16/05/2023
JOM , SEMAKAN PERCUMA ‼️
Klik link whatsApp kami untuk buat semakan percuma sekarang ⬇️⬇️⬇️
https://wa.me/message/AANRUJLRHDPNH1
💢PEMBIAYAAN PERIBADI 💢
KHAS Untuk Kakitangan Kerajaan & GLC
Penyelesaian :
✅Tunggakan PTPTN
✅Masalah CCRIS / CTOS
✅Gaji Kurang 60%
✅Staf Kontrak / Tetap
✅Komitmen Tinggi
Kami menyediakan nasihat dan penyelesaian untuk anda mendapatkan kelulusan dengan lebih cepat dan mudah.
*tertakluk kepada terma & syarat
❌Bukan pinjaman berlesen / tidak berlesen
❌Tiadak caj pendahuluan
10/05/2023
1) Kadar faedah/keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding Kad Kredit.
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang dikenakan faedah sehingga 18% apabila menggunakan Kad Kredit. Namun, rata-rata di luar sana, hampir setiap orang mempunyai kad kredit. Alasan yang diberikan adalah mudah jalankan transaksi dan sebagai kegunaan untuk masa kecemasan.
Tetapi, faedah pinjaman peribadi hanya sekitar 6-11% sahaja pada kadar tetap dan tempoh pembayaran balik boleh didapati sehingga 10 tahun. Sebab itu ramai orang yang mohon pinjaman peribadi untuk langsaikan hutang kad kredit.
Jadi, untuk kemudahan berbelanja, masukkan wang pinjaman tersebut kedalam akaun simpanan dan gunakan kad debit atau perbankan online anda untuk membuat pembayaran.
2) Pinjaman Pelbagai Guna
Pinjaman peribadi adalah amat unik berbanding pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman perumahan, beli kenderaan dll. Anda tidak perlu menyatakan atas tujuan apa pinjaman dibuat. Dalam erti kata lain, s**a hati andalah nak buat apa dengan duit itu.
Kebiasaaannya peminjam memohon pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan seperti perkahwinan, pendidikan, melangsaikan hutang, mengubahsuai rumah, melancong, memulakan perniagaan dan lain-lain lagi.
3) Simpanan atau Pelaburan
Untuk mengumpul simpanan dan meletakkan simpanan tersebut dalam instrument-instrumen pelaburan akan mengambil masa mengikut kemampuan anda. Pulangan atau dividen pelaburan juga bergantung kepada jumlah simpanan/pelaburan yang dibuat. Kerana itu adanya produk seperti ASB Loan untuk memenuhi keperluan seperti ini.
Dengan pinjaman peribadi, anda tidak terhad kepada satu instrumen pelaburan sahaja. Terp**ang pada anda untuk menilai, institusi pelaburan manakah yang wajar mejadi destinasi pilihan pelaburan anda.
Mungkin juga anda mendapat tips berkenaan saham yang bakal naik harga atau peluang perniagaan yang boleh beri p**angan jangka pendek. Alangkah indahnya jika pada waktu itu anda mempunyai wang tunai untuk mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang datang bergolek ini.
4) Melonjakkan “Credit
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila anda membuat permohonan pinjaman rumah misalnya dan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman-pinjaman yang lain. Dalam menilai permohonan pinjaman, “Credit Score” merupakan penanda aras yang digunakan dalam mendapatkan gambaran tentang profil hutang-hutang anda. Dalam erti kata lain, “Credit Score” ini menunjukkan prestasi anda sebagai seorang “paymaster”.
Pihak bank agak s**ar memberi pinjam kepada orang yang tidak mempunyai hutang dengan mana-mana institusi kewangan kerana mereka tidak dapat kenal personaliti kredit anda. Lebih banyak hutang yang anda ada, lebih tepat analisis “Credit Score” dapat dibuat dan ini akan menjadi hujah utama dalam menyokong permohonan pinjaman yang sedang anda buat.
5) Penyatuan Hutang
Kadar faedah yang rendah berbanding hutang lain seperti kad kredit dan lain-lain membolehkan anda menggunakan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut dan komitmen bayaran bulanan anda akan menurun.
Penyatuan hutang juga akan memudahkan proses menguruskan pembayaran balik kerana sekarang anda hanya perlu bayar pada satu institusi kewangan sahaja berbanding sebelum ini.
Banyak bank dan institusi kewangan menawarkan pinjaman peribadi untuk tujuan ini dan yang menariknya adalah sewaktu proses permohonan, komitmen-komitmen sedia ada yang bakal dilangsaikan nanti tidak diambil kira dalam menentukan kadar keterhutangan anda dan jumlah yang layak dipinjam.
02/05/2023
Majikan s**ar dapatkan pekerja berkelayakan, berkemahiran
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk menubuhkan pas**an petugas khas untuk mengatasi cabaran masa depan pekerjaan memandangkan majikan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) s**ar untuk mendapatkan pekerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai.
Pengerusinya, Datuk William Ng, berkata teknologi baharu telah mengganggu pasaran kerja secara ketara.
Beliau berkata, walaupun kadar pengangguran berada pada tahap rendah 3.5 peratus, ia tidak mengambil kira fenomena 'underemployment' atau ketidakpadanan dalam kelayakan dan pekerjaan.
Justeru, ia memberi kesan teruk kepada pertumbuhan produktiviti dan memaksa majikan untuk menanggung kos yang tinggi untuk melatih semula pekerja, jelasnya.
"Pas**an Petugas Khas Masa Depan Pekerjaan perlu ditubuhkan secepat mungkin dan merangkumi bukan saja agensi kerajaan yang berkaitan, tetapi juga industri, termasuk PKS, untuk menangani hal ini dan membantu negara dan rakyat untuk mengharungi masa depan pekerjaan yang cukup berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Ng berkata, pada masa sama, pekerja, termasuk pekerja gig, mendapati diri mereka tidak bekerja secara optimum.
Beliau berkata, EMIR Research dalam satu kenyataan baru-baru ini telah menyatakan bahawa fenomena 'underemployment' kini sudah 'berstruktur'.
Katanya, Forum Ekonomi Dunia menyatakan bahawa menjelang 2025, lebih separuh daripada semua pekerja perlu dilatih semula.
Malah, pemenang Nobel Prize Sir Christopher Pissarides turut berkata bahawa, teknologi digital mengganggu pasaran buruh dan cara mereka bekerja kerana ia memerlukan kemahiran yang berbeza (dari sekarang).
"Situasi serba kalah ini mesti ditangani dengan segera. Ini bukan saja untuk menyelesaikan isu gangguan pasaran pekerjaan, tetapi untuk memastikan ketersediaan tenaga kerja terlatih untuk menyokong pertumbuhan industri negara, menyediakan pekerjaan bernilai tinggi yang lebih bermakna untuk rakyat, dan membantu perniagaan terutamanya PKS untuk menaik taraf tenaga kerja dan keupayaan digital mereka," katanya.
21/04/2023
Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan, Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin 👇👇
Jika anda mempunyai masalah berikut :
✅HIGH KOMITMEN
✅DOKUMEN TIADAK LENGKAP
✅GAJI RENDAH
✅PENYATUAN HUTANG
✅DAH CUBA APPLY TETAPI TETAP REJECT
Dialu - alu hubungi atau whatsapp kami untuk semakan percuma :
*tertaluk pada terma & syarat
*Tanpa caj pendahuluan
PM kami untuk semakan kelayakan !!!
https://wapp.my/601126007676/PVConsultancy-Hubungi+Kami+
19/04/2023
Bagus , Pembianyaan Peribadi dengan bank diluluskan sebelum Raya !
Tahniah Cik yang bekerja-sama dengan agency kami . Terima Kasih kerana percaya kepada service kami di PVC-Prime Venture Consultancy .
Anda perlukan bantuan ? Walk in kena reject ? Biar kami buatkan semula bank loan untuk anda .
17/04/2023
Khas untuk Kakitangan Penjawat Awam / GLC / Badan Berkanun
Tawaran Istimewa Pembiayaan Peribadi
100% dengan bank Malaysia .
Anda boleh memohon jika :
1. REKOD CTOS / CCRIS KURANG CANTIK
2. KOMITMEN TINGGI
3. GAJI MIN RM1500 KE ATAS
4. INGIN MENGURANGKAN KOMITMEN
BULANAN DENGAN PENYATUAN HUTANG
Semak percuma dan mohon dengan cepat melalui kami ,
lebih jimat masa dan lebih tinggi peluang untuk kelulusan.
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi atau whatsapp untuk
SEMAK PERCUMA :
*Tanpa caj pendahuluan
PM kami untuk semakan kelayakan !!!
https://wapp.my/601126007676/PVConsultancy-Hubungi+Kami+
17/04/2023
Customer ini kali pertama walk in pergi bank kena reject .
Lepas tu dia terlihat ADS dalam Facebook PVC dan Kami yang tolong customer ini apply balik .
17/04/2023
Penarafan Moody's bukti keazaman kerajaan kekalkan momentum ekonomi.
Pengekalan penarafan Moody's Investors Service (Moody's) pada A3 dengan tinjauan stabil mencerminkan keazaman negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan daya tahan walaupun berhadapan dengan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, selari dengan visi Malaysia MADANI, kerajaan komited memacu pertumbuhan inklusif dan mampan, mengembalikan keyakinan terhadap institusi awam dan tata kelola serta mempertahankan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia.
"Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan di samping memberi fokus kepada inisiatif mengawal tekanan inflasi dan mengurangkan beban hidup rakyat," kata M*F.
Menurut kementerian itu, kerajaan juga komited untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan mengawal paras hutang bagi memastikan struktur ekonomi yang kukuh serta rangka kerja institusi yang berwibawa dalam menguruskan kewangan awam.
Moody's menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia menyederhana kepada 4.5 peratus pada 2023 berikutan situasi ekonomi global yang menyederhana seterusnya mempengaruhi permintaan luar terhadap produk pembuatan walaupun terdapat peningkatan eksport komoditi, pemulihan dalam sektor pelancongan dan pengukuhan dalam pasaran buruh.
Dalam jangka masa sederhana, Moody's mengunjurkan pertumbuhan KDNK benar Malaysia pada sekitar 5.0 peratus menjelang 2025, menghampiri potensi pertumbuhan output, disokong oleh demografi yang lebih baik berbanding negara berpenarafan setara A, tahap pelaburan yang kukuh serta permintaan yang lebih tinggi dari negara maju.
12/04/2023
Pinjaman tak berbayar Aeon Credit meningkat sedikit
Nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) Aeon Credit Service (M) Bhd menokok sedikit kepada 2.89 peratus pada suku keempat tahun kewangan 2023, berbanding 2.54 peratus pada suku ketiga 2023 dan 2.66 peratus pada suku sama tahun lalu.
RHB Investment Bank dalam satu penyelidikan bagaimanapun berkata, melangkah ke hadapan, angka ini diramalkan kembali menurun berikutan paras semasanya yang masih lagi tinggi berbanding purata prapandemik yang kurang daripada 2.75 peratus.
"Namun, perlindungan kerugian pinjaman (LLC) sebanyak 251 peratus (naik daripada purata sebelum 2018 iaitu kurang daripada 110 peratus) masih lagi memadai pada pandangan kami.
"Kos kredit p**a susut kepada 273 mata asas pada suku keempat 2023 dan pihak pengurusan menjangka kos kredit akan jatuh lebih lanjut kepada kira-kira paras 250 mata asas pada tahun kewangan 2024," kata bank pelaburan itu dalam nota yang disediakan bersama penganalisis, Nabil Thoo dan David Chong.
Keuntungan bersih AEON Credit bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2023 meningkat kepada RM417.69 juta daripada RM365.42 juta pada tahun sebelumnya.
Pendapatan meningkat 7.6 peratus kepada RM1.64 bilion daripada RM1.52 bilion sebelumnya.
RHB Investment Bank berkata, pembiayaan kasar belum terima AEON Credit adalah sebanyak RM10.8 bilion, peningkatan 9.9 peratus berbanding setahun lalu dan hanya kurang sedikit daripada sasaran pihak pengurusan iaitu kenaikan melebihi 10 peratus.
Ia berkata, pemacu utama untuk pertumbuhan ialah pembiayaan kenderaan yang meningkat tujuh peratus berbanding tahun lalu dan pembiayaan peribadi, menokok 15 peratus.
"Menuju ke hadapan, pihak pengurusan optimis untuk mencapai pertumbuhan pembiayaan belum terima dalam dua angka pada tahun kewangan 2024, yang akan diterajui oleh pembiayaan kenderaan (terutamanya motosikal dan kereta terpakai) dan pembiayaan peribadi," katanya.
Bank pelaburan itu menambah, jumlah urus niaga dan pembiayaan berkembang 31 peratus tahun ke tahun kepada RM6.25 bilion dan perkembangan ini memberikan kesan positif kepada pertumbuhan
pendapatan faedah Aeon Credit pada masa hadapan.
"Kump**an masih lagi mempunyai modal yang mencukupi dengan nisbah kecukupan modal 27.1 peratus
setakat akhir Februari 2023," katanya.
RHB Investment Bank tidak membuat sebarang perubahan kepada saranan 'beli' harga saham Aeon Credit dengan mengekalkan sasaran harga pada RM15.20.
"Kami percaya harga saham yang rendah baru-baru ini adalah peluang yang baik untuk mengumpul kaunter ini pada penilaian yang murah," kata RHB Investment Bank.
11/04/2023
Berminat ? Boleh pm kami segera !
Peluang untuk anda jana income dgn mudah kini dibuka kepada SIAPA YG CEPAT‼️
💸💸💸💸💸
https://wapp.my/601126007676/PVConsultancy-Hubungi+Kami+
10/04/2023
Maybank perkukuh tahap keselamatan perbankan Internet .
H: Maybank perkukuh tahap keselamatan perbankan Internet
Oleh Hazwan Faisal Mohamad.
Maybank memperkenalkan ciri tambahan keselamatan baharu dalam penyelesaian Kill Switch, sebagai tambahan kepada ciri penyahaktifan akses Maybank2u yang dilancarkan pada akhir Januari lalu.
Ciri tambahan keselamatan baharu melalui web Maybank2u (M2U) dan aplikasi MAE akan membolehkan pelanggan menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mengesyaki kad mereka telah terjejas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata tambahan keselamatan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan lagi keselamatan perbankan dalam talian.
Beliau berkata, ia juga komitmen yang tinggi untuk memerangi penipuan dalam talian dengan memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengawal secara langsung kad kredit dan kad caj serta memastikan dana mereka selamat dan dilindungi.
Sebelum ciri baharu ini, Maybank katanya telah memberikan pelanggan peluang untuk membekukan kad MAE dan juga menyahaktifkan akses Maybank2u mereka buat sementara waktu.
"Untuk mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian dan mewujudkan platform digital yang lebih selamat untuk pelanggannya, Secure2u Maybank telahpun dijadikan satu-satunya kaedah kebenaran untuk transaksi dalam talian (FPX) bagi semua jumlah sejak 5 April lalu.
"Agenda Maybank yang lebih besar adalah untuk mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, yang akan meningkatkan keyakinan pengguna, perniagaan dan pelabur yang mempunyai keperluan yang sentiasa berkembang, serta memacu negara untuk lonjakan digital dan pada masa yang sama menaikkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Sehubungan dengan itu, kami juga mahu berada di samping pelanggan kami pada waktu yang mencabar ini dan bersama-sama memenangi peperangan ini dengan memperkenalkan penyelesaian Kill Switch holistik dalam pasaran yang merangkumi pelbagai sudut keselamatan perbankan dalam talian. Lebih-lebih lagi, pada masa kini di mana penipu menjadi lebih berani dan lebih kreatif dengan mengunakkan cara baharu untuk mengatur taktik penipuan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah didayakan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses.
Atas sebab keselamatan, setelah disekat, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan diri di cawangan terdekat atau melalui Khidmat Pelanggan Kump**an Maybank di 1300 88 6688.
Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka.
Chong berkata, selaras dengan misi Maybank untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan, kump**an sentiasa mencari jalan untuk menaik taraf dan menambah baik sistem perbankan dalam talian bagi memastikan pengalaman pelanggan yang terbaik untuk semua.
"Kami melaksanakan usaha ini kerana kami juga dianggap sebagai pelanggan dan memahami kesusahan yang dihadapi oleh pelanggan setiap kali penipuan berlaku.
"Tidak kira betapa teguhnya sesebuah sistem keselamatan, penipu akan sentiasa cuba menggunakan kaedah kejuruteraan sosial untuk menipu pelanggan dari simpanan mereka.
"Sehubungan itu, kami ingin menekankan bahawa pencegahan penipuan adalah tanggungjawab semua dan bersama-samalah berusaha untuk melindungi diri sendiri semasa berurus niaga dalam talian serta sentiasa beringat untuk tidak berkongsi ID pengguna dan kata laluan akaun serta jangan sekali-kali menekan mana-mana pautan secara umum," katanya.
Lebih banyak ciri Kill Switch akan diperkenalkan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian pelanggan.