Ikhwan & Sofiya

Ikhwan & Sofiya

Share

- Husband & Wife Takaful Advisor
- membantu anda merancang kewangan anda diwaktu kecemasan
- menyedi

03/07/2023

GREAT EASTERN TAKAFUL REFUND DUIT BAYARAN BULANAN PENCARUM YANG MENINGGAL DUNIA DIBAWAH 3 TAHUN WAITING PERIOD.

Bismillah.. Ini Claim Pampasan Hibah client piya.

Plan Ilham ni sama dengan Hibah Harapan Plus. Hibah untuk orang yang sakit.

Meh nak cerita kenapa GE Refund bayaran client.
Untuk plan Hibah Ilham, Hibah konfem lulus ni,sedia maklum hibah ni khas untuk orang yang pernah ada sejarah sakit pun boleh apply. Tapi waiting period dia tak sama dengan waiting period takaful orang yang sihat.

1. Iaitu dalam masa 3 Tahun ke bawah jika pencarum meninggal dunia disebabkan sakit, pencarum tak dapat pampasan Hibah. Tapi bayaran yang pencarum bayar akan dibayar semula (Refund) kepada waris.

2. Jika pencarum meninggal dunia disebabkan kes kemalangan bukan sebab sakit, waris akan dapat pampasan Hibah tadi beserta khairat kematian 3k walaupun waiting period di bawah 3 tahun.

3. Jika pencarum meninggal dunia disebabkan sakit selepas 3 tahun keatas (ikut waiting period yang ditetapkan) Maka waris boleh buat tuntutan Hibah+ khairat kematian 3k.

Untuk kes ini, pencarum memang dah ada sejarah sakit iaitu Kidney Failure. Arwah mencarum Hibah pada 6/2/2022 Dan menghembuskan nafasnya terakhir kerana infection bacteria pada April 2023.
( Usia sijil takaful masih dibawah 3 tahun, so tak boleh nak claim HiBAH. )

Jadi kita boleh buat tuntutan Refund. Alhamdulillah RM 3,272.50 akan di p**angkan pada account waris.
Alhamdulillah

Nik Nur Ainin Sofiya
GetB since 2019.
wasap.my/+601135395901

27/04/2023

Alhamdulillah...

Pampasan Hibah 1 Juta berjaya ditransfer ke akaun penama Dan surat kelulusan hibah dikeluarkan pada 25 April 2023. Duit Raya untuk anak2 arwah.

Bukti hibah mmg benar diterima oleh waris yg dihibahkan baru mencarum 5 bulan meninggal dunia akibat kemalangan mengambil hibah rm500k berganda APABILA Kematian akibat kemalangan🥲

Kematian disebabkan kemalangan include sekali dengan manfaat kematian berganda. Jadi jika hibah 500k, akan jadi double 500k lagi. Sebab tu penama dapat 1 juta.

Semoga arwah Isteri tenang disana ditempatkan bersama org beriman Dan para shuhadah..Aminn yarabbalaalaminn 🤲




10/04/2023

Rezeki Allah itu unlimited, tapi otak kita yang selalu limited.

Selamat Pagi sahabat hebat!

05/11/2022

Dulu masa plan Aman nak tutup, sebulan sebelum plan ni nak withdraw piya wasap semua orang , buat reminder. Kalau nak apply, apply sekarang..lepas ni takde dah. Mereka tak percaya. Lepas beberapa bulan tanya lagi, Ada ke tak. Benda dah pergi takkan kembali. Melainkan plan Hibah Harapan untuk orang sakit. Tu jenis plan bermusim. Mungkin muncul setahun sekali. Tu pun tak lama dia bagi masa 3 bulan jer paling lama untuk apply.

Berbalik cerita tadi,
Setiap plan ada kelebihan Dan kelemahan masing2. Macam Aman, bagi piya dia memang murah dari Evo. Hibah pun tinggi. Tapi Evo punya walaupun mahal 5-10 ringgit dari Aman, dia ada benefit lagi better dari Aman. Contoh macam auto upgrade coverage di medical card Dan bilik. Tapi harga tak naik. Sebab GetB nak prepare inflasi. Had tahunan warded unlimited. Ada setengah plan 120 hari je paling lama. Medical card GE Takde sapa boleh lawan lagi setakat ni. Percayalah kalau GE buat plan Baru, konfem dia akan upgrade Dan much better dari sebelum ini. Cuma nya, tak semua benefit yang kita dapat dari plan lama akan ada di plan Baru. Tapi plan Baru mesti ada benefit yang unik dari plan lama
Haa pening tak nak baca. Hahaha

Begitulah setiap plan ada pro n Contra

Kalau kita asyik tunggu plan latest jer tapi tak nak mencarum, duk survey bertahun2 tapi tak nak ambil. Jangan marah lah kalau harga takaful makin mahal. Seiring dengan meningkat nya umur kita.

Client tanya : Kenapa 5 tahun lepas hibah aku 50 ringgit jer. Tahun ni aku check dah jadi 93 ringgit harga?

Piya tanya balik,kenapa kau tak ambil 5 tahun lepas masa tengah murah? umur kau dah makin bertambah bukan makin menurun.

Mcm sekarang ni plan Hibah Generasi yang paling terbaik akan menutup tirai. Jadi cepat2 lah apply tengah sihat tengah muda ni. Plan ni x terima orang sakit. Dan yang dah ada sakit kritikal. Setakat ni piya rasa ni paling best. So grab secepat mungkin sementara peluang masih ada. Lepas ni jangan tanya dah tau. Generasi dah takde.😭

Ainin Sofiya
Great Eastern Takaful Advisor Dan seorang Ummi. ❤️

011-35395901

05/11/2022

Piya Medical card GEtB naik harga tak?

Jawapan nya kena tengok plan. Kalau plan stand alone. Ya naik harga. Stand alone ni maksudnya plan yang takde sekali dengan cash value (saving). So dia akan naik harga untuk support caruman bulanan. Sebab tabung Wakalah takde . Kalau plan yang ada sekali saving, dia tak naik harga.
Tapi bukan setiap tahun naik harga. Dia akan naik setiap 5 tahun sekali ikut umur. Contoh Kalau hibah harga rm20 ringgit untuk umur 20-25 tahun. So umur 26-30 tahun dia akan naik jadi bulanan rm23 ringgit. Haa macam tu.

So far kalau tengok medical card suami piya plan Damai dah masuk 9 tahun tak naik harga pun. Alhamdulillah. Sebab ada plan saving (cash Value). Benda ni la yang membantu sedikit sebanyak that why harga maintain bertahun2.

You kena tanya agen you. And you kena buat kira2 sendiri berbaloi tak dengan bajet Dan coverage yang diberikan.

Sebab ada setengah orang dia tak mampu ambil full pakej sebab mahal, dia ambil yang murah tapi ada kenaikan. Okay jer.

Ada yang bila kira2 balik better ambil full pakej mahal sikit beza 5 ringgit takpe dari kena tambah duit setiap 5 tahun. Lagipun benefit lain ada untuk cover balik bayaran. Boleh juga.

Begitulah. Sebab tu kena buat fact finding dulu. Piya tanya client dia perlukan apa, more kepada hibah ke atau more kepada medical card. Kena tahu juga bajet dia. Sebab dia yg bayar bulan2 .jangan paksa ambil plan yang tak mampu.
Kita agen kita kena tahu plan apa sesuai untuk client. Sebab plan GE bukan ada 1 Dan 2 jenis..tapi banyak.

So buat fact finding dulu, kira2 semua. Tolak bahagi campur darab so baru boleh suggest kan.

Ingat Consultation dulu baru Quatation.

Kalau bagi quatation orang tak faham apa benda yang ditulis dalam tu..

Agen sendiri ambil masa berbulan-bulan untuk study product Dan plan dalam Takaful. Inikan p**a yang hanya lihat sekadar Quatation.

Tu PENTING Consultation.

Tiba2 datang minta quotation. Tak boleh ya.

Tanya la banyak2 soalan pada piya. It's okay. Lagi bagus. Lagi banyak soalan lagi banyak jawapan tahu. Daripada angguk2 faham tapi sebenarnya tak faham. Last2 salah faham..benda tak xcover cakap cover. Benda cover cakap tak cover.

Ainin Sofiya
Great Eastern Takaful Advisor
011-35395901

20/10/2022

Awak..kalau awak ada Hibah Takaful. Maksudnya awak ada duit cash. Awak dah ada modal untuk teruskan Hidup sementara nak tunggu harta lain dicairkan. Lagi senang awak nak guna duit tu untuk bayarkan Peguam bagi melancarkan proses tuntutan Dan prosedur harta pusaka waris. Lagi senang awak nak gunakan duit tu sebagai modal nak bergerak. Minyak kereta kena isi, yuran anak2 kena bayar, komitmen bank kena bayar. Nak tukar nama kereta pun guna duit. Nak tunggu harta dicairkan proses pembahagian tu paling cepat setahun.

Paling cepat setahun awak baru settle. Tu pun kalau lengkap dokumen, lengkap siasatan, borang semua dah dicop dan disahkan..

Kalau tak makan masa bertahun2.

Awak tak percaya? Cuba awak tanya kawan2 atau orang sekeliling yang pernah menghadapi situasi ini. Cuba tanya mereka berapa masa diambil untuk settlekan proses pembahagian pusaka ni?

Dan Cuba tanya p**a waris yang dah dapat Wang pampasan hibah. Apa perasaan mereka? Mesti ayat pertama dia sebut Alhamdulillah... Nasib baik... Mujur..

Faraid adalah pembahagian yang paling adil dalam Islam. Tapi kita tahu tak orang yang bakal tinggalkan kita tu ada hutang banyak mana, ada harta banyak mana, ada gadaian banyak mana, apa lah harta yang mereka tak settle kan lagi? Agak2 berapa lama nak settle tu?

In Sha Allah ada jalan ya. Tapi tak salah awak..kita ikhtiar buat hibah Takaful dulu. Sekurang2nya boleh membantu serba sedikit pada hari yang berlaku nya kematian.

Kita buat hibah ni bukan fikir diri sendiri. Tapi ada waris yang akan teruskan Hidup selepas kita nanti.

Awak. Saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya awak..bukan rekaan. Saya sendiri pun takde duit banyak nak bagi cash banyak2 untuk bantu kawan2 untuk settle kan hutang mereka hutang arwah Dan untuk Sara hidup mereka. Tapi saya boleh suggestkan Dan tolong untuk mencarum Hibah Takaful ikut bajet mereka semasa mereka tgh sihat tgh hidup ini. Itu je yg saya mampu tolong.

Kalau tak nak. Terserah lah. Saya x boleh nak paksa. Simpan lah kad saya. One day dah terbuka hati nak mencarum, contact lah saya.

*Hari ni menulis panjang sedikit. Rasa sedih Sebab minggu ni saja ada 3 orang kawan wasap minta tolong saya, dlm ahli keluarganya meninggal. Takde buat hibah atau apa2. Rumit juga proses nak keluarkan duit simpanan yg dah jd harta pusaka. Saya boleh sedekah semampu saya je. Untuk tolong lebih2 saya pun x mampu. Saya minta dia contact Dan pergi ke pejabat yang Sepatutnya nya sahaja untuk menuntut Wang tersebut. Tapi proses tu lama. Nak hire Peguam tiada bajet. Saya suggest kan refer pada Peguam yang tak charge apa2 bayaran. Tapi kena masuk senarai menunggu (waiting list). Kawan2 arwah dah start minta bayaran hutang. Saya faham situasi tu macam mana. Sangat tersepit. Semoga awak dipermudahkan urusan ya. Teruskan kuat. Sesusah mcm mana pun jangan pinjam ahlong. Slow2 ya.. keep doa. Semoga urusan lain lancar. In Sha Allah

19/08/2022

Alhamdulillah GE buat promo Merdeka untuk Medical Card..
Dear All,

*i-Medi Rider: Annual Limit Campaign*

GREAT NEWS! We are pleased to announce that we will be having Annual Limit Campaign for i-Medi
Rider starting from 18 August 2022 until 31 August 2022.

_Annual limit automatically increased to the max *300,000* (R&B 150) & *500,000* (R&B 200)_

Term & condition apply

Thanks
CR Team

_______________________________
Biasanya yang paling basic coverage GE untuk Medical Card 100k peryear akan auto upgrade 10% setiap 5 tahun sekali kan? Dan limit sehingga 300k peryear. Tapi unlimited sehingga tamat caruman. Yang promo ni tak payah tunggu 5 tahun. Dia auto upgrade terus jadi 300k peryear dari hari pertama polisi inforce. Unlimited macam biasa.

Kalau ambil yang 200k peryear akan auto upgrade jadi 500k peryear coverage. Harga tak naik in Sha Allah. So far Medical card GE suami punya dah 7 tahun pun masih harga sama sehingga sekarang. Alhamdulillah

Promo dia start 18hb-31 August ini.

Jom free consultation dan free quatation untuk client piya.

Ainin Sofiya
Great Eastern Takaful Advisor

12/08/2022

July 8, 2020
Reposting.

Klien saya masuk hospital Prince Court.
Kos rawatan keseluruhan RM80,000.

Pemuda hensem berasal dari Pahang dan bekerja di Penang.
Beliau yang berusia 26 tahun mengalami sakit tangan kanan akibat accident motorsikal.

Dengan caruman hanya RM200 sebulan beliau diterima untuk mendapat rawatan di Hospital tersohor di Malaysia dengan layanan VIP dan bilik mewah yang besar yang boleh ditemani 'sekampung' ahli famili.

Bukan itu sahaja, elaun wad hampir RM1500 telah siap-siap di bank-in-kan oleh GETB semasa dalam proses penyembuhan lagi.

Kos Rawatan susulan setelah keluar hospital ditanggung sepenuhnya oleh GETB.

Mari kita doakan saudara klien hensem kita ini terus sihat dan sembuh seperti sediakala.

Terima kasih kepada ayahanda beliau, Tuan Haji Abdul Rahman sebenarnya kerana membuat keputusan bijak mengambil kontrak Medikal Kad Takaful GETB.

Recommendation dari Puan Fazilah Yunus.

09/08/2022

Why not asingkan RM2 je sehari untuk rancangan akan datang.. tak banyak. Dua ringgit.. nk pergi kedai eco shop pun tak cukup RM2. Baik simpan dalam tabung perlindungan takaful.. 👍👍🤩🤩

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
50450