Daie Mawarith Wasiyyah Shoppe

Daie Mawarith Wasiyyah Shoppe

Share

Hibah. Wasiat. Faraid. Rancang & Urus Harta Islam. Kausar Wealth Management. Wasiyyah Shoppe #1 Stra

06/07/2021

๐—™๐—”๐—›๐—”๐—  ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜.

UTAMA | Bm - 17/06/2021

UTAMA | Bm - Syarikat Amanah Patuh Syariah Terbesar di Malaysia

16/06/2021

SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?

Soalan di pm kepada saya kerana ada pihak berkata membuat dokumen perancangan harta dengan bukan syarikat amanah ( sdn bhd / individu / buat sendiri ) pun sama sahaja dengan buat dokumen di syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.

Lepas mati nanti lantik peguam dan bawa saja dokumen ke Mahkamah Syariah settle lah. Pihak yang buat dokumen tu tak wujud lagi pun tak apa asalkan dokumen itu ada. Tak perlupun buat dokumen perancangan harta dengan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad katanya.

APA RISIKO YANG KITA KENA TAHU ?

Syarikat sdn bhd boleh digulung ( tutup ) pada bila2 masa hanya dengan resolusi lembaga pengarah saja. Tiada sebarang sekatan dari mana2 pihak untuk syarikat itu tutup operasi. Terserah kepada Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan. Tiada jaminan syarikat itu masih wujud 10,20 atau 30 tahun depan apabila kita mati dan waris kita memerlukan perkhidmatan mereka.

Jika individu yang membuat dokumen itu, individu itu boleh mati pada bila2 masa dan risiko itu makin tinggi dalam musim pandemik ini. Risiko ini sama juga jika kita sendiri yang membuat dokumen itu selepas mendengar cara2 membuat dokumen di media sosial !

APA KESANNYA ?

Jika syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, kepada siapakah waris kita boleh mohon pertolongan untuk melaksanakan dokumen itu mengikut proses undang2?

Pihak yang membuat dokumen itu sahaja yang tahu secara tepat kenapa dokumen itu dibuat sedemikian rupa. Kalau mereka sudah tiada, siapakah yang akan membantu menghujahkan dokumen itu di Mahkamah Syariah bila dibicarakan ? Di manakah rukun dan syaratnya ? Di manakah hujah syarak yang menyokongnya ? Memang betul mana2 peguam boleh membawa kes itu ke Mahkamah tetapi tahukah peguam itu secara tepat kenapa dokumen itu sedemikian bentuknya ?

Orang yang membuat dokumen itu telah mati. Syarikat itu telah tutup. Bolehkah dokumen itu dikuatkuasakan dan hasrat kita tercapai ?

UNDANG2 BERUBAH SECARA DINAMIK.

Masyarakat juga perlu faham bahawa undang2 berkaitan penghartaan Islam ini berubah secara dinamik. Cara hakim2 berfikir dan memandang sesuatu isu dari 1998 sehingga 2021 juga telah berubah. Ini pemerhatian peribadi saya sendiri yang terlibat secara langsung dengan industri ini semenjak 23 tahun lepas. Dokumen yang dulunya sah kini boleh menjadi tidak sah kerana perubahan ini.

Kalau syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, siapakah yang akan memastikan dokumen yang dibuat kekal relevan dan dikemaskinikan ?

SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?

Di sinilah PENTINGNYA menggunakan perkhidmatan syarikat amanah bagi tujuan membuat dokumen perancangan harta kerana ada unsur PERPETUITY kepada syarikat amanah yang tiada pada bukan syarikat amanah. Ini unsur yang tidak diketahui dan jarang diceritakan dalam masyarakat. Saya akan mati tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad akan terus beroperasi. Saya pernah bertemu dengan syarikat amanah berusia 150 tahun di Australia!

Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad terikat dengan Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ) yang tidak mengikat Lembaga Pengarah Syarikat sdn bhd. Akta itu menetapkan jika Wasiyyah Shoppe Berhad ingin menutup operasi, selain prosedur biasa penutupan, kami juga perlu memohon kebenaran Mahkamah Sivil.

Dalam memberi kebenaran, Mahkamah Sivil akan mengambilkira faktor bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad mestilah telah menunaikan segala tanggungjawabnya ke atas pengurusan harta pusaka pelanggannya. Jika ini gagal ditunaikan, kebenaran tidak akan diberikan. Pemegang saham juga akan dilarang dari menjual saham mereka.

Agak mustahil Wasiyyah Shoppe Berhad boleh menunaikan tanggungjawabnya kepada semua 70,000 pelanggan dalam satu masa. Ia akan memakan masa berbelas dan mungkin berpuluh tahun sebelum kami boleh menyelesaikannya dengan syarat kami berhenti memberi perkhidmatan kepada sesiapapun mulai hari ini !

Begitulah ketatnya undang2 yang mengikat Syarikat Amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad. Kenapa ? Kerana syarikat amanah fungsi dan kuasanya memang jelas di dalam undang2 dan urusan perancangan harta masyarakat.

APA YANG PENTING SEBENARNYA ?

Apa yang penting bila ada perubahan undang2 semasa, kita akan dimaklumkan dan pihak yang membuat dokumen itu akan membantu mengemaskini dokumen kita mengikut keperluan undang2 paling terkini.

Apa yang penting ialah kita mahu waris kita 10, 20, 30 50 atau mungkin 100 tahun akan datang apabila mereka mahu melalui proses undang2 dengan dokumen yang kita buat hari ini , pihak yang membuat dokumen itu masih wujud untuk membantu waris kita.

Apa yang pentingnya ialah apabila berlaku perubahan undang2, pengenalan akta / enakmen baru atau perubahan pandangan hakim2, kita dimaklumkan dan dibantu supaya dokumen sedia ada yang kita telah buat, akan dibantu untuk dikemaskinikan.

Apa yang penting ialah kita mahukan organisasi yang membuat dokumen perancangan harta kita diuruskan secara profesional dengan amalan tadbirurus korporat terbaik kerana kita mahu pastikan waris kita mendapat perkhidmatan terbaik.

Namun di Malaysia tiada undang2 khusus yang menetapkan dokumen perancangan hanya boleh dibuat melalui syarikat amanah atau peguam. Sesiapapun bebas memberi perkhidmatan penyediaan dokumen ini. Terserahlah kepada masyarakat untuk membuat pertimbangan mana yang lebih baik.

RENUNGAN : APA GUNANYA BUAT DOKUMEN PERANCANGAN HARTA JIKA WARIS KITA TAK DAPAT DIBANTU PADA MASA DEPAN DAN DOKUMEN ITU TAK BOLEH DIKUATKUASAKAN ?

ABS
Daei Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Photos 15/06/2021

Setiap pasangan yang berkahwin, mengimpikan zuriat sama ada anak lelaki ataupun perempuan untuk kembangkan keturunan dan turun temurun hartanya.

Tetapi, bagaimana jika anak perempuan sahaja ?

Seorang anak perempuan (tunggal) mewarisi ๐Ÿญ/๐Ÿฎ daripada pusaka kerana beliau tidak mempunyai saudara lelaki yang menjadikannya asabah. ๐—”๐˜€๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ialah orang yang mewarisi baki harta.

Dan jika arwah meninggalkan dua orang atau lebih anak perempuan, maka mereka akan mewarisi ๐Ÿฎ/๐Ÿฏ pusaka. Jumlah ini (2/3) akan dibahagikan sama rata.

Namun, asabah kepada arwah yang meninggalkan anak perempuan sahaja adalah: ayah, datuk, adik beradik lelaki, anak saudara lelaki, ayah saudara, sepupu lelaki (mengikut turutan).

๐—”๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ณ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ.

Photos 15/06/2021

Bila sebut sahaja harta pusaka, ramai yang membayangkan harta pusaka terdiri daripada rumah, tanah, akaun bank, kenderaan, barang kemas dan lain harta yang kita nampak dimiliki secara fizikal oleh simati. Tapi sering kita terlepas pandang bahwa saham syarikat yang dimlilki oleh simati juga merupakan harta pusaka apabila dia meninggal dunia.

Kenapa p**a saham ini harta yang penting untuk dirancang semasa hidupnya pemegang saham? KERANA pemegang taruh yang terlibat adalah sangat ramai. Bagi harta pusaka biasa, waris yang terlibat ialah waris mengikut hukum FARAID sahaja.

Oleh kerana saham terkait dengan syarikat, maka ada pelbagai pihak yang terlibat. Adalah satu kerugian yang amat besar kepada umat Islam apabila perniagaan yang dibina di atas keringat dan pengorbanan pemegang saham selama puluhan tahun terpaksa di tutup hanya kerana isu pewarisannya tidak selesai.

Photos 15/06/2021

Perkongsian yang sangat ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š kepada pasangan yang membeli rumah secara bersama antara suami isteri.

๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› merupakan keperluan asas yang perlu ada sebagai tempat berlindung dari hujan,panas dan sebagainya.Ia juga tempat untuk kita beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Adakah anda sedar bahawa andai berlaku sesuatu kematian maka rumah yang diduduki sekarang bukan la hak milik mutlak pasangan tersebut lagi?

Bahagian ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ mengikut faraid adalah ๐Ÿญ/๐Ÿด dari keseluruhan nilai rumah tersebut walaupun harta itu dikongsi bersama semasa hidup.

Tuntutan harta sepencarian juga ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก proses yang mudah di mahkamah syariah dan memperuntukkan kos dan tangggungjawab isteri untuk meluangkan masa.

Rancanglah harta anda melalui ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› demi yang tersayang.Pastikan ๐—›๐—œ๐—•๐—”๐—› bukan ๐—›๐—œ๐—•๐—”.

Follow, Like & Share Wasiyyah Shoppe Berhad

Photos 04/05/2021

"ADA TAK KAEDAH MANFAAT TAKAFUL SAYA BOLEH DIURUS SECARA PROFESSIONAL?"

ISTI'MAN !
Wasiyyah Shoppe Berhad membantu anda mengurus manfaat takaful melalui Istiโ€™man.

Wang sara hidup bulanan untuk pasangan, anak2 & ibubapa, penjelasan hutang, amal jariah .. semuanya boleh dilaksana secara profesional

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, Rancang Harta & Urus Pusaka Kini Tepat dan Mudah!






Photos 04/05/2021

"Sudahkah anda merancang HARTA?"

Ternyata Proses Pengurusan Harta Pusaka Individu apabila Meninggal Dunia perlu melalui beberapa fasa sebelum di FARAID kan kepada waris-waris.

Jadi, buatlah perancangan dengan sebaiknya kerana itu adalah TANGGUNGJAWAB anda untuk memastikan harta anda dapat diurus dengan baik.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami ada penyelesaian yang terbaik dan sesuai dengan kehendak anda.

Follow, Like & Share Wasiyyah Shoppe Bhd







Photos 04/05/2021

โ€œRUMAH SAYA DALAM PINJAMAN, BOLEH KE HIBAH??โ€

Kepada anda yang masih tangguh untuk membuat hibah kerana meragui status pemilikan hartanah. Wasiyyah Shoppe Berhad ada penyelesaiannya.

Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka, kini Tepat & Mudah!






Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
56100