?
1. Melabur Dalam Ilmu
Semakin ramai pakar kewangan yang sudi berkongsi ilmu dengan masyarakat. Anda ada banyak masa dan peluang nak simpan duit dan tambahkan modal ilmu semasa sedang belajar. Ilmu pelaburan adalah modal yang penting.
2. Bertenang, Pelaburan Bukanlah Skim Cepat Kaya
Anda perlu faham bahawa pelaburan adalah untuk tempoh jangka masa panjang. Ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Akhirnya, ramai yang menyesal kerana termakan dengan janji-janji manis.
Melabur tidak kira usia. Lagi awal kita mula melabur, lagi tinggi pulangannya di masa depan. PMB Investment ada pelbagai dana unit amanah yang sesuai dengan keperluan kewangan anda tanpa mengira faktor usia dengan deposit serendah RM100.00 Ketahui lebih lanjut di http://ow.ly/FzHe30kOhJu atau hubungi penasihat kami.
Sumber: http://ow.ly/tDwb30kOhG5
Pelaburan PMB Berhad
PMB Shariah Premier Fund has been selected as Fundsupermart's Recommended Unit Trusts 2018/19 at Fundsupermart's 10th Anniversary & Recommended Unit Trusts Awards.
31/03/2018
Kepada anak-anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan, disini kami ingin beri 3 pesanan penting:
1) Sebelum beli kereta atau beli rumah, adakan dahulu pelan untuk dana kecemasan! Malang tidak berbau.
2) Jangan, Jangan, dan Jangan ambil pinjaman peribadi demi mengikut kehendak semata-mata. Jika hendakkan sesuatu, cukupkan simpanan dahulu barulah membeli.
3) Rancang betul-betul duit untuk persaraan. Dikhuatiri, orang lain boleh bersara awal, kita perlu bekerja lagi sebab pendapatan masih belum cukup.
Salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan melabur dalam dana unit amanah di PMB Investment. Antara dana utama kami termasuklah PMB Shariah Premier Fund, PMB Shariah Aggressive Fund dan PMB Shariah Growth Fund.
29/03/2018
Proud winner of morningstar award -
PMB SHARIAH PREMIER FUND!