20/03/2026
Dulu Saya 'Block' Ejen, Sekarang Saya Di Sini.
Bukan untuk menunjuk, tapi sekadar berkongsi satu perjalanan. Kejayaan yang datang hari ini bukan bergolek semalaman. Di sebaliknya ada usaha back-to-back jumpa orang, mendengar keresahan klien, dan menuntut ilmu untuk memberi solusi yang betul.
Jujurnya, dulu saya antara orang yang paling skeptikal dengan industri ini. Saya pernah rimas, malah pernah 'block' nombor kawan sendiri yang terlalu mendesak. Sebab itu, prinsip saya hari ini mudah: Bantu klien ikut keperluan dan kemampuan mereka.
Hari ini Allah bawa saya ke industri Takaful, Unit Trust & Hartanah dengan satu niat untuk memberi kesedaran (awareness), bukan paksaan. Saya bukan di sini untuk "cuba-cuba". Saya masuk kerana saya nampak nilai dan besarnya tanggungjawab ini.
Alhamdulillah, masuk bulan ke-4 perjalanan ini, Allah kurniakan rezeki yang luar biasa. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.
19/03/2026
Rezeki 61 Hari: Dari All-Out ke Phuket! 🇹🇭✈️
Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan. Tak sangka, selepas 2 bulan bertungkus-lumus dalam industri Takaful sejak September lalu, saya berjaya qualify ke Rookie Life Planner Convention di Phuket, Thailand!
Sejujurnya, 2 bulan pertama ini memang fasa saya "all out" untuk belajar dan membantu seramai mungkin klien. Saya tak sangka usaha ini membuahkan hasil secepat ini. Syukur, Allah izinkan jalan ini dipermudahkan.
Kejayaan kecil ini saya jadikan pembakar semangat untuk terus komited membantu lebih ramai lagi di luar sana mendapatkan perlindungan terbaik. Terima kasih kepada semua klien yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini! 🤲🏻
17/03/2026
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat-Nya. Perjalanan saya dalam industri Takaful bermula secara rasmi pada 26 September 2025.
Selepas menamatkan kerjaya dalam bidang jualan perbankan, saya mengambil keputusan untuk meluaskan kepakaran sebagai Perancang Kewangan yang berlesen.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua klien yang memberikan kepercayaan sepanjang tahun 2025. Insya-Allah, misi saya untuk tahun 2026 adalah untuk membantu lebih ramai individu mendapatkan perlindungan yang tepat, mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. 😊
Siapa lagi yang saya boleh bantu tahun ni? Jom sembang santai di PM!