09/07/2024
Saya nak ambik hibah takaful tapi mahal laa..
Hibah takaful sekarang mahal betul, cover dah laa rendah..
SAY NO MORE.. SEKARANG DAH ADA HIBAH RM1 JUTA DARI AIA YANG MURAH GILA. TAK MASUK AKAL.
APA KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL?
Hibah Takaful memang penting sebab kalau kita sudah tiada dalam dunia ni, anak isteri terpaksa tanggung semua hutang kita. Berilah hadiah berbentuk hibah takaful pada mereka yang bergantung pada kita masa kita hidup lagi.
Berilah Hibah Sejuta Makna!!
* Faedah kematian dari 1 juta ++
*Faedah kematian masa menunaikan haji dari 2juta ++
*Hilang keupayaan kekal dari 1 juta
* Faedah matangpun ada.
Dah tak payah fikir banyak tekan link dibawah untuk apply.
http://wasap.my/60175060401/Hibah1Juta
http://wasap.my/60175060401/Hibah1Juta
http://wasap.my/60175060401/Hibah1Juta
27/06/2024
Sekarang bukan masa untuk bandingkan lagi harga. Dapatkan medical card persendirian sendiri. Jangan hanya bergantung harap dengan perlindungan daripada tempat kerja korang.
PELAN MEDIKAL KAD TERBAIK DAN TERENDAH ‼️‼️‼️
-----------------------------------------------------------------
Jika hari ni korang di masukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit kritikal.
Pilihan apakah yang korang ada ❓
1. Duit Simpanan
2. Medical Card
Kita memang boleh gunakan simpanan kita untuk dapatkan rawatan, tapi bukan ke lebih baik kita boleh gunakan medical card je. Lebih mudah!!
Jangan risau , korang takde masa untuk SAKIT KEPALA ‼️
Biar Medical Card yang bayar Kos rawatan Hospital Anda Dan Keluarga
KEMUDAHAN MEDICAL CARD UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN - HOSPITAL SWASTA
‼️ Perlindungan perubatan yang tinggi
‼️ Tiada had seumur hidup
‼️ Manfaat pesakit luar (dialisis & chemotheraphy)
‼️ Penjagaan Jururawat di rumah
‼️ Perlindungan sehingga usia 100 tahun
‼️ 24 jam khidmat pelanggan setiap hari
‼️ Aplikasi "AIA+" di telefon bimbit
‼️ USD 1JUTA untuk bantuan perubatan kecemasan di seluruh dunia
Whatsapp saya sekarang untuk dapatkan FREE consultation dan quotation!
TEKAN LINK DIBAWAH
https://wasap.my/60175060401/Medicalcard
Zhariff Zaf
AIA Life Takaful Planner
17/04/2024
Tak semua orang mampu untuk ada medical card. Tapi sekarang AIA menyediakan medical card mampu milik untuk rakyat malaysia.
Korang boleh pilih coverage dari RM180,000 hingga ke RM2,000,000 bersesuaian dengan poket korang.
Hubungi saya segera dengan menekan link whatsapp dibawah untuk mendapatkan medical card mampu milik daripada AIA.
http://wasap.my/60175060401/MedicalcardAiA
http://wasap.my/60175060401/MedicalcardAiA
http://wasap.my/60175060401/MedicalcardAiA
06/01/2024
Khas untuk pemilik bisnes. Dapatkan perlindungan RM 1 Juta emergency fund untuk bisnes anda bermula hanya RM93.
30/06/2022
Takaful Hibah 100k Wanita.
Ada yang takut dirapati agent sebab assume bayar takaful mahal..
Ni saya spill terus harga takaful hibah 100k untuk wanita..
Isteri meninggal : sumai dapat 100k
Isteri hilang upaya kekal: suami dapat 100k
Isteri sakit kritikal: bulanan jadi percuma
Suami dapat 100k dia akan jaga korang dan anak anak insya Allah. 😊
Tekan link whatsapp dibawah untuk saya bantu
wasap.my/60175060401/HibahTakaful
27/05/2022
Safeguard Your Kids' Future by Creating a Legacy with Hibah | AdBuzz
One of the best plan for Hibah. You can have the best coverage up to 6x.
03/05/2022
Harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua.
Semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang. Ambilah peluang raya kali ini untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang, mengeratkan lagi hubungan yang berjauhan.
11/03/2022
Malam ni diberikan tanggungjawab untuk buat sharing dengan team. insyaAllah akan berikan yang terbaik untuk sharing malam ni.
Bak kata Rahim Sabri
" Kau kene tukar circle untuk perubahan, the right circle will bring to the right results"
Yeke rahim cakap macam tu? 😂
p/s: badan lemah lagi ni.
Zhariff Zaf
AIA LIFE PLANNER
HARITH FAISAL GROUP
08/03/2022
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk membenarkan saya berada dalam golongan yang terbaik bulan lepas. Tak pernah terlintas untuk berada dalam top fighter dalam agensi.
Ucapan terima kasih kepada isteri Atiqah Azman , abah Dolah Mahfut Tohid , mak Kamariah Abdullah , adik beradik yang selalu mendoakan, memberi sokongan dan client yang memberi kepercayaan kepada saya.
Tidak dilupakan juga kepada Unit Manager Harith Faisal dan assistant unit manager Razzaaq Ajaq yang juga introducer saya dalam industri takaful ini kerana memberi peluang dan ruang, kata kata nasihat dan semangat untuk terus melakukan yang terbaik.
Semoga ini menjadi batu loncatan kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik untuk bulan bulan mendatang.
Doakan saya!
ingat!! mencari yang halal itu wajib bagi setiap muslim!!
Zhariff Zaf
AIA LIFE PLANNER
HARITH FAISAL GROUP
21/02/2022
Hari ini, ketika mana produk-produk takaful sudah semakin banyak dan bertambah baik; masih terdapat segelintir umat Islam di Malaysia yang mengambil produk Insurans (nyawa) Konvensional.
Ada 15 syarikat takaful beroperasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk yang kompeten dan komprehensif.
Jadi kita dah ada banyak pilihan, mengapa masih pilih yang haram?
“Sama saja insurans dan takaful ni, istilah saja yang berbeza.”
“Cuba bandingkan harga insurans dengan takaful, rugi je bayar takaful sebab lagi mahal.”
“Tapi produk insurans ni kami laburkan ke dalam dana patuh syariah.”
Ini antara dialog ejen insurans yang cuba mengelirukan masyarakat. Lebih malang, ejen-ejen insurans ini ada juga dari kalangan Islam!
Memang tak dinafikan ada beberapa produk insurans yang lebih murah harganya jika dibandingkan dengan produk takaful. Tapi hukum Allah tidak boleh dipermainkan.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 telah memutuskan bahawa insurans nyawa adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad (rosak) kerana aqad(kontrak)nya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
1) Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2) Mengandungi unsur judi
3) Mengandungi muamalah riba
Insurans konvesional hukumnya haram. Haram untuk dibeli oleh pelanggan dan haram juga kepada ejen untuk mempromosikannya. Boleh rujuk kepada hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Permasalahan Pampasan Insurans Konvensional Sebagai Harta Tak Patuh Syariah
Masa kita ambil insurans atau takaful hayat, kita perlu letakkan satu nama (waris) sebagai penerima pampasan. Ia dinamakan sebagai penama.
Walaupun dari segi istilahnya sama iaitu penama, tetapi dari sudut hukumnya adalah jauh berbeza.
Penama dalam insurans hanyalah wasi (pentadbir harta). Manakala, penama dalam takaful p**a boleh jadi wasi (pentadbir harta) atau boleh jadi benefisiari (pemilikan penuh), bergantung pada pemilihan yang dibuat oleh pemilik polisi semasa hayatnya.
Disebabkan insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah di atas faktor yang telah dinyatakan, maka pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh waris juga jatuh sebagai harta tidak patuh syariah.
Harta tidak patuh syariah, terkeluar daripada senarai harta pusaka bagi si mati. Maka waris yang diletakkan sebagai penama perlu uruskan ikut tatacara urusan wang tak patuh syariah dan bukan harta pusaka.
Bagaimana Nak Uruskan Wang Tak Patuh Syariah?
Menurut hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada bulan April 2011, hanya jumlah pokok yang dibayar arwah semasa hidupnya sahaja yang boleh diambil dan diuruskan sebagai harta pusaka arwah yang perlu diagihkan mengikut faraid.
Manakala pampasan polisi insurans tersebut perlu dilupuskan dan disucikan dengan cara menyerahkannya kepada Baitul Mal atau didermakan untuk kegunaan masyarakat umum, khusunya untuk fakir miskin.
Walaubagaimapun, sekiranya waris kepada pembeli polisi insurans tersebut, (isteri atau anak-anak) dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi mereka untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sahaja.
Kadar keperluan mereka perlu disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan.
Segera Bertukar Ke Takaful!!
Nasihat peribadi saya kepada mereka yang masih mencarum dengan polisi insuran konvensional, cepat-cepatlah bertukar kepada syarikat takaful.
Adakah berbaloi setelah membayar bertahun-tahun polisi insurans nyawa tetapi apabila meninggal dunia, anak dan isteri kita hanya boleh mengambil sebahagian kecil sahaja daripada wang pampasan tersebut?
Sekiranya waris ambil dan gunakan juga pampasan insurans tersebut, maka telah jatuh haram hukumnya dan menjadi tidak berkat wang dan harta yang mereka miliki.
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama renung dan fahamkan sebuah hadis riwayat At-Thabrani;
عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”.