Al Isra' Group Ipoh Branch

Al Isra' Group Ipoh Branch

Share

100 Million Agency
AL ISRA’ Group, The Preferred Professional Advisors Providing World Class Islamic Financial Services in Asia.

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 03/06/2026

Solat Dhuha & Hajat Al Isra' Group Ipoh ✨

Semoge Allah permudahkan segala urusan Al Isra' Group Ipoh & semua yang doa yang telah dihajatkan ..Aaminn 🤲🏻

26/05/2026

Salam Hari Arafah 🌙

Hari yang penuh keberkatan, hari di mana doa tidak ditolak dan pintu langit terbuka luas. Rebutlah peluang ini untuk memperbanyakkan istighfar, doa dan harapan kepada Allah.

Hari ni kite perlu jadi orang yang tamak, meminta la pada Allah segala yang diinginkan. Mintalah tanpa rasa malu, kerana Allah s**a hamba-Nya yang bersungguh dalam berdoa.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan diangkat dan dimakbulkan, serta hidup kita dipenuhi rahmat dan keampunan.

Ikhlas dari Al Isra' Group Ipoh

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 02/05/2026

Alhamdulillah selesai training dua hari , terima kasih En Adli Head Of Trainer AIG HQ atas kesudian turun ke Ipoh dan perkongsian ilmu yang diberi ✨

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 09/04/2026

Semarak Syawal FWD Takaful 🧡✨

Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran, menjadi ruang untuk kita memperkukuh semangat kerjasama, memupuk nilai bersatu padu, dan mengeratkan ukhuwah dalam satu pas**an.

Semoga kebersamaan ini terus menjadi kekuatan untuk melangkah lebih jauh dengan penuh keyakinan dan kejayaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 06/04/2026

Jamuan Raya Al Isra' Group Ipoh & Q1 Review ✨️

Alhamdulillah berjalan dengan jayanya, di hari raya inilah kita mengambil kesempatan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita semua ✨️

Terima kasih pada semua yang menjayakan program hari ini ✨️

Selamat Hari Raya Semua Ikhlas Dari Al Isra Group Ipoh ✨️

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga hari kemenangan ini membawakeberkatan, kebahagiaan serta mempereratkan silaturahim sesama kita.

Ampun maaf dipohon atas segala khilaf dan kesilapan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh-Nya.

Ikhlas dari
Al Isra' Group Ipoh

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga setiap amal diterima dan setiap doa dimakbulkan

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 12/02/2026

Alhamdulillah selesai dengan jayanya Agency Meeting February 2026 Al Isra'Group Ipoh 🔥

Agency Meeting pertama untuk tahun ni dan kite ubah ke konsep yang lebih santai serta menarik

Tahniah pada semua yang menerima anugerah anda memang awesome 🤜🏻🔥🤛🏻

Photos from Al Isra' Group Ipoh Branch's post 17/01/2026

UNSTOPPABLE 2026 🔥

Alhamdulillah syukur atas izin Nya dipermudahkan program yang penting ini berjalan dengan lancarnya ✨️

Tahniah kepada champion2 yang telah meraih pencapaian yang menajubkan pada sepanjang tahun lepas 2025 💪🏻✨️

Maka sekarang marilah kite AIG Ipoh mengukir sejarah baru sepanjang tahun 2026 ini dengan pencapaian yang lebih dahsyat dan lebih hebat InsyaAllah 🤜🏻🤛🏻

01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 ✨

Tahun yang berlalu telah mengajar kita tentang sabar, syukur dan kekuatan diri.
Ada hari yang mudah, ada hari yang menguji… namun setiap langkah adalah sebahagian daripada perjalanan yang Allah susun dengan penuh hikmah.

Ya Allah,
Di awal tahun yang baru ini, kami serahkan segala urusan kepada-Mu.
Kurniakan kami kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan diberkati,
lapangkan dada dalam menghadapi ujian,
kuatkan iman, betulkan niat,
dan permudahkan langkah kami untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebaikan, ketenangan dan kejayaan buat kita semua, dunia dan akhirat Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Yang ikhlas,
Al Isra’ Group Ipoh

Want your business to be the top-listed Accountant in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Meru Bestari A7
Ipoh
30050