DN Global l Hartanah

DN Global l Hartanah

Share

🏒 Wasiyyah Shoppe Berhad | Great Eastern Takaful
🏠 Hibah Harta | Wasiat | Khairat Pusaka
πŸ“‘

07/05/2026

28 April 2026, client text nadia.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Anaknya umur 3 tahun, demam panas.⁣⁣⁣⁣
Doktor klinik dah bagi referral letter & suruh warded.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Masa call KPJ Kluang, katil kids sebenarnya penuh.⁣⁣⁣⁣
Tapi sebab emergency case & ada surat klinik, hospital terima masuk dulu. Alhamdulillah.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
1.20 pagi, maknya update dah sampai hospital.⁣⁣⁣⁣
Nadia pun tidur-tidur ayam sambil tunggu update GL.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Jam 2 pagi call hospital, rupanya doktor akan apply GL esok paginya. Baby dibenarkan warded dulu sebab kes demam panas macam ni biasanya straightforward untuk penilaian awal.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Polisi baby ni belum cukup 2 tahun lagi.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
29 April, GL warded lulus.⁣⁣⁣⁣
1 Mei, GL discharge selesai.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Alhamdulillah, GL tiada isu.⁣⁣⁣⁣
semuanya dipermudahkan.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Yang penting bila jadi macam ni,⁣⁣⁣⁣
ada agent yang senang dihubungi & boleh bantu follow up urusan hospital.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Begitulah. πŸ₯°β£β£
⁣⁣
Siapa nak nadia jadi agent takaful kalian, boleh lah text nadia.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/n1poln

Photos from DN Global l Hartanah's post 06/05/2026

Malam tadi meet-up lagi untuk hal property.⁣⁣
⁣⁣
Big boss tanya nadia nak fokus area mana.⁣⁣
Sebab agensi ni cover hampir semua projek underconstruction seluruh Malaysia.⁣⁣
⁣⁣
Tapi dari pengalaman sejak 2017,⁣⁣
sebaiknya fokus 1-2 kawasan,⁣⁣
yang lain sebagai backup bila ada permintaan.⁣⁣
⁣⁣
Jadi pilihan nadia,⁣⁣
Bangi, Nilai sampai ke KLIA.⁣⁣
⁣⁣
Kawasan ni nadia dah biasa duduk, study & follow perkembangan sejak libatkan diri dalam line property.⁣⁣
⁣⁣
Nak ownstay ada.⁣⁣
Nak buat sewa atau homestay pun ada.⁣⁣
⁣⁣
Ada projek yang siap dengan demand tenant sekali,⁣⁣
siap ada company airlines lock unit untuk sewa.⁣⁣
⁣⁣
Yang penting sebenarnya, kena tahu dulu kelayakan DSR.⁣⁣
Baru senang nak tengok rumah mana yang sesuai & jimatkan masa semua pihak.⁣⁣
⁣
Objektif beli rumah p**a boleh disesuaikan dengan kelayakan.⁣⁣
⁣⁣
Kalau tak tahu nak kira DSR, boleh text, nadia bantu.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/l37mo5

Photos from DN Global l Hartanah's post 15/04/2026

1 client, 4 GL warded & GL discharge lulus.⁣
⁣
Ramai tak tahu, bila warded, GL kena apply ikut jenis rawatan & diagnosis. Setiap sakit berbeza perlukan GL berasingan.⁣
⁣
Untuk kes client nadia ni, 4 GL warded lulus,⁣
dan GL discharge turut selesai.⁣
Alhamdulillah. 🀲🏻⁣
⁣
Client ni dengan nadia sejak 2020.⁣
Lebih 10 kali dah urusan GL & claim client ni nadia bantu uruskan.⁣
Alhamdulillah, Allah sentiasa bantu permudahkan.⁣
⁣
Semua urusan banyak melalui call & WhatsApp saja.⁣
⁣
Jadi, dekat atau jauh lokasi agent, tak penting pun.⁣
⁣
Yang lebih penting,⁣
bila client perlukan, agent mudah dihubungi⁣
& ada untuk bantu uruskan.⁣
⁣
Client nadia ni siap buat video sendiri di TikTok.⁣
Entah berapa siri video & live TT client dah buat.⁣
⁣
Bukan sebab nadia minta,⁣
tapi mungkin sebab client sendiri rasa nadia banyak membantu sepanjang urusan warded & claim.⁣
⁣
Thank you client sebab selalu promote di media sosial.⁣
⁣
Sesiapa nak nadia bantu dapatkan medical card, hibah takaful atau MLTT, boleh text k.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/n1poln

03/04/2026

Ramai masih tak tahu, bila warded, GL kena apply ikut jenis sakit.

Contoh:
Influenza A, 1 GL.
Appendix, 1 lagi GL.

Nadia pernah urus kes macam ni.
Kali ni paling banyak, client kena 4 GL, hari & rawatan berbeza termasuk MRI.
Setakat ni semua GL lulus, alhamdulillah.

Client masih warded.
Semoga cepat sihat, amin.

Client siap post di TT, tag nadia sebab urusan GL & claim takda isu & nadia selalu ada. Thank you client. 🌹

Nak medical card, meh text nadia.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/n1poln

10/03/2026

Baru habis kelas petang ni.⁣
⁣
Satu topik yang disentuh, tentang piramid kewangan.⁣
⁣
Ramai orang terus fikir pelaburan.⁣
Unit trust, emas, investment lain.⁣
⁣
Tapi dalam piramid kewangan, pelaburan bukan asas.⁣
Asasnya perlindungan dulu.⁣
⁣
Sebab 1 musibah saja boleh runtuhkan semua pelaburan yang kita bina.⁣
⁣
Dalam piramid kewangan, bina dari bawah dulu.⁣
Baru struktur boleh berdiri lama.⁣
⁣
Begitulah.⁣
⁣
Siapa nak Tabung Takaful untuk kukuhkan tapak kewangan, boleh text nadia.⁣

06/03/2026

Client bayar RM10 je dekat klinik.⁣
Bil sebenar RM140.⁣
⁣
Siapa kata medical card tak cover kos klinik?⁣
⁣
Ni sambung kisah client cilik nadia yang warded bulan Jan 2026.⁣
⁣
Untuk kes client ni, warded disebabkan keracunan makanan. Walaupun medical card tak cukup 2 tahun lagi, GL masih lulus mudah sebab bukan kategori sakit spesifik atau sakit kritikal.⁣
⁣
Sebelum warded, seperti biasa client perlu ke klinik dulu untuk doktor check sama ada tahap sakit serius & perlu warded atau tidak. Doktor klinik akui perlu warded bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, maka referral letter diberi pada client.⁣
⁣
Jumlah bil klinik RM140. Siapa yang bayar? Medical card cover ke?⁣
⁣
Claim jenis ni dipanggil claim Pre-Hospitalization.⁣
Client boleh claim dari manfaat medical card yang diambil selepas discharge.⁣
⁣
10 Feb 2026 dapat resit dari client untuk claim.⁣
12 Feb 2026 claim diproses.⁣
25 Feb 2026 claim lulus.⁣
⁣
Jadi sebenarnya client cuma bayar RM10 je pada klinik.⁣
⁣
Warded pun tak perlu bayar apa-apa sebab plan yang diambil jenis no-deductible (plan lama).⁣
⁣
Sekejap je urus claim ni, tak sampai sebulan pun.⁣
⁣
Jadi, kos klinik ni boleh claim ke sebenarnya?⁣
⁣
βœ… Boleh, dengan syarat warded. Lepas discharge, submit claim.⁣
⁣
βœ… Untuk plan tertentu, cover kos klinik bagi 12 jenis sakit yang tersenarai. Yang ni tak perlu warded pun boleh claim. Client cuma buat bayaran 5% dari total bil klinik.⁣
⁣
Yang dah ada medical card, cuba check semula plan masing-masing. Korang ambil plan jenis yang mana?⁣
⁣
Paling penting, cari agent yang boleh diharap untuk bantu urus claim bila diperlukan.⁣
⁣
Kalau nak nadia bantu semak manfaat plan atau nak tahu pilihan medical card yang available, boleh text nadia.⁣
πŸ‘‰πŸ»β£ https://wa.link/n1poln

03/03/2026

"Abang... kalau abang tak ada nanti, macam mana saya dan anak-anak?"⁣
⁣
Dialog ni selalu bermain di fikiran seorang isteri, tapi jarang diluahkan. Kerana isteri takut jawapannya.⁣
⁣
Apabila tempat bersandar hilang, isteri bukan saja kehilangan cinta, tapi kehilangan sumber pendapatan. Kerana suami yang sering mengurus segala bil bulanan, bayar rumah, perbelanjaan makan minum keluarga, anak-anak sekolah, dan lain2.⁣
⁣
Yang tinggal nanti bukan sekadar rumah yang sunyi.⁣
Tapi tanggungjawab yang tiba-tiba terasa terlalu berat untuk dipikul seorang diri.⁣
⁣
Kehidupan seharian kita selalu disibukkan dengan mencari & mengumpul harta untuk pasangan & anak-anak.⁣
Rumah, kereta, simpanan, pelaburan.⁣
Tapi jarang merancang di waktu nafkah akan terhenti.⁣
Tentang isteri yang tiba-tiba perlu kuat uruskan keluarga, sedangkan dalam masa yang sama dia masih berduka atas kehilangan suami.⁣
⁣
Dari pengalaman urus kes pusaka, yang paling menyakitkan bukan sekadar kehilangan.⁣
Tapi bila waris terpaksa menanti.⁣
Menanti proses.⁣
Menanti persetujuan.⁣
Menanti hak yang sepatutnya melindungi.⁣
⁣
Dan dalam tempoh menanti itu, bil tetap berjalan.⁣
Anak tetap perlu makan.⁣
Sekolah tetap perlu bayar.⁣
Air mata tak sempat kering, tapi urusan dunia tetap menuntut untuk diselesaikan.⁣
⁣
Sempena Hari Wanita Sedunia, nadia & team nak bercakap tentang realiti yang jarang dibincangkan.⁣
⁣
W.O.M.E.N: Luka Di Sebalik Pusaka⁣
Realiti pahit yang perlu ditempuhi seorang isteri.⁣
⁣
Sesi santai, tapi insyaAllah akan beri gambaran yang lebih jelas, terutama buat mereka yang sudah berkeluarga. Supaya boleh sediakan payung sebelum hujan.⁣
⁣
πŸ—“ 8 Mac 2026 ⏰ 8 pagi πŸ’» Zoom Online⁣
⁣
Slot terhad.⁣
⁣
Kalau benar sayang isteri, jangan tunggu. Text nadia untuk daftar sekarang.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/l5epkd

28/02/2026

Salam Hari Minggu.⁣
Esok dah boleh start submit e-Filing.⁣
⁣
Pastikan korang claim semua pelepasan cukai yang layak. Hari ni cuti kan, boleh kumpul resit siap-siap. Esok senang terus submit.⁣
⁣
Dalam 2 hari ni, Nadia dah share takaful statement kepada semua client takaful Nadia. Sebenarnya client boleh download sendiri guna akaun masing-masing, tapi dari 8 tahun lepas memang Nadia bantu download kan untuk mudahkan urusan client.⁣
⁣
Pelepasan cukai melalui Takaful:⁣
⁣
1️⃣ Life Insurance / Family Takaful (limit RM3,000)⁣
2️⃣ Medical / Education Insurance (limit RM4,000)⁣
⁣
Siapa yang belum penuhkan pelepasan cukai melalui takaful ni lagi, bolehlah consider ambil tahun ini untuk pelepasan tahun depan p**a.⁣
⁣
Nak Nadia bantu untuk takaful, boleh text nadia. ⁣

20/02/2026

Kita sibuk cari rezeki.⁣⁣⁣
Pernah fikir tak macam mana rezeki tu nak sampai pada waris nanti?⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Ramai fokus kumpul harta, rumah, simpanan, pelaburan.⁣⁣⁣
Tapi bab rancang harta selalu jadi β€œnanti dulu”.⁣⁣⁣
Bila berlaku kematian tiba-tiba, waris kena hadap proses pusaka, hutang, dokumen dan kos urus.⁣⁣⁣
Bukan sehari dua selesai.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Soal harta banyak atau sikit bukan isu.⁣⁣⁣
Yang memenatkan tu proses dia.⁣⁣⁣
Waris tengah berduka, tapi kena kuat urus benda teknikal yang tak semua orang faham.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Sebab tu hibah takaful bukan untuk orang kaya saja.⁣⁣⁣
Ia cara bagi tunai segera pada waris, kurangkan beban awal sementara urusan pusaka berjalan.⁣⁣⁣
Hibah harta p**a bantu percepatkan proses urus pusaka.⁣⁣⁣
Rancang masa hidup supaya yang tinggal tak perlu terbeban lama.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
βœ…οΈ Kalau nak hibah takaful, ada serendah RM87.75 sebulan untuk pampasan suku juta.⁣⁣⁣
βœ…οΈ Hibah harta p**a bergantung pada jenis harta yang nak dihibahkan, permulaan RM65 sebulan untuk jumlah harta bawah RM5 juta.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Boleh text Nadia untuk penjelasan lanjut.⁣⁣⁣
Supaya rezeki yang kita kumpul tu betul-betul sampai pada mereka yang kita niatkan.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/0uq8m8

18/02/2026

Medical card untuk elak rugi besar.⁣
⁣
Student + ada lebihan duit = bagus πŸ‘πŸ» Tapi kena faham, medical card & hibah takaful bukan investment. Ia adalah tabung lindung, protect duit yang kita ada supaya tak habis kalau tiba-tiba sakit atau accident.⁣
⁣
Boleh ikut Formula PFG:⁣
πŸ”Έ 60–70% : komitmen (rumah, kereta, bil, petrol, makan, etc)⁣
πŸ”Έ 20–10% : simpan/labur (ASB, TH, emas, tabung kecemasan)⁣
πŸ”Έ 10% (max 15%) : lindung (medical card, hibah, takaful)⁣
πŸ”Έ 10% : entertainment, reward diri⁣
⁣
Kalau single, start dengan medical card dulu. Komitmen belum tinggi & umur muda biasanya bayaran lebih rendah. Bagus secure awal sementara masih sihat.⁣
⁣
Kalau nak saya review ikut bajet & compare pilihan yang ada, boleh text. Saya bantu explain sampai faham.⁣
πŸ‘‰πŸ»β£ https://wa.link/n1poln

06/02/2026

β€œKalau jadi apa-apa nanti, keluarga aku boleh urus sendiri.”⁣⁣
Sedangkan banyak urusan boleh tersangkut akibat tiada perancangan awal.⁣⁣
⁣⁣
Bila kematian datang tanpa amaran, yang tinggal bukan sekadar sedih.⁣⁣
Ada fail yang perlu dicari, hutang yang perlu diselesaikan, turun naik pejabat tanah dan mahkamah.⁣⁣
Dalam masa sama, kehidupan harian tetap perlu diteruskan.⁣⁣
Anak masih perlu makan, sekolah.⁣⁣
Semua ini menuntut masa, tenaga dan paling penting, tunai di tangan.⁣⁣
⁣⁣
Saat kepala masih berat dengan kehilangan, keputusan besar tetap perlu dibuat.⁣⁣
Setiap urusan terasa mendesak.⁣⁣
Semuanya datang serentak.⁣⁣
⁣⁣
Dari kisah seorang balu ini, jelas perancangan awal bukan pilihan, tapi keperluan.⁣⁣
Rancang pusaka semasa hidup untuk jimat masa dan kos selepas pemergian.⁣⁣
Sediakan hibah takaful supaya ada tunai segera sementara urusan pusaka diselesaikan.⁣⁣
Tunai di tangan memberi ruang bernafas, dokumen yang siap mengelakkan urusan berlarutan dan perebutan harta.⁣⁣
Bila asas perwarisan disusun awal, keluarga boleh fokus untuk pulih daripada emosi kehilangan.⁣⁣
⁣⁣
Rancang ketika masih ada pilihan.⁣⁣
Supaya bila kita tiada, yang tinggal hanya urusan yang jelas, bukan beban yang berpanjangan.⁣⁣
⁣⁣
Rancang kerana sayang.⁣⁣
Text untuk Nadia bantu.
πŸ‘‰πŸ» https://wa.link/hx93lu

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


GREAT EASTERN
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00