Syafiq Mr.Takaful

Syafiq Mr.Takaful

Share

Wealth Planner Prudential BSN Takaful

Photos from Syafiq Mr.Takaful's post 09/08/2021

Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat2 🤗
Semoga Kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah s.w.t.🤲🏻

25/05/2021

KENAPA KENA BELI TAKAFUL SEKARANG !!

1. Selangor sekarang nisbah 1:40 kena covid. Itu sebab kena ambil sekarang. Bila dah kena covid, mana-mana insurance pun boleh reject.

2. Hospital kerajaan penuh dengan pesakit covid. Kalau anda accident atau sakit (bukan covid), mana anda nak dapatkan rawatan? Ambillah medical card untuk dapatkan rawatan di hospital swasta di samping kurangkan beban frontliners.

3. Mati kerana covid boleh kena pada sesiapa, muda atau tua. Kalaulah berlaku kematian ke atas ketua keluarga, siapa yang boleh biayai kos sara hidup? Ambillah hibah sekarang.

4. Sesiapa yang dah terkena covid, possibility untuk approve insurance ada 3: approve, pending requirement sebab kesihatan, decline. Sanggupkah kita tunggu nasib kita yang mana satu?

5. Price premium: loading will happen if you are infected with covid.

APA NAK TUNGGU LAGI ??
APPLY SEKARANG !!

Credit: .info

13/04/2021

Salam Ramadhan buat semua kenalan.
Marhaban ya Ramadhan...!!!

Selamat menunaikan ibadah puasa 🥰

Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan. 🌙

❤️ ❤️ ❤️

31/03/2021

Ada yg ambil RM50,000, ada yg ambil RM100,000, ada yg ambil RM250,000, ada yg ambil RM350,000, ada yg ambil RM500,000, ada yg ambil RM1.5Juta.

Ambil lah Hibah Takaful. Ambil ikut kemampuan. Ambil tahu berapa hibah & bulanan nya. Then, baru fikir samada berbaloi atau tidak. Just nak share, hibah blh dapat serendah LIMA PULUH RINGGIT bulanannya.

05/03/2021

CLAIM KEMATIAN APPROVED HANYA 14 HARI SAHAJA 😭

Pertama sekali saya izinkan semua sahabat share posting ni . Saya ziarah keluarga waris pada Ahad lepas dengan mengikut SOP.

Pada 9 january 2021 , saya dikejutkan dengan berita pemergian Arwah client saya dari isteri beliau disebabkan pneumonia .

Allahu , pada awalnya arwah client hanya ada hibah basic sahaja RM20,000 . Tergerak hati isteri arwah dua tahun lepas mohon arwah untuk tambah polisi Hibah Warisan RM250,000 disebabkan risau akan keadaan beliau dan anak2 jika berlaku apa apa pada suami pada masa hadapan

Siapa sangka asbab Allah jentik hati isteri beliau 2 tahun lepas, rupanya awal tahun 2021 Allah telah jemput arwah client saya buat selama lamanya 😭

Alhamdulillah. Semuanya dgn izin Allah. Hanya mengambil masa 14 hari sahaja saya uruskan claim kematian Arwah. Submission claim kematian arwah saya telah hantar pada 1 February 2021dan telah luluskan claim hibah Arwah sebanyak RM270,093.24 pada 14 February. Amount hibah telah dikreditkan pada 15 February 2021.

Tatkala arwah suami pergi meninggalkan isteri dan anak anak. Saya sebagai agent membawa kembali cahaya yang telah telah terpadam buat mereka .

Sama2 kita sedekah kan Al fatihah buat arwah client saya En.Akhir . Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman .

Insyallah . Amin

Credit: Mann Justeen

01/03/2021

Minimum SPM
Part-time / Full-time ☑️
Intern☑️
Ada pengalaman / tidak ada pengalaman☑️
Tunjuk ajar dan latihan diberikan☑️
Berpeluang dinaikkan pangkat☑️
Pasif income ☑️

23/02/2021

SALAH FAHAM TENTANG WASIAT

Ramai masyarakat masih tidak memahami tentang wasiat. Tahu sebut perkataan wasiat, tetapi tidak memahami konsep dan hukum syarak serta perundangan berkaitan wasiat.

Antara SALAH FAHAM masyarakat tentang wasiat ialah:

1) Wasiat memadai dengan lisan sahaja

Banyak masalah yang berlaku di luar sana adalah kerana wasiat yang hanya disampaikan secara lisan sahaja dan tanpa dokumen khusus atau dokumen wasiat yang rasmi.

Salah seorang anak mendakwa, arwah bapa pernah memesan untuk beri sebidang tanah kepadanya selepas arwah bapa mati. Tetapi waris-waris lain tidak mengetahui malah tidak mengakui pesanan tersebut. Malahan waris-waris lain mengatakan bahawa beliau ‘memandai-mandai’ sahaja menyatakan arwah bapa ada membuat pesanan (wasiat) tersebut.

Bagaimana untuk mengatasi perkara ini? Sebenarnya, bagi kita yang masih hidup, wasiat yang ingin dibuat hendaklah DIDOKUMENKAN SECARA RASMI. Ada arahan pembahagiannya dan ada arahan kepada siapa penerimanya. Tetapi, bagaimana jika wasiat itu telah dilafazkan secara lisan dan pewasiat telah meninggal dunia tanpa ada saksi lain mendengar wasiat tersebut?

Dalam hal ini, wasiat tersebut perlu disahkan di Mahkamah Syariah dengan memohon pengesahan wasiat selaras dengan peruntukan contohnya di bawah Seksyen 61(3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Jika mahkamah mengesahkan wasiat tersebut, maka wasiat tersebut adalah sah dan boleh dilaksanakan. Namun, jika mahkamah memutuskan wasiat tersebut tidak sah, maka harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak.

2) Wasiat wajib diikuti

Ramai masyarakat menganggap wasiat wajib diikuti jika pewasiat itu adalah bapa yang mewasiatkan harta kepada anak-anak. Sebenarnya, wasiat dalam keadaan begitu adalah wasiat kepada waris dan TIDAK WAJIB DIIKUTI. Ia kerana, dari segi hukum, wasiat tidak harus kepada waris bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hal ini, sekiranya waris-waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia, maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tetapi jika waris-waris tidak setuju, ia kembali kepada hukum faraid iaitu harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Tetapi sekiranya penerima wasiat tersebut bukan waris contohnya anak angkat, cucu atau saudara yang terhalang menerima pusaka, jiran, kawan sekerja dan seumpamanya, maka wasiat tersebut wajib dilaksanakan.

3) Wasiat tidak boleh diubah

Ramai juga salah faham bahawa wasiat adalah sesuatu pesanan yang tidak boleh diubah. Ini adalah pemahaman yang salah sama sekali.

Wasiat sebenarnya BOLEH DIUBAH selagi pewasiat masih hidup. Ini kerana, wasiat hanyalah pesanan sahaja dan terimaan (qabul) hanya berlaku selepas pewasiat meninggal dunia.

Walaupun penerima wasiat bersetuju (tandangan) dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat, persetujuan penerima wasiat tersebut adalah tidak terpakai lagi kerana penyempurnaan wasiat tersebut hanya akan dilakukan selepas pewasiat meninggal dunia.

Ini bermakna, selagi pewasiat masih hidup, pewasiat masih bebas untuk meminda wasiat yang telah dibuat selari dengan hasrat yang ingin dilaksanakan kepada benefisiari-benefisiarinya.

4) Boleh wasiat semua harta

Ada juga yang memahami semua harta boleh diwasiatkan. Jika orang bukan Islam, mereka boleh mewasiatkan kesemua harta kepada sesiapa yang diingini.

Tetapi keadaan ini tidak sama kepada orang Islam. WASIAT ORANG ISLAM ADALAH SETAKAT 1/3 SAHAJA daripada harta bersih peninggalan pewasiat yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengkebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya.

Wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.”

Baginda menjawab, “Tidak.”

Aku berkata, “Sebahagiannya.”

Baginda menjawab, “Tidak.”

Aku berkata, “Sepertiga.”

Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.”

Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka” (Riwayat al-Bukhari)

5) Penerima wasiat hanya orang Islam sahaja

Sebenarnya, WASIAT BOLEH DIBERIKAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM pada kadar tidak melebihi 1/3 bahagian. Lebih-lebih lagi sekiranya pewasiat mempunyai ibu bapa atau waris yang berlainan agama. Ini kerana perbezaan agama menjadikan ibu bapa pewasiat sebagai waris yang terhalang menerima harta pusaka.

Oleh itu, mereka boleh menerima wasiat, sekiranya wasiat tersebut sebahagiannya diberikan kepada mereka.

6) Tiada harta bermakna tak perlu wasiat

Ramai orang sering memberi alasan atas salah faham mereka dengan mendakwa tiada harta yang ingin diwasiatkan. Wasiat bukan sekadar pesanan pembahagian harta sahaja. Tetapi, ia adalah pesanan untuk melantik WASI kepada harta pusaka miliknya.

Jika pemilik harta mempunyai hutang, ia wajib diselesaikan dan wajib untuknya membuat wasiat. Malahan, pemilik harta juga boleh membuat pesanan untuk melantik mana-mana penjaga kepada anaknya yang masih di bawah umur, atau menyatakan sesuatu harta yang dipegang itu bukan miliknya yang perlu dikembalikan kepada pemilik asal.

Bermaksud, apa sahaja pesanan yang tidak bertentangan dengan hukum syarak boleh dinyatakan dalam dokumen wasiat.

Wallahua’lam

Sumber : MAIS

Photos from Syafiq Mr.Takaful's post 05/01/2021

Throw back sabtu lepas....prank my awesome leader tahniahh capai first MDA 2020👏👏 InshaAllah tahun ni 2021 Kita buat MMDA aamiinnn 🤲
Cantik baju by YENZ sgt puas hati

14/12/2020

Apa yg anda boleh buat dengan RM 100/ bulanan?


🎯Anda boleh sediakan tabung kecemasan utk yg tersayang
RM 500K jika anda meninggal

🎯RM 500K jika anda lumpuh dan cacat kekal. Tak susahkan keluarga,malah bantu keluarga utk berikan yg terbaik utk anda.jaga anda elok2.

Dua risiko ini,salah satu atau kedua2ya pasti akan berlaku. Cuma tak tahu lambat atau cepat.

Berbaloi tak RM 100/bulanan utk manfaat berkenaan? Nak tahu lebih lanjut..boleh PM

26/11/2020

Baby terkena (kuning).

Di PruBSN Takaful ada plan yang mengandungi manfaat untuk bayi yang kena kuning. Manfaat Infant Secure Plan. Untuk jaundice cover payable RM1,000 sekaligus.

Plan start usia kandungan 14 minggu-35minggu.
# Cover bayi dan ibunya sekali.

Antara kelebihan infant secure :

✅ Komplikasi kehamilan = RM5,000
✅Komplikasi kehamilan + diebetes=add on cash Rm1000
✅ Kematian janin = RM5,000
✅ Kematian ibu = RM20,000
✅ ICU/HDU = RM500/sehari
✅Jaundice + phototherapy = Rm1000 sekaligus
✅ Incubation = RM200/sehari
✅ Congenital = RM30,000 setahun
✅ Infectious disease = RM1,000 sekaligus

disorder maksudnya penyakit yang sedia ada sebelum lahir (cacat lahir)
berlubang /sumbing dulu tak cover sekarang Alhamdulillah sudah dicover
sebelum lahir plan boleh valid. Kalau ambik plan untuk oku slps lahir tak boleh.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
53300