Azim Faraid

Azim Faraid

Share

Pengurusan harta pusaka percuma untuk waris-waris &
Hibah rumah, tanah, akaun bank dan amanah

11/01/2024

Bukanlah penat, bukanlah malas,


tapi ni kali ni kali ke 3 dah pergi ke Machine untuk selesaikan claim warranty iphone, machine protection plan

pertama


pergi ke cawangan setapak central, ingatkan itulah tempat beli, itulah tempat untuk baiki atau tempat claim

rupanya

untuk baiki ke, claim warranty ke, tu kena pergi ke machine servis centre, staff situ pon nasihat kalau nak pergi servis centre tu "pergilah awal pagi"


kedua


pergilah ke klcc, bila pergi, kena tunggu sekejap sebab ada orang lain juga yang nak dapatkan perkhidmatan.


rupanya boleh je buat temujanji dulu, jadi tak perlu la tunggu lama-lama.


bila sampai giliran, technician pon cek


memang betul, ade receiver rosak, bile call je tak boleh dengar suara orang bercakap, technician pon kata,


kalau nak baiki atau ganti sebiji iphone baru


"kena backup dulu",

Azim pon balik la ke rumah semula, nak backup, tengok-tengok wasap saja 10 GB lebih sekali media.


fuh! banyak betul data


hari ni kira kali ketiga pergi Machine


bila nak claim untuk tukar iphone set baru tapi model sama, kene p**a bayar Rm 349.


kita beli dulu warrranty dah Rm 900 lebih dah, bila nak claim kena bayar amaun ni lagi. Tapi okay la, janji masalah selesai.
dalam 7-14 hari nanti boleh pergi ambil p**a di klcc


jadi kira 4 kali kene pergi ke machine untuk selesaikan benda-benda macam ni


kadang tu bile pikir lagi sekali, macam leceh, tapi itulah prosesnya kalau kita ni buat kerja kali pertama.


benda yang senang pon jadi susah,


benda yang boleh siap 1-2 hari, jadi 3-4 hari, kos minyak, parking lagi, semua tu kena sediakan.


baru lah paham


macam tu la kita nanti atau waris kita nanti kalau nak urus pusaka nanti,


sekejap orang kata pergi Amanah raya, sekejap kata pergi ke pejabat tanah, orang lain kata p**ak kalau nak cepat buat di mahkamah tinggi, orang lain p**a cakap nak senang "suruh peguam je urus"


hakikatnya


Bila pergi Amanah raya nanti, baru lah tahu yang Amanah raya bidang kuasa di terhad mengeluarkan surat kuasa dan mengendalikan pembahagian harta pusaka UNTUK harta-harta alih macam kwsp, tabung haji, akaun bank yang semua nilainya rm 600 ribu dan kebawah sahaja.


lebih dari nilai tu, atau ada rumah atau tanah,


kalau ke amanah raya juga, kita akan dikira melantik amanah raya sebagai Pentadbir, yang mewakili waris, dan semestinya akan ada kos.


fuh, tulis pun penat


apa tah lagi kalau di pejabat tanah.


bila dah berada ni bidang ni baru la kita tahu, kita boleh buat pencangan siap-siap.


boleh sahaja, jika semalam berlaku kematian, hari ni dah ade orang datang rumah boleh teman isteri kita, anak-anak atau suami kita untuk uruskan urusan "urus pusaka" sampai lah dapat surat kuasa mentadbir nanti secara percuma untuk waris.


Isteri, anak-anak atau suami kita tak perlu risau nak keluar duit dah untuk urusan yang nampak macam "ringkas dan senang" ni.


bila dapat tu, baru la senang nak keluarkan kwsp, nak keluarkan tabung haji, akaun bank kita, nak uruskan kereta kita dan lain-lain,


bila ada orang yang temankan waris kita ni, urusan jadi cepat, penat pon tidak sebab dah ade orang yang berpengalaman tolong.


moga-moga


harta yang kita tinggal dapat menyenang ahli keluarga kita dan isteri, anak atau suami pon senang dalam nak uruskannya dan insyallah barakah.


Abdul Azim

10/01/2024

"Tolong jelas dengan terperinci ye Azim"


Ni antara mesej yang naik di messeger azim,

beberapa hari lepas Azim ade tulis tentang kwsp, kwsp ni bile semalam berlaku kematian, bukan semua duit kwsp milik penama tu ye.


walaupun nama yang kite letak tu isteri kita, atau suami kita, ada hak orang lain sama,


contoh nya ibu dan ayah mentua kita


tapi kalau ibu atau ayah mentua kita tu bukan islam, maksud nya isteri atau suami kita mualaf,


Islam wajibkan kita serahkan juga ke hak bahagian ibu dan ayah tadi?


Azim pun jawab: "tak wajib" bahkan tak boleh


sebab apa?, sebab 'bezanya agama' merupakan penghalang untuk orang bukan islam terima pusaka orang islam, walaupun dari anak kandung mereka sendiri.


cuma


takkan la ibu bapa yang besarkan isteri atau suami tadi langsung takde hak?


takde langsung ke cara supaya ibu ayah tadi 'rasa' peninggalan si anak?


sekurang-kurangnya ada jugak 'tanda hati' yang kita boleh bagi ke ibu bapa tadi walaupun bukan islam, kan?


okay


tu kalau kita tinggalkan harta sebagai faraid

maksudnya kita tak buat perancang ke atas harta tu

kita tak buat wasiat ke atas harta tu

kita tak buat hibah ke atas harta tu


jadi nak tak nak, jika tak buat perancangan yang islam benarkan, memang langsung takde hak si ibu dan ayah tadi.


tapi, ada cara lain yang islam sediakan


kita wasiatkan sebagian harta tadi atau kita hibahkan juga


cuma yang perlu kita pastikan, bila kita buat wasiat atau hibah, dokumen yang kite buat tu terpakai ke tak? Sah ke tak kalau ada orang lain pertikai?


siapa yang nak bersusah payah tolong uruskan kan semua tu?


semestinya kat Malaysia ni, kita boleh tuntukan siap-siap siap yang nak buat semua urusan, jadi tak timbul dah gaduh sana, gaduh sini


kita dah boleh tentukan harta mana kita nak buat wasiat, harta mana kita nak hibah


Jadi tak timbul dah kes ada waris lain makan harta batil.


semua tu supaya apa yang hasrat kita nak bagi ke ibu ayah tadi atau orang lain juga contoh nya adik beradik yang bukan islam terlaksana,


bahkan barakah untuk kita juga.


bila ada soalan macam ni, baru la perasan, bukan sorang je dalam circle ni yang kahwin dengan saudara baru ni.


ada tak


saudara atau kawan kita yang kahwin dengan mualaf atau memang mak atau ayahnye mualaf?


sharekan tulisan supaya boleh diorang boleh sama-sama tambah ilmu

Abdul Azim

09/01/2024

Ibu dan ayah ni,


walaupun mereka ada hak (hak faraid) atas rumah yang anak mereka beli ketika hidup dahulu, jarang betul kan kita dengar mereka nak bahagian faraid tu


tambah-tambah


kebanyakan ibu bapa sekarang masing-masing ada pendapatan sendiri macam kwsp dan pencen


dan

kita harap rumah yang asalnya tempat kita tengok anak-anak membesar tu insyallah mudahlah urusan turun milk nama nanti


"eh kena turun-turun milik jugak ke"? maksud nya ada geran baru?


ye, bila semalam berlaku kematian ke atas kita sebagai pemilik rumah ni


rumah tu wajib difaraidkan, insyallah ayah ibu kita selalunya kita dengar tak nak ambil bahagian tu, jadi diturun la hak milik rumah tadi ke anak dan isteri atau suami.


semua tu kita panggil urusan "urus pusaka", lepas selesai keluarlah geran baru yang nama pemilik nya anak-anak, isteri atau suami.


tapi, kadang terfikir,

jika di pihak ibu atau bapa ada yang Allah uji dengan amnesia atau penyakit lupa?


atau semasa proses pusaka yang yang rata-rata nya ambil masa paling cepat pon 6 bulan,


ada di pihak ibu atau ayah meninggal terlebih dahulu sebelum proses pusaka tadi siap

sama macam kes arwah abam bocey


2 situasi macam kat atas menyebab kan mereka tak ada lagi "ada kuasa" untuk melepaskan hak-hak mereka.


mereka tak lagi boleh kata, "mak dan ayah tak kesah dah bahagian kami, semua kami lepaskan ke anak menantu'


jadi bila dah mereka diuji dengan pekara macam tu, masih wajib tak sampaikan bahagian faraid ayah ibu tadi?


kes pertama; jawapannya ye,

kes kedua, anak-anak, isteri atau suami tadi perlu "deal' p**a dengan ahli waris kepada ibu dan ayah tadi, selalunya ipar duai kita(adik beradik suami atau isteri kita)


Jadi kalau kita boleh pastikan hal-hal begini tak berlaku atau takkan berlaku alhamdulillah sangat


akhirnya, kita yang tahu keadaan keluarga kita,

hakikanya kita yang tahu perihal ahli keluarga kita macam mana


boleh sahaja kita guna peluang yang ada, untuk pastikan


anak-anak, isteri atau suami kita tak perlu
timbul rasa serba salah ketika menghadap waris faraid yang lain,


anak-anak, isteri atau suami kita tak perlu
sediakan duit mengikut bahagian waris tadi untuk "cucuh" bahagian mereka


kuncinya tuhan dah pon bagi dekat kita


sama ada kita nak tinggalkan sebagai faraid

atau

kita nak tentukan siap-siap kepada siapa kita nak berikan.


moga-moga semua yang kita tinggal menjadi barakah buat mereka dan kita di 'sana'.

tapi sebelum tu


ada tak dalam kawan-kawan atau circle kita yan dah pon jadi kes macam ni? cuba tanya macam mana diorang uruskan?

Abdul Azim

04/01/2024

Sebenarnya rumah yang kita beli untuk anak isteri atau suami ni pon dah termasuk dalam hadis nabi rupanya

Nabi kata


kalau kita tinggalkan waris kita dengan kekayaan, tu lebih baik daripada mereka meminta-minta kat orang nanti


Gitu la kira-kira apa yang nabi kata


Ye mungkin kite sendiri rasa “apa la sangat yang kita tinggalkan untuk anak isteri atau suami kita”


satu rumah ni jelah, takde la kira “kekayaan” sangat.


Tapi selalu sangat kita lupa, rumah yang baya-baya saya mungkin beli Rm 200 - Rm 400 ribu.


tapi

rumah-rumah yang ada sekarang yang rata-rata mak ayah kita beli dulu sekarang dah pon capai Rm 500- Rm600 ribu

bahkan ada yang sampai tu Rm 1 juta, tambah-tambah area KL Selangor ni,


cube cek jiran-jiran kita yang nak jual rumah berapa harga die letak

Satu hal yang perlu kita tahu, kekayaan tu nombor dua, settlekan keperluan tu yang no satu.

Sebab apa?

Sebab orang selalu meminta orang yang die perlu, jarang lah orang minta saja-saja supaya boleh bergaya,


Jadi kalau diikutkan, kita yang hasrat tinggalkan rumah ni supaya anak isteri atau suami memang kita insyallah dah beramal dengan hadis sahih ni.


Tinggal lagi


kita nak wariskan rumah tadi dalam keadaan macam mana?

Selalu kita terlepas pandang, dalam rumah tadi, ada hak waris yang lain.

Sebab apa?

Sebab waris kita bukan sahaja isteri, suami atau anak-anak.

Tapi ayah ibu kita juga.


Jadi jika semalam berlaku kematian

Jika rumah tersebut nama isteri kita, ye suami dan anak-anak ada hak ke atas rumah tu

Dan

Ayah dan mak mertua juga ada hak nye ke atas rumah tu,

Sebab apa?


Sebab itu lah sistem, itulah hukum yang Allah tetapkan dalam Al-Quran


Alhamdulillah

Semua ni kita boleh pillih cara macam mana cara kita nak tinggalkan rumah tadi


Boleh sahaja jika semalam berlaku kematian


Hari ni dah ada orang dari pihak ketiga yang kita sendiri lantik datang harmonikan sesama waris

Atau

Boleh sahaja rumah tadi diturunkan nama kepada suami atau isteri dan anak-anak

dengan syarat


Kita boleh pastikan semua waris-bermuafakat.


Persoalannya, boleh ke kita pastikan?

Abdul Azim

03/01/2024

Rumah sekarang ni kalau nak beli baru masyallah mahal gile

rumawip pon Rm 300 ribu. Sekarang orang panggil residensi wilayah.

kat setapak ni saja


kalau naik je mesti Rumawip dan rumah yang mula dengan Rm 400 ribu. Nak bayar nya ya ampun, kalau gaji Rm 3000 pon belum tentu lepas.

tapi yang hairan kadang yang sedih lagi tu


perasan tak bila lalu je kawasan perumahan selang lima enam buah mesti ada rumah tinggal. kadang tu siap naik semak samun.


kat kampung tu jangan cerita lah. cube kita balik kampung nanti, round je tengok mesti ade yang dah naik lalang. tak pon cube ingat rumah yang mak ayah kampung, ada ke orang duduk tak?


jadi bile pikir balik,


kita harap apa sebenanrnya kat rumah yang kita beli ni dulu dengan susah payah?

20-30 an dulu struggle nak kumpul deposit,

nak bayar bulan belum kira lagi yang dah anak-anak.


tengok-tengok kita tinggalkan rumah yang penuh memori tu dengan anak-anak kosong begitu je.


rupenya baru lah tahu, kadang tu buka sebab apa, kadang sebab


takde siapa nak urus.

kalau satu pihak je nak urus kadang dikatanya nak bolot semua.

atau kalau satu pihak je nak urus, ada kos-ko perlu dikeluarkan.
satu pihak lain tunggu sahaja

campur p**a ada pihak yang langsung tak kisah sebab bukan jadi keperluan dia lagi


walhal mak ayah akan harap anak-anak, cucu akan duduk

tapi, cube cek hari ni, ramai tak anak-anak kerja hebat perlu duduk jauh dari rumah yang kita beli ni dek kerana tempat kerja yang jauh?


jadi kena tanya diri semula lah, pahala kita bagi anak isteri duduk di rumah ni terhenti bila kita dah takde ke nanti?


sepatutnya nye usaha kita time muda dulu beli rumah kita

boleh la 'tuai' pahala jariah kalau ade yang duduk sampai bila-bila nanti

tapi sayang seribu kali sayang, kita belum serius dengan bekal 'depan mata' ni kita untuk ke sana


tapi kita paham,

kita bukan tak serius atau berharap nak kekalkan rumah ni supaya akan ade je orang sentiasa duduk di rumah ni, cume kita belum didedahkan caranya sahaja.


sebenarnya kita boleh je usaha selagi tuhan bagi peluang untuk kita pastikan semampu boleh untuk kita 'tuai' pahala hasil kita susah payah beli rumah tadi


semuanya akan mudah


kalau semalam berlaku kematian,

hari ni dah ada orang yang nak uruskan rumah tadi,

dah ade orang tahu nak bawak anak kita pergi mana,

sediakan dokumen apa, anak kita yang mana nak uruskan.


itu semua boleh kita aturkan selagi tuhan bagi kita peluang kita nyawa dikandung badan ini.

Abdul Azim

02/01/2024

Beberapa minggu lepas Azim balik kampung ada kematian, bila ade kematian ni, yang jarang balik pon akan balik.

kadang-kadang tu lagi ramai dari yang balik masa hari raya, betul tak?

Bila dah selesai semua urusan,

masing-masing duduk sembang meng"update" kerja apa, kat mana, sembang punya sembang

masuk topik kwsp

"Eh ingatkan kalau kita tukarkan akaun kwsp kita ke simpanan shariah, automatik nanti jadi isteri kita punya semua"

lebih kurang gitu la telinga ni dengar, mungkin beliau kata gitu sebab beliau letakkan isteri sebagai penama dan kalau semalam berlaku kematian keatas suami, hari ni dah jadi milik isteri sepenuhnya, walhal realiti nya tidak

kenapa p**ak bukan isteri punya? kan dah letak nama isteri?

sebab bila suami letak nama isteri sebagai penama, penama hanya sebagai pentadbir, maka dari duit kwsp tu ada hak ayah mertua, ibu mertua dan anak-anak sebab tu dikira pusaka.

oh ye

kalau suami tiada ayah (ayah mertua) dan tiada anak lelaki, adik-beradik suami (ipar-duai) pon ada haknya disitu, allah dah tetapkan begitu.

tapi tahu ape yang lagi kesian kat si isteri?

kesian bile akaun kwsp tu tiada penama, atau penama tu orang yang dah tiada, maklumlah boleh dikatakan kita semua masing-masing mula kerja sebelum berkahwin.

urusan nak tebus duit kwsp sepenuhnya tu akan lagi susah.

sebab apa?

sebab kena buat "urus pusaka" di pejabat pusaka dulu. tak settle ni jangan harap isteri kita boleh keluarkan semua duit tu.

jadi bila pikir balik, macam manalah isteri atau suami kita hadap nanti, mana lagi nak urus anak-anak, diri sendiri yang sedih time tu, kerja lagi nak cuti lagi.

Kalau semua nak kena fikir, nak kena buat dan-dan tu, boleh stress dibuatnya.

dan urusan-urusan ni isteri atau suami kita boleh jadi mudah bahkan percuma bagi meraka kalau ada orang yang terus boleh datang untuk lorongkan "urus pusaka" ni nanti.

Moga Allah tempatkan arwah paklong bersama orang soleh di sana. Amin

Azim Faraid

01/11/2023
06/04/2023

“Bukan harta je kena faraid, hutang pon kene faraid”

Ramai yang anggap begini

tapi sebenarnya

waris hanya layak terima faraid selepas hutang dilangsaikan

jika kwsp yang ditinggalkan, penama wajib bayarkan hutang dengan duit tu

tapi kalau semalam berlaku kematian kepada kita, adakah hari ni waris kita tahu hutang-hutang kita?

dan nak tolong susah-susahkan diri uruskan hutang kita?

roh orang mati syahid pon tergantung dek kerana hutang, ini kan p**a kita amal yang biase-biase sahaja

dengan insyallah itu usaha terbaik untuk jamin nasib kite di akhirat kelak.



- abdul azim

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Kuala Lumpur