06/02/2026
Alhamdulillah atas kepercayaan yang diberikan, kakNas berjaya mendapatkan pengurangan jumlah baki yang termampu untuk hamba Allah ini menyelesaikan masalah hutangnya dan menutup terus akaun ini. Berbulan2 dia tak mampu bayar & dia abaikan sahaja.
Jangan tanya jumlahnya. Sikit atau banyak pun jumlahnya HUTANG MASIH WAJIB DIBAYAR.
Dia tak pandai nak berurusan dengan pihak Bank, katanya tak nak pening2 dan stress lagi. Dia dah ada modal dan bersedia nak bayar tapi dia nak kakNas rundingkan dulu hingga dapat jumlah yang dia mampu dan bersetuju untuk bayar. Alhamdulillah inilah hasilnya, terus TUTUP fail.