Sembang Santai Takaful

Sembang Santai Takaful

Share

BERKONGSI MAKLUMAT BERKENAAN HIBAH TAKAFUL DAN PELUANG KERJAYA SEBAGAI PERUNDING KEWANGAN.

03/11/2022

📌 Perbezaan Di antara Hibah, Wasiat dan Faraid

⚜️ Hibah
- Hibah ialah pemberian sukarela atau hadiah yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan sama ada kepada waris atau bukan waris.
Antara lain, hadiah dalam bentuk hibah ini dapat mengatasi masalah pertikaian pusaka selepas berlaku sesuatu kematian, terutama apabila wujud individu bukan waris, di dalam sesebuah keluarga, terutama anak angkat.

Malah, dalam kes ternetu, harta si mati mungkin dibekukan atau diletakkan di bawah organisasi amanah disebabkan ketiadaan waris.

Dalam hal ini, hibah mampu berfungsi dan digunakan sebelum seseorang meninggal dunia.

⚜️ Wasiat
- Wasiat p**a ialah pemberian yang berlaku atau diberikan selepas seseorang meninggal dunia.
Ia adalah satu bentuk “perjanjian” yang diucapkan atau didokumenkan secara perundangan ketika seseorang masih hidup, tetapi pemberian itu hanya boleh berlaku setelah pewasiat berkenaan meninggal dunia.

Contoh mudah ialah seseorang berwasiat supaya separuh hartanya diserahkan kepada rumah anak yatim. Dengan wasiat itu maka pemberian mestilah berlaku setelah individu yang berwasiat itu meninggal dunia.

Untuk mudah difahami, wasiat berlaku selepas kematian, manakala hibah ketika seseorang masih hidup.
Hibah boleh berbentuk wasiat. Namun, tidak semua wasiat boleh menjadi hibah.

⚜️ Faraid
- Apa p**a faraid? Faraid ialah ketetapan hukum mengikut perundangan Islam membabitkan pembahagian harta atau pusaka kepada waris berasaskan syarak.

Contohnya, jika seseorang tidak membuat sebarang perjanjian bertulis ketika beliau masih hidup membabitkan pemberian atau pewarisan hartanya, maka hartanya itu mesti diagihkan mengikut hukum faraid apabila beliau meninggal dunia.

Harta itu dinamakan sebagai harta pusaka yang mesti diagih mengikut ketetapan syarak. Ia mesti diagihkan kepada warisnya yang sah dan layak mengikut ketetapan hukum faraid.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

31/10/2022

Surah Al-Baqarah ayat 240 (meceritakan jika si suami meninggal dunia wajib sekurang-kurangnya meninggalkan nafkah selama setahun perbelanjaan - untuk keperluan isteri dan anaknya untuk makan dan pakai) itu sekurang-kurangnya selama setahun lamanya.

Macam mana cara kita nak hibahkan RM100,000 kepada isteri/suami atau ibu bapa setelah ketiadaan kita dengan hanya berbekalkan RM100 cash ditangan?

Hibah takaful lah caranya. Wang hibah yang kita sediakan untuk keluarga dan orang tersayang itulah yang akan menjadi pengganti gaji kita buat kegunaan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

27/10/2022

Insan yang perlu memberi ‘perhatian’ lebih untuk HIBAH TAKAFUL tidak lain dan tidak bukan ialah pihak SUAMI / AYAH.
Seperti yang sedia maklum, kebiasaannya suami atau ayah adalah insan yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara ahli keluarga. Mereka ini juga dikenali sebagai pencari utama sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga.

Tapi dalam kesibukan mencari rezeki untuk keluarga, adakah si ayah ini ada membuat perancangan atau persediaan untuk menghadapi situasi di mana jika si ayah ni ‘pergi’ tanpa persediaan penuh, bagaimana ahli-ahli keluarga yang tersayang yang ditinggalkan?
- Adakah mereka cukup bersedia menerima kehilangan anda?
- Adakah cukup makan minum mereka nanti?
- Adakah mereka yang perlu mewarisi hutang-hutang anda nanti?
- Bagaimana p**a jika sebelum ini isteri anda tidak bekerja, namun terpaksa memikul tanggungjawab anda sebagai pencari rezeki kerana apa yang anda tinggalkan tidak mencukupi?

Jika ini yang anda risaukan atau titikberatkan, salah satu cara yang terbaik ialah dengan HIBAH TAKAFUL.
Hibah takaful mudah untuk diuruskan. 100% milik waris yang anda namakan dan tidak perlu melalui proses faraid serta mengambil masa yang cukup singkat untuk diuruskan. Ianya pemudah cara. Hanya komitmen yang cukup rendah dan mampu tapi aset tunai yang tinggi.

Dengan HIBAH TAKAFUL, insyaAllah sedikit sebanyak urusan ahli keluarga tersayang yang ditinggalkan tersebut dipermudahkan. Jika sebelum ini, dengan wang gaji dari suami digunakan untuk menyara isteri dan anak-anak, kini setelah kematian suami, ianya masih tetap dapat diteruskan melalui ‘gantian gaji’ dari hibah takaful tersebut.
- Bayangkan jika suami tiada apa-apa perancangan untuk isteri dan anak-anak?
- Bagaimana nasib mereka jika suami tiba-tiba ‘dijemput’ awal?
- Dengan hutang yang belum sempat dijelaskan, isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang masih bersekolah?
Bila suami ‘pergi’, pendapatan dari suami turut ‘pergi’. Apa yang tetap tinggal ialah tanggungan-tanggungan.
“Mungkin bukan untuk anda. Tapi dari ANDA untuk mereka yang anda SAYANG.”

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

19/10/2022

Anda bayar bil rawatan hospital dengan duit belanja atau simpanan atau bayar dengan kad kredit anda?
Sanggupkah kita menggunakan wang yang telah disimpan bertahun lamanya kerana ingin membayar bil rawatan perubatan?
Kad kredit memang mudah dengan swipe sahaja bayar kemudian. Tetapi, berbaloi atau tidak? Setelah sihat, terpaksa membayar hutang bil rawatan perubatan p**a.
Tujuan memiliki kad perubatan peribadi adalah untuk menyelamatkan wang simpanan kita daripada dihabiskan untuk membayar bil rawatan perubatan dan dapat mengelakkan kita daripada menambah hutang.
Mohonlah takaful sekarang sebagai persediaan untuk situasi yang tidak dijangka.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

17/10/2022

Hibah bermaksud hadiah. Ia adalah pemberian pampasan takaful daripada pemberi hibah selaku pemegang polisi kepada penerima. Ia adalah tanda kasih sayang pemberi dengan penerima.

Hibah takaful adalah untuk perlindungan pendapatan atau ‘income protection’.

Kalau ikutkan, agak MUSTAHIL kalau kita betul-betul nak ada simpanan ratusan ribu or even satu juta untuk masa depan keluarga di usia muda ni.

Mungkin kita pergi dulu kot sebelum dapat capai hasrat tu.

Tetapi dengan TAKAFUL, memang TAK MUSTAHIL!

Sebab itu, hibah dianggap sebagai ‘instant cash.’

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

13/10/2022

Menurut sumber & kajian, Ibu tunggal yang ketiadaan (kematian) suami memberi kesan kepada:

EMOSI:
Kesan traumatik selepas kematian suami. Terpaksa memikul beban seorang diri untuk membesarkan anak. Mereka bukan sahaja menjadi ketua keluarga tetapi juga perlu memenuhi tuntutan emosi anak-anak dalam menguruskan keluarga di hari-hari mendatang.
Apabila kehilangan suami, ia akan menyebabkan fikiran dan emosi mereka terganggu. Setiap ibu tunggal akan dilanda kekhuatiran dan ketakutan. Mereka juga turut mengalami trauma dan boleh menyebabkan kemurungan.

KEWANGAN:
Ibu tunggal mengalami pelbagai cabaran terutama isu kewangan yang serius. Mereka terpaksa memikul pelbagai peranan dalam keluarga.
Isu kemiskinan dalam kalangan ibu tunggal merupakan penyebab kepada sumber tekanan yang mereka hadapi.
Hal ini kerana, 90% ibu tunggal di Malaysia mendapat gaji dibawah RM1000. Mereka menanggung anak-anak yang masih kecil dan terpaksa melakukan 2-3 kerja dalam sehari, yang secara tak langsung meningkatkan tekanan emosi kepada mereka.
Jadi, apakah yang mampu kita lakukan bagi mengelakkan perkara ini?

Sediakanlah HIBAH TAKAFUL (pengganti gaji) buat mereka sebelum EMOSI dan KEWANGAN mereka terbeban. Dengan adanya HIBAH TAKAFUL, ia mungkin sedikit sebanyak boleh mengurangkan bebanan, tekanan dan kerisauan ibu-ibu tunggal dari segi kewangan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

07/10/2022

KONSEP MUDAH TAKAFUL
Wang daripada sumbangan tetap akan dikumpul oleh pengendali takaful dan kemudian wang tersebut dilaburkan kepada amanah saham yang mematuhi syariah. Jumlah wang yang terkumpul akan digunakan untuk membayar bil rawatan hospital, pampasan akibat sakit kritikal atau hilang upaya kekal, pampasan kematian waris dan lain-lain lagi.

MULIANYA HATI orang yang mempunyai satu akaun polisi takaful apabila beliau sebenarnya sanggup untuk memperuntukkan sebahagian wangnya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Jika satu hari nanti, beliau mengalami nasib yang sama, beliau juga akan dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

06/10/2022

Tahukah Anda Kelebihan Hibah Takaful ❓

📌 Penama menjadi penama mutlak
📌 Wang pampasan takaful tidak perlu lagi melalui prosedur faraid yang pada kebiasaannya lebih rumit dan memakan masa yang lama
📌 Melalui hibah takaful, pertelingkahan antara ahli keluarga ,akibat perebutan wang pampasan dapat dielakkan kerana hibah tidak boleh dipertikai dan penama akan mendapat hak mutlak
📌 Pemberi boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

05/10/2022

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah. Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi apakah penyelesaiannya ? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka 'survive' dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

04/10/2022

Kenapa anda perlu ada Hibah Takaful?
Sekiranya anda mempunyai simpanan untuk kegunaan keluarga anda dan khuatir simpanan itu tidak mencukupi, anda patut mula membuat hibah takaful sekarang

Hibah lebih mudah dilakukan kerana pemberian adalah sukarela kepada sesiapa sahaja, tiada had dan tidak memerlukan persetujuan waris. Harta yang dihibahkan juga akan terus sampai kepada penama atau pewaris. Jika anda terpaksa meninggalkan keluarga anda suatu hari nanti kerana kematian, hibah dapat membantu meringankan beban keluarga yang anda tinggalkan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa. Bayangkan betapa mudahnya kehidupan keluarga selepas ketiadaan anda sekiranya semasa hidup anda telah memberi hibah kepada mereka. Hidup mereka pasti akan lebih terjamin dan terjaga.

Hibah memberi banyak manfaat lebih-lebih lagi pada orang tersayang. Masih belum terlambat untuk anda melakukan hibah

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

03/10/2022

Hibah takaful ialah pemberian sejumlah wang pampasan sebagai hadiah kepada seseorang setelah kita meninggal dunia tanpa melalui kiraan faraid dan urusan harta pusaka.
Hibah takaful adalah sebahagian persediaan kita semasa hidup untuk meringankan beban keluarga selepas pemergian kita.
Satu perkara yang kita perlu ingat tentang takaful ini ialah..
Kita ambil takaful bukan kerana kita akan mati, tetapi kerana kita masih ada orang tersayang yang akan teruskan kehidupan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link di bawah atau boleh terus hubungi kami:
http://www.wasap.my/+60125958082/
http://www.wasap.my/+60184668082/
http://www.wasap.my/+60195153922/

Want your business to be the top-listed Accountant in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


63B, Susuran Station 18
Ipoh
31650