Freelance Akauntan - Servis Membuat Akaun Syarikat & Individu

Freelance Akauntan - Servis Membuat Akaun Syarikat & Individu

Share

Tel : 0139791292 / 0197105140

Menyediakan servis perakaunan syarikat bagi usahawan baru dan lama yang inginkan rekod akaun syarikat lebih tersusun, teliti, mantap dan menyenangkan untuk meningkatkan keuntungan syarikat.

17/03/2026

🌙 **Selamat Hari Raya Aidilfitri** 🌙

Pergi ke pekan membeli bunga,
Bunga melur harum baunya,
Aidilfitri menjelma penuh bermakna,
Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sempena Syawal yang mulia ini, FA Ilham Resources ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan setia, rakan niaga dan komuniti yang sentiasa bersama kami.

Sokongan dan kepercayaan anda menjadi inspirasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan dan kualiti terbaik.

✨ **Terima kasih kerana memilih FA IlhamResources**

**Maaf Zahir & Batin.**

06/02/2026

Pelepasan Cukai Tahun 2025: Perbandingan Tahun Taksiran 2024 dan 2025

Kesimpulan Utama Perbezaan TT2024 vs TT2025:

1) Pengenalan Pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan: Perubahan paling signifikan untuk TT2025 ialah pengenalan pelepasan sehingga RM24,000 untuk faedah pinjaman perumahan pertama.

2) Penyusunan Semula Pelepasan Gaya Hidup Tambahan: Had untuk "perbelanjaan tambahan" di bawah kategori gaya hidup dikurangkan dari RM2,500 (TT2024 untuk alatan sukan dan kursus) kepada RM1,000 (TT2025 untuk sukan, kursus kemahiran, yuran pertandingan).

3) Perubahan pada Ibu Bapa: Pelepasan untuk Ibu Bapa yang disenaraikan berasingan di bawah "Individual & Relatives" pada TT2024 (RM3,000) tidak muncul sebagai kategori berasingan di TT2025. Walau bagaimanapun, "perbelanjaan perubatan ibu bapa" masih ada di bawah kategori "Perubatan & Keperluan Khas" dengan had RM8,000. Ini mungkin bermaksud pelepasan Ibu Bapa telah digabungkan atau disemak semula.

4) Format Pembentangan: Kedua-dua dokumen mempunyai maklumat yang serupa tetapi TT2025 nampaknya lebih ringkas dalam beberapa kategori, contohnya, "Perbelanjaan Pendidikan" hanya menunjukkan satu had RM7,000 untuk pelbagai jenis pendidikan.

Secara keseluruhan, TT2025 memperkenalkan insentif baru untuk pemilik rumah pertama melalui pelepasan faedah pinjaman perumahan, sambil membuat beberapa pelarasan kecil pada had pelepasan gaya hidup. Pelepasan lain kekal sebahagian besarnya tidak berubah.

20/01/2026

📢 Pempengaruh media sosial, ambil maklum!

Semua pendapatan — sama ada daripada endorsement, affiliate, hadiah digital atau jualan produk — WAJIB diisytiharkan kepada LHDN. Popular di skrin tak bermakna kebal daripada undang-undang 💼📱

Pempengaruh media sosial memang perlu mengisytiharkan semua pendapatan kepada LHDN, sama seperti individu atau perniagaan lain.

Ini termasuk pendapatan daripada:
✅ Tajaan & endorsement
✅ Komisen affiliate
✅ Hadiah berbayar (paid gifts/live streaming)
✅ Jualan produk sendiri
✅ Bayaran penampilan atau kandungan berbayar

Jom jadi influencer yang bukan saja berpengaruh, tapi juga bertanggungjawab ✅

29/10/2025

Saya dah banyak tolong orang yang berniaga sendiri iaitu yang takde slip gaji untuk beli rumah.

Caranya senang saja, iaitu dengan buat akaun perniagaan dan declare cukai pendapatan setiap tahun.

Siapa yang nak saya bantu boleh hubungi www.wasap.my/60139791292/belirumah

Setiap usaha pasti akan ada hasilnya..kita buat sampai jadi ye.

26/08/2025

Tunggakan cukai RM 1 Juta ????

Bila kita bisnes kena buat cara yang betul, cukai kena declare dengan pihak LHDN. Tak kira la bisnes tu besar atau kecil.

Ini undang-undang kerajaan kita tak boleh buat apa. Jangan cuba lari dari mereka nanti makin teruk. Denda kena bayar, cukai pun kena bayar.

Bila dah keluar surat penalti daripada LHDN ni memang dah tak boleh lari.

Nak tak nak kena hadap juga untuk selesaikan dengan cara baik.

Boleh hubungi kami untuk urusan akaun dan cukai syarikat.

www.wasap.my/60139791292/cukai

26/06/2025

“Benda ni bukan main-main dah"

"Hang tak boleh lari lagi”

Platform e‑dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop di Malaysia kini diwajibkan untuk menggunakan sistem e‑Invois (“self-billed e‑Invoice”) dan menyerahkan data transaksi penjual terus kepada LHDN.

Platform jana e‑Invois secara automatik untuk setiap jualan — faktur ini dihantar ke sistem LHDN dalam masa sebenar.

Maklumat TIN wajib didaftarkan di platform mulai Julai 2024 (Shopee/Lazada) atau Julai 2025 (TikTok Shop) sebelum penjual boleh keluarkan duit jualan.

Perbandingan data – LHDN akan mudah cam perbezaan antara pendapatan sebenar (dalam e‑Invois) dan tuntutan cukai dari penjual.

Tindakan penguatkuasaan – jika anda tidak mendaftar atau di bawah taksiran sebenar, LHDN boleh audit atau kenakan denda.

Ini yang kita paling takut..dah la kena denda, cukai pun tetap kena bayar.

Meningkatkan ketelusan dan mengurangkan penyelewengan cukai dalam ekonomi digital. Sistem ini telah bantu LHDN kesan ~66,000 penjual yang gagal daftar cukai.

Ye banyak yang lari cukai. Kerana sedikit buat perangai habis yang lain juga kena.

Memastikan pendapatan dari e‑dagang dilaporkan sepenuhnya tiada “utk tunai, tidak lapor”.

Maknanya tiada lagi alasan penjual nak lari cukai lepas ni.

Sistem sekarang dah jalan auto. Hang tak boleh tipu dah, dah tak boleh sembunyi.

Daftar TIN/SSM Daftar atau kemaskini TIN di LHDN, pastikan lengkap sebelum buat jualan.

Kemaskini maklumat di platform Lazada/Shopee sekarang, TikTok sebelum 1 Julai 2025 untuk elak sekatan.

Semak e‑Invois & filing cukai Pastikan jualan di e‑Invois sepadan dengan yang dilaporkan. Dapatkan nasihat dari akauntan jika perlu.

Kerajaan sekarang tekan habis. Cukai dari semua arah.
Kami cuma nak ingatkan hangpa ja, Kalau kita sendiri tak declare, jangan pelik esok-esok dapat surat cinta Lembaga

Time tu konpem dapat denda dan penalti, kering duit dalam akaun bank hangpa tu, silap2 harta semua kena sita😰

Bayar ikut saluran yang betul.

Duit masuk halal, biar urusan pun bersih👍

06/06/2025

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M 🌙

Kami warga FA Ilham Resources, penyedia perkhidmatan perakaunan yang komited, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, rakan niaga, dan umat Islam di seluruh negara.

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, amanah dan keikhlasan — nilai yang turut menjadi teras dalam setiap perkhidmatan yang kami berikan.

✨ Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan semangat baharu dalam kehidupan peribadi dan profesional anda.

Terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami dalam mengurus kewangan dan perakaunan syarikat anda.

Ikhlas daripada,
FA Ilham Resources
Partner Kewangan Anda

28/03/2025

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025! ✨

Di hari yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua! Semoga hari kemenangan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang, dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang. 💛

Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap. Mari kita raikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan! 🎉✨

Ikhlas daripada FA Ilham Resources

Photos from Freelance Akauntan - Servis Membuat Akaun Syarikat & Individu's post 20/03/2025

Berita baik kepada tuan/puan yang mempunyai bayaran baki cukai atau tunggakan cukai.

Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak LHDNM

19/03/2025

Apa pelepasan cukai yang dibenarkan bagi tahun 2024 ??

Boleh rujuk gambar di bawah 👇

Cepat buat dapatlah duit lebihan untuk hari raya nanti 🥰

01/03/2025

Selamat menyambut bulan Ramadan 2025.

Ikhlas daripada FA Ilham Resources

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300