AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim

AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim

Share

Saya Elite Life Planner sedia membantu anda dalam memahami konsep dan solusi perlindungan kewangan d

09/04/2025

KONSISTEN IS THE KEY

Bulan lepas banyak juga cabarannya. Bertembung 2-3 benda dalam satu masa. Tambah lagi dengan ujian saya kemalangan dihujung ramadhan.

Dalam kepala dah terfikir takkan kena raya dalam ward kotπŸ˜…. Tapi syukur Alhamdulillah keadaan saya tidak terlalu teruk dan cepat juga recover. Kes kemalangan ni nanti saya akan buat posting lain. Tak sempat nak menulis sejak dari haritu.

Sebenarnya ini adalah hasil dari bulan sebelumnya, bekerja diawal bulan dan konsisten kita sebarkan awareness takaful.

Disini saya belajar sesuatu, benarlah rezeki tu Allah dah tetapkan, kita hanya perlu buat kerja kita dan usahakan sahaja. Bila hasilnya Allah yang tentukan masa yang terbaik.

Syukur waktu saya diuji kemalangan ni lah Allah beri rezeki. Alhamdulillah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan dan kepada client yang memberi kepercayaan pada saya untuk jaga policy anda.

Doakan saya dan juga team terus menerus konsisten bantu anda semua.

Congrats juga pada semua Top Performers yang lain. Ridzuan Manan Isham Ismail

Keep fighting!

Fayyadh Ibrahim


Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 12/03/2025

Pengalaman yang menarik tentang Corporate Solution (CS).

Tadi saya baru selesai satu perbincangan focus group berkenaan Employee Benefit secara keseluruhan.

Setahu saya AIA hanya jemput beberapa advisor sahaja dan ada lagi group kecil yang lain. Tujuannya untuk kita berbincang sebarang penambahbaikan dalam SME Flex-i (Takaful Employee Benefit) dan ambil feedback dari pengalaman kami yang pernah tawarkan product ni.

Mula dari kenaikan harga medikal di pasaran, klaim yang tinggi. Jadi di pihak kami perlu juga buat sesuatu.

Akan ada 1 konsep baru dalam corporate benefit nanti yang insyaAllah boleh meet dengan keperluan majikan dari segi benefit dan harga.

InsyaAllah doakan. Saya pun tak sabar.

Dalam AIA ni, corporate benefit dia memang best, sebab AIA boleh tawarkan coverage yang paling flexible dan sesuai dengan background syarikat. Tak kisah nature syarikat macam mana. Ini yang tiada kat mana-mana.

Kalau ada yang nak tahu lebih pasal ni, boleh dm saya.

Btw saya baru first time jumpa orang disebalik product SME-Flex ni. Kira designer product ni. Muda lagi rupanya.

AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim


02/03/2025

πŸ’Ž SALAM RAMADAN AL-MUBARAK πŸ’Ž

Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selamat berpuasa!”

AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim
Life Financial Advisor

09/01/2025

Alhamdulillah 3x

Haza min fadhli Rabbi.

Tahun ni kita pergi satu tingkat lagi Advisory tittle. Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang mendoakan dan support journey saya dari mula hingga hari ini.

Special thanks kepada semua clientΒ² dibawah servicing saya. InsyaAllah saya akan bekerja lebih keras tahun ini untuk bantu mudahkan urusan kalian.

Aspring Life Advisor.

Bukan sekadar production yang dinilai.
βœ… Vitality aktiviti (Kesihatan agent)
βœ… Vitality aktiviti (Kesihatan client)
βœ… Good & quality servicing
βœ… Value of customer trust
βœ… Quality advisory to client
βœ… Advance training sebagai Financial Coach

Boleh saya katakan ini adalah "Lifestyle & Professional Career". Kami bantu orang tentang "financial gap" dalam masa yang sama aktif dalam menjaga kesihatan.

Tahun ni saya nak lahirkan lagi 10 orang Quality Advisor dibawah bimbingan saya. InsyaAllah akan buat lebih baik dan saya nak guide tingkatkan income anda. Part time atau full time.

Saya ambil yang serius betulΒ² nak ubah hidup dan kerjaya anda jadi lebih baik & professional.

Contact saya ada di comment.

AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim




Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 14/08/2024

Certified Financial Practitioner

Alhamdulillah selesai fincoach training bersama team KEY Group di branch AIA Kuantan.

Salah satu syarat kelayakan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kami memberi nasihat dan merancang kewangan orang lain.

Upgrade to the next level!

So lepas ni boleh approach mukaΒ² yang ada dalam ni dan boleh minta nasihat kewangan yang betul dari diorang. πŸ‘Œ

Fayyadh Ibrahim

Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 19/03/2023

Petang tadi saya bertegur sapa dengan orang awam di sekitar Mydin Seremban 2. Ikutkan nak jumpa ramai lagi tapi agak kesuntukan masa sebenarnya.

Alhamdulillah semua baikΒ² dan mesra. Saya rasa masa 15 minit berjumpa tu memang tak cukup, tapi banyak juga yang dapat saya kongsikan tentang perlindungan takaful.

Kebanyakan yang saya tanya mereka setuju akan gunakan takaful ditempat pertama kalau jatuh sakit, nakΒ² p**a jenis yang sakit kronik. Sebab kosnya sangat mahal.

Itu tanda kesedaran dah semakin baik kalangan masyarakat. Alhamdulillah. Tahniah saya ucakan.

Harini saya berjumpa dengan kalangan pelajar UiTM, staff stall dalam Mydin, Rider Food Panda dan business owner.

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan pada warga Seremban 😊



14/04/2022

π‘πŒπŸ–πŸŽ,πŸ•πŸπŸ•.πŸ‘πŸ π”ππ“π”πŠ π’π”π€πŒπˆ 𝐃𝐀𝐍 π€π˜π€π‡

Lama saya simpan penulisan ni sebab nak ambil kekuatan sebelum post di medsos. Tapi setelah dapat keizinan waris, beliau pun galakkan saya untuk beri kesedaran pada orang ramai tentang Hibah ni.

π™†π™π™Šπ™‰π™Šπ™‡π™Šπ™‚π™„

12 Jun 2021 -Mula mencarum takaful bersama Suami.

9 Okt 2021 - Arwah mengalami demam panas dan tak kebah selama beberapa hari.

12 Okt 2021 - Pada lewat malam, Arwah dikejarkan ke HTJ Seremban dan dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk dipantau kerana bacaan oksigen menurun dengan cepat.

13 Okt 2021 - Pada awal 8 pagi arwah telah p**ang dijemput Ilahi. Menurut Dr, arwah disahkan mengalami β€œSevere Pneumonia with Acute Respiratory Distress Syndrome”. Seakan penyakit Covid-19. Ini salah satu jangkitan paru-paru. Dia serang dan rosakkan paru-paru dengan cepat.

21 Okt 2021 - Saya hantar semua dokumen Klaim Kematian arwah ke AIA Public Takaful.

28 Mac 2022 - Alhamdulillah, klaim hibah lulus dan RM80,717.31 jumlah hibah telah di β€˜bank-in’ ke akaun penama hibah iaitu Suami dan Ayah arwah.

Alhamdulillah. Syukur waris dah dapat.

Sebelum ni arwah memang sihat dan ceria saja. Tapi tulah takdir Allah, tak siapa pun sangka, semuda umur arwah 29 tahun diuji dengan kesakitan begitu dan Allah lebih sayangkan arwah.

Sebenarnya Arwah pergi tepat pada tarikh polisi takaful beliau baru sahaja mencukupi 5 bulan. Arwah ambil polisi hibah dan sakit kritikal, mencarum bulanan hanya RM66.20 dan jumlahnya RM331. Tak tinggi pun, tapi arwah tinggalkan legasi hibah yang besar buat waris. Ini yang hebat.

Saya masih terngiang-ngiang pesanan arwah pada saya masa mula-mula ambil takaful.
β€œFayyadh, awak tolong jaga amanah akak ni elok-elok ya. Kalau akak dah takde nanti tolong uruskan ya”. Allahu. Tak sangka ini benar-benar berlaku juga.

Dan sekarang saya telah selesaikan amanah tu dengan sebaiknya. Hibah dah pun sampai ke tangan Suami dan Ayah arwah. Mungkin itu pahala dan tanggungjawab terakhir arwah buat ahli keluarga beliau. InsyaAllah pahalanya akan berpanjangan. Kerana saya tahu keadaan keluarga arwah yang serba kekurangan dan selama ini arwah juga antara tempat bergantung sumber pendapatan keluarga selain ayah arwah. Sebab tu arwah bersungguh nak sediakan takaful.

Pesanan buat semua,
Duit hibah ni memanglah tak boleh nak mencari pengganti batang tubuh seperti arwah, tetapi sekurang-kurangnya arwah tak tinggalkan peranan dan kasih sayang beliau sebagai seorang isteri, anak dan kakak dalam keluarga.

Besar pengajaran yang kita boleh ambil dari kes klien saya ni.

Percayalah!

KESEDARAN ITU LEBIH MAHAL berbanding caruman takaful anda. Nanti anak dan keluarga anda juga yang akan merasa manfaatnya. Ia tak membebankan, tapi tinggalkan keluarga terkontang kanting bina hidup baru lagilah berat bebanan mereka.

Kata suami arwah pada saya, semenjak arwah pergi, takda lagi waris atau orang luar yang bagi sumbangan sebanyak ini kecuali syarikat takaful. Allahu, saya memang berbesar hati dan syukur sangat dapat bantu keluarga arwah.

Dari kes klien saya ni, saya rasa makin bersemangat dan bersungguh nak bantu semua orang, betapa pentingnya takaful Hibah dan Sakit kritikal ni kena ada dalam coverage takaful kita.

Sekarang tindakan kita p**a.

Moga kita dapat sesuatu. Baca dan fikirkan.

Boleh berhubung πŸ‘‡πŸ» untuk saya bantu.
http://wasap.my/60183693359

Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 10/03/2022

Keluarga Ohsem

Alhamdulillah syukur pada Allah dipertemukan dengan sebuah family yang hebat ni.

Saya juga adalah agent yang servis untuk 2 keluarga dari keluarga besar ni. Mereka semua ni memang ada kesedaran yang tinggi tentang perlindungan. Itu saya kagum.

Tadi saya berjumpa dengan semua ahli keluarga berkumpul sekali nak dengar p**a sharing berkenaan Perancangan Pusaka.
Terasa macam lawyer tengah nak baca wasiat p**akπŸ˜„.

Antara yang menarik dengan keluarga ni, mereka ni ada bisnes keluarga yang dah lama bertapak. Ada "Keyman person" iaitu ayah dan ahli keluarga lain dalam syarikat. Kalau tanya keluarga bisnes, kebiasaannya concern utama mereka adalah nak ada kesinambungan dan wariskan bisnes kepada ahli keluarga.

Dekat sini saya tekankan juga perlu waris untuk belajar tentang penyelesaian harta pusaka. Saya sharekan secara asas ada 3 cara harta akan diagihkan:

1. Wasiat
2. Faraid
3. Muafakat waris

(Kalau nak tahu lebih boleh pm tepi)

Berbalik tentang bisnes keluarga, bila sebut tentang Keyman dalam syarikat ni, ahli keluarga kena rancang dari sekarang macam mana nak mengekalkan syarikat supaya boleh berjalan macam biasa jika tiba-tiba berlaku kematian kepada Keyman ni?

Sempat saya bagi sedikit solusi bagaimana nak tinggalkan modal RM1 Juta kepada syarikat dan RM1 Juta untuk keluarga.

Diorang pun berminat. Alhamdulilah. InsyaAllah akan ada lagi pertemuan untuk selesaikan satu persatu.

Jadi sebelum balik sempat la saya hulur sedikit hadiah istimewa, payung AIA Public Takaful untuk mereka. Sebagai penghargaan kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bantu satu keluarga ni.

Alhamdulillah.

Fayyadh Ibrahim


Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 09/03/2022

Alhamdulillah tergolong dalam Top 10 Performers untuk bulan Februari. Kali ni kita pakai gambar baru, kira update semasa la. Masih cengkung. Haha.

Terima kasih leader Khairul Ezuwan atas hadiah bermakna ni. Moga ini sebagai satu permulaan tahun baru yang baik untuk target baru ni.

InsyaAllah.

Terima kasih juga buat isteri, clientΒ², sahabatΒ² dan keluarga yang beri kepercayaan dan doa yang tak putus untuk saya istiqamah membantu orang lain juga.

Fayyadh Ibrahim


Photos from AIA Takaful - Fayyadh Ibrahim's post 16/02/2022

π‚π”πŠπ€πˆ 𝐋𝐇𝐃𝐍 π”ππ“π”πŠ ππ„πŒπ€πŠπ€π π†π€π‰πˆ

Bulan 2 dan 3 ini adalah bulan paling penting untuk orang yang bekerja dibawah majikan atau yang biasa kita sebut kerja makan gaji tak kira kerajaan mahupun swasta untuk buat laporan pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Siapa dalam golongan ini ambil perhatian. Tak kisah gaji kecil atau besar, LHDN mesti cari nanti. Jadi apa perancangan cukai anda? Apa yang kita perlu buat sekarang? Mari saya senaraikan:

𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝟐
1⃣ Daftar fail cukai online anda di laman web LHDN https://edaftar.hasil.gov.my/, ikut sahaja arahan yang diberi seperti dokumen dan lain-lain. Selepas daftar, pastikan cetak paparan yang tertera No. Rujukan dan cawangan fail anda pada muka akhir.

2⃣ Bawa salinan cetakan no. Rujukan tersebut, Salinan IC dan Borang Pemohonan No Pin e-Filling (CP55D) ke mana-mana cawangan LHDN, anda akan dapat terus nombor cukai dan boleh login daftar e-Filling di portal.

3⃣ Kumpul segala pendapatan yang diterima sepanjang tahun 2021 (1 Jan-31 Dis 2021) seperti penyata gaji (EC Form untuk kerajaan / EA Form untuk swasta), penyata insentif atau komisen ejen, pengedar, pengagih (CP58), sewa, dividen, royalti, penyata pencen, anuiti dan lain-lain. Perlu minta semua penyata dengan majikan atau siapa yang beri kita pendapatan tu.

𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŸ‘
1⃣ Dah boleh mula kumpulkan segala resit-resit untuk klaim PELEPASAN CUKAI individu. Contoh penyata takaful, penyata simpanan SSPN anak, penyata KWSP (bagi yang menyimpan sendiri). Untuk senarai panjang saya sertakan seperti link di bawah.

2⃣ Kumpulkan juga resit-resit pembayaran zakat atau sumbangan kepada badan-badan yang disahkan LHDN untuk pemotongan cukai. Nak tahu macam mana?. Ada tulisan perenggan Seksyen 44(6) di resit, itulah dia. Ini untuk klaim REBAT CUKAI.

3⃣ Lantik ejen cukai di mana-mana firma atau boleh buat sendiri dengan ilmu percukaian yang ada.

𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŸ’
1⃣ Isi borang online Borang Nyata Cukai Pendapatan (BE) bagi tahun penggajian 2021 dan boleh β€œsubmit” sebelum tarikh 30 April 2022.

2⃣ Jika ada sebarang amaun BAKI CUKAI YANG DIKENAKAN, anda perlu membuat pembayaran cukai tersebut sebelum tarikh 30 April 2022 untuk elak dikenakan penalti cukai berganda.

3⃣ Sila cetak dan simpan borang BE dan semua resit klaim tersebut untuk rujukan kita sehingga 7 tahun mendatang. Ini akan memudahkan jika LHDN datang untuk mengaudit dokumen. Jika risau resit-resit akan hilang atau tulisan kabur, sebaiknya β€œscan” dan simpan dalam bentuk PDF.

Itu sahaja. Senang kan nak lapor pendapatan dengan LHDN? Mula lah sekarang.

Jom share kalau anda dapat manfaat. 😊

Dibawah saya sertakan link dan dokumen yang anda perlukan.

Borang CP55D https://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=3&bt_posi=0&bt_unit=12&bt_sequ=12&bt_lgv=2

Senarai Pelepasan Cukai 2021
https://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1

Fayyadh Ibrahim

08/02/2022

Kalau korang diberi peluang untuk buat pilihan, apa yang korang akan pilih? Cer reply dekat komen nanti.

Soalan 1
A. Bekerja setiap masa
B. Bekerja ikut masa sendiri

Soalan 2
A. Gaji tetap dan terhad
B. Gaji tidak terhad?

Soalan 3
A. Kerja bawah orang
B. Jadi Bos sendiri

Soalan 4
A. Bantu diri sendiri sahaja
B. Boleh bantu orang lain juga

Soalan 5
A. Kais sebulan makan sebulan
B. Kais sebulan boleh beri manfaat yang lebih lama

Soalan 6
A. Kerja di pejabat
B. Bebas nak kerja kat mana-mana sahaja

Soalan 7
A. Kerja perlu ikut etika berpakaian
B. Terp**ang pada diri sendiri. Nak pakai kain pelikat atau baju kelawar pun boleh.

Soalan 8
A. Gaji sebulan sekali
B. Gaji 3 kali sebulan

Soalan 9
A. Nak balik kampung kena apply cuti
B. Rasa nak balik, boleh terus balik je

Soalan 10
A. Gaji naik setahun sekali
B. Gaji naik sebulan sekali

Kalau jawapan korang banyak yang B, korang kena join saya dalam satu sesi khas yang dibawakan oleh District HM Group. Kami akan tunjuk macam mana nak jadi macam B.

Korang boleh tengok sendiri transformasi dari jawapan A kepada jawapan B.

Online Career Talk - A Real Life Transformation by HM Group.

Tarikh : 11 Februari 2022
Hari : Jumaat
Masa : 9:00pm - 10:30pm

Daftar di link di bawah. Saya akan hubungi anda sendiri nanti.

wasap.my/60183693359/FullTimeAIA
wasap.my/60183693359/PartTimeAIA

Korang nak Team A ke Team B? Saya pilih B.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Suite 30-03, AIA Cap Square Tower, Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur
50100