14/09/2022
BERAPAKAH JUMLAH CARUMAN YANG SESUAI UNTUK SAYA?
Jawapan untuk soalan di atas adalah berbeza bagi setiap individu. Ini kerana setiap dari kita mempunyai cara hidup dan keperluan yang berbeza.
Caruman yang dicadangkan untuk income protection adalah sekitar 5% hingga 7% daripada pendapatan bulanan anda.
Manakala untuk medical card pulak, caruman bulanan adalah sekitar RM100 hingga RM200.
Ingat, anda dinasihatkan supaya jangan ambil terlalu tinggi untuk medical card. Jika anda mempunyai bajet kewangan yang lebih, gunakan lebihan tersebut untuk mendapatkan income protection yang lebih tinggi.
Kalau anda nak ambil kedua-dua pelan, iaitu income protection dan juga medical card, pastikan caruman bulanan tidak melebihi 10% daripada gaji bulanan anda.
Anda perlu berhati-hati dan bijak dalam membuat perancangan kewangan untuk diri dan keluarga anda.
PERLINDUNGAN UNTUK MASA DEPAN ADALAH BERMULA DARI HARI INI!
14/09/2022
MANA LEBIH PENTING? MEDICAL CARD ATAU INCOME PROTECTION?
Persoalan ni pernah saya fikir masa mula-mula nak ambil pelan takaful.
Yelah kan, masa tu income bukan besar mana pun. Jadi kena pilih antara dua.
Saya pun konfius nak pilih yang mana satu.
Jadi mungkin anda pun mengalami situasi yang sama.
Sebenarnya kedua-duanya adalah sama penting kerana mempunyai fungsi yang berbeza.
Tapi, sekiranya anda perlu pilih salah satu, maka anda perlulah utamakan income protection. Sebab apa?
Sebab apabila anda hilang sumber pendapatan, anda tidak ada alternatif lain. Tapi kalau anda sakit, anda masih lagi ada alternatif.
Anda masih lagi boleh harapkan subsidi kos rawatan daripada hospital kerajaan.
Oleh itu, kalau anda masih lagi belum mempunyai income protection, sekarang adalah masa paling sesuai. Jangan bertangguh.
Ingatlah, lebih lama anda bertangguh, caruman bulanan anda akan menjadi lebih mahal disebabkan faktor umur dan risiko yang semakin meningkat.
PERLINDUNGAN UNTUK MASA DEPAN ADALAH BERMULA DARI HARI INI!
14/09/2022
KENAPA ANDA PERLU MENCARUM TAKAFUL?
Sekarang ni bila baca je akhbar samada online atau offline, cerita pasal kemalangan mesti ada.
Lagi buat hati ni geram bila baca kemalangan tu pulak berlaku disebabkan kecuaian orang lain.
Contoh macam saya ada tengok satu video di Tiktok.
Sebuah Hilux pecut laju sebab taknak berhenti kat lampu merah, tap tak sempat, dah langgar seorang grab rider.
Tengokkan macam mana melambungnya grab rider tu, saya rasa mungkin mati orang tu.
Atas sebab-sebab macam nilah kenapa perlunya untuk anda mencarum takaful.
Walaupun anda rasa kewangan anda dah cukup sempurna, tapi kalau berlakunya musibah, sebenarnya kewangan anda tak mampu nak hadapi saat kecemasan tu.
Macam mana kalau kejadian di atas jadi pada kita dalam keadaan kita takde sebarang perlindungan, apa akan jadi pada keluarga kita?
Isteri dan anak-anak kita.
Kalau kita ada hutang, kan dah jadi beban pada isteri kita untuk langsaikan hutang tu.
Tapi keadaan akan berbeza kalau kita ada mencarum takaful untuk perlindungan pendapatan.
Sedih memanglah sedih kalau nyawa kita tak dapat diselamatkan. Tapi sekurang-kurangnya kita tinggalkan keluarga dengan sumber kewangan yang mampu menyara kehidupan mereka paling kurang 5 hingga ke 10 tahun.
Ingatlah pepatah melayu yang menyebut,
"Sediakan Payung Sebelum Hujan" dan juga,
"Malang Tidak Berbau"
Jadi, bersedialah sebelum datangnya musibah, kerana ia datang tanpa menunggu kita bersedia.
06/09/2022
KENAPA SANGAT PENTING UNTUK ANDA MEMILIKI PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL?
Lihat perbandingan yang ditunjukkan dalam poster di bawah.
Klik link di bawah untuk melihat bagaimana perlindungan penyakit kritikal sangat membantu ketika anda berada dalam keadaan memerlukan.
DUA ORANG, DUA HASIL - PILIHAN DI TANGAN ANDA | AdBuzz
Pilihan ditangan anda. Anda nak jadi seperti Ali atau Zul?
05/09/2022
SIAPA NAK INCOME PROTECTION PERCUMA DARIPADA AIA TAKAFUL?
Daftar sekarang dan dapatkan ELAUN TUNAI HOSPITAL secara Percuma.
Ya, anda tak salah baca. Anda akan dapat secara PERCUMA.
Apa kelebihan yang anda akan dapat apabila mendaftar?
1) Pendapatan anda akan dilindungi sehingga 14 hari apabila anda dimasukkan ke hospital samada disebabkan kemalangan ataupun mana-mana penyakit berjangkit yang dilindungi.
2) Anda akan diberikan elaun sebanyak RM100 sehari apabila dimasukkan ke wad biasa.
3) Anda akan diberikan elaun sebanyak RM200 sehari sekiranya dimasukkan ke wad ICU.
Tempoh Pendaftaran: 1 September 2022 - 30 September 2022
Tempoh Perlindungan: Sehingga 31 Disember 2022.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila klik link berikut: https://ibnuidris.com/income-protection-percuma
Daftar SEKARANG & Dapatkan Perlindungan Percuma.
We’ll cover you when you’re out of action. Get daily cash allowance for up to 14 days with AIA’s FREE Income Cover. | AdBuzz
DAPATKAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN DARI AIA SECARA PERCUMA. Sila klik butang "SAYA NAK PERLINDUNGAN PERCUMA" di bawah untuk saya hubungi anda dan memberikan info lanjut.
05/09/2022
ADAKAH ANDA PASANGAN YANG BAKAL BERGELAR IBUBAPA?
Apabila bertukar ke fasa menjadi ibubapa, ada banyak cabaran yang perlu anda lalui, terutamanya dari sudut pengurusan kewangan.
Ini kerana apabila anda menimang cahayamata, persoalan penting yang perlu anda jawab ialah, bagaimanakah dengan keperluan kewangan mereka.
Ini penting kerana, keperluan mereka bergantung kepada tahap kewangan anda. Sebab itu, dalam post ini saya kongsikan dengan anda lima prinsip pengurusan kewangan bagi ibu bapa baru.
1) MENJADI BIJAK DALAM MENYIMPAN
Apabila anda mahu memulakan simpanan atau melabur untuk keperluan kewangan masa depan anda anda, apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan maklumat tentang skim kewangan atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan & keuntungan kepada anda.
Contohnya seperti:
1) Amanah Dana Anak Malaysia 2050.
2) Dana Warisan Anak Selangor
3) Program Anak Emas Pulau Pinang
4) Skim Insentif Kelahiran Anak
Semua insentif di atas dapat membantu anda menyediakan simpanan dan pelaburan untuk anak anda.
2) KENAL PASTI KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Dapat anak pertama mesti excited nak berikan yang terbaik untuk anakkan. Termasuklah pakaian dan keperluan mereka.
Tetyapi sebelum anda membeli, tanya dulu persoalan berikut:
Adakah anak anda benar-benar memerlukan sepasang kasut bayi berjenama?
Adakah bayi anda boleh membezakan antara selimut sarung tenun dan selimut biasa?
Adakah penjagaan bayi benar-benar memerlukan penyegar udara aromaterapi?
Nasihat saya janganlah habiskan duit terlalu banyak untuk membeli pakaian bayi. Ini kerana bayi anda akan membesar dan pakaian tersebut tidak lagi boleh digunakan.
Adalah satu cara yang bijak juga kalau anda cari pakaian 'preloved' untuk pakaian bayi anda. Atau boleh tanyakan kepada ahli keluarga anda yang mungkin ada pakaian bayi yang masih kecil dan tidak digunakan lagi.
3) MEMILIH KUALITI BERBANDING KUANTITI
Ada beberapa jenis keperluan anak anda di mana anda perlu berbelanja lebih. Contohnya:
- kerusi kereta bayi
- tempat tidur bayi
- kereta sorong bayi
- botol susu
Dan barang-barang tersebut akan anda gunakan hampir setiap hari pada tahun pertama pembesaran anak anda.
Sebaiknya, untuk barang-barang ini anda carilah jenis yang berkualiti kerana ianya boleh digunakan untuk bakal anak anda yang seterusnya.
Mahal sikit takpe tapi boleh tahan lama. Itu sebenarnya lebih menjimatkan perbelanjaan anda di masa akan datang.
4) MULA MENABUNG DARI PERINGKAT LEBIH AWAL
Tak dinafikan pada zaman yang semakin maju sekarang, kos untuk membesarkan anak-anak semakin tinggi.
Jadi, adalah satu langkah yang bijak apabila anda memulakan proses meyimpan dari awal lagi demi untuk masa depan anak-anak anda.
Mempunyai pelan simpanan jangka panjang juga adalah satu langkah yang bijak seperti membuat simpanan untuk pendidikan di dalam SSPN.
Selain itu, anda juga boleh menyertai pelan takaful berkaitan pelaburan di mana selain pelaburan, pelan tersebut juga memberikan perlindungan hayat yang patuh syariah.
5) DAPATKAN PERLINDUNGAN PERUBATAN UNTUK ANAK ANDA
Di zaman sekarang yang serba maju ni, bukan kos keperluan harian sahaja yang perlu anda berikan perhatian.
Kos perubatan juga perlu dititikberatkan terutamanya kalau berdepan dengan keadaan kecemasan.
Sudah tentu anda nak dapatkan rawatan yang terbaik untuk anak anda jika diperlukan, betul tak? Tapi kosnya bukan murah.
Sebab itulah, perlindungan perubatan untuk anda anda juga satu perkara penting yang perlu anda sediakan.
Di AIA Takaful, ada banyak pelan perlindungan perubatan yang disediakan untuk anak anda. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik ke ibnuidris.com/info-takaful untuk berhubung dengan saya.
InshaaAllah saya boleh syorkan pelan yang terbaik untuk anak anda.
05/09/2022
ADAKAH ANDA INGIN MELIHAT ANAK ANDA MENJADI INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB DARI SEGI KEWANGAN?
Jika anda mahukan begitu, maka anda perlu tahu 2 perkara iaitu:
1) Biarkan mereka mempraktikkan sendiri hal berkaitan kewangan seperti cara berbelanja dan berjimat-cermat dari kecil.
2) Ikuti kaedah yang betul mengikut kesesuaian umur agar apa yang ingin diajari dapat disampaikan. Ini kerana setiap kanak-kanak memerlukan pendekatan yang berbeza-beza.
Tahukah anda bahawa ada 3 fasa usia anak-anak yang perlu diterapkan untuk memupuk anak berdisiplin dalam urusan kewangan.
3 fasa tersebut ialah:
1) Fasa Prasekolah.
2) Fasa Sekolah Rendah.
3) Fasa Sekolah Menengah
Anda pernah dengar tentang 3 fasa ni?
InshaaAllah saya akan kongsikan dalam post saya yang seterusnya.
Pastikan anda LIKE & FOLLOW page ni untuk tidak terlepas semua perkongsian terbaru dari saya.
04/09/2022
ANDA S**A MAIN BADMINTON? INI MAKANAN WAJIB UNTUK ANDA.
Oleh kerana badminton adalah sukan yang memerlukan kepada penggunaan tenaga badan yang tinggi, ada makanan yang disarankan untuk anda ambil sebelum dan selepas bermain.
Makanan Terbaik Sebelum Bermain:
1) Oat
2) Buah Pisang
Makanan Terbaik Selepas Bermain:
1) Kurma
2) Keledek dan ubi kentang
Kenapa penting anda mengambil pemakanan yang sesuai sebelum dan selepas bermain badminton?
Ini kerana diet pemakanan anda akan mempengaruhi jumlah tenaga dalam badan serta kawalan stamina anda.
Apabila anda menggabungkan pemakanan yang sesuai dengan latihan, teknik dan strategi yang betul, kemenangan pasti dalam tangan anda.
Jadi mulai hari ini jagalah pemakanan anda sebelum bermain badminton. Selamat mencuba.
04/09/2022
APA YANG ANDA TAHU TENTANG KANSER?
Tahukah anda bahawa antara faktor yang boleh menyebabkan kanser ialah FAKTOR KETURUNAN.
Ini berlaku disebabkan gen tidak normal yang diturunkan dari generasi ke generasi. Tapi jangan salah faham.
Gen yang diwarisi itu bukanlah sel kanser, tetapi gen tidak normal yang boleh menjadi penyebab kanser.
Sebagai contoh, mereka yang berisiko tinggi menghidap barah payudara, ovari dan prostat mempunyai mutasi BRCA1 atau BRCA2 yang boleh diwarisi dari ibu atau bapa individu tersebut.
Jadi beringatlah bahawa kanser boleh berlaku secara tidak dijangka.
04/09/2022
ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PELAN PERLINDUNGAN KEWANGAN YANG KOMPREHENSIF DAN MENYELURUH?
Jika begitu, pelan A-Life Ikhtiar adalah suatu pelan untuk anda.
Kenapa anda perlukan pelan ini?
Antara kelebihan pelan ini ialah anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut:
- Keluarga anda akan menerima hibah sehingga 200% dari amaun perlindungan asas.
- Anda boleh menamakan sesiapa sahaja yang anda sayangi sebagai pewaris.
- Pewaris boleh melakukan proses tuntutan dengan lancar dan mudah.
- Anda boleh pilih perlindungan sehingga 70 tahun atau 80 tahun.
- Anda boleh ubahsuai keperluan perlindungan dengan memilih sehingga 4 pilihan rider.
- Paling best, jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sehingga tempoh matang, anda akan menerima 100% nilai akaun anda melalui A-Plus Saver-i.
- Dan banyak lagi manfaat yang akan anda terima.
Kalau nak tahu lebih lanjut, hubungi saya segera untuk sesi temujanji & saya buatkan quotation percuma untuk anda.
Klik link ini untuk sediakan perlindungan segera buat keluarga anda ---> https://ibnuidris.com/info-takaful
04/09/2022
Bila anda mendapatkan perlindungan takaful, apa yang anda faham?
Anda kena faham yang sebenarnya anda membeli sebuah perjanjian.
Perjanjiannya ialah apabila berlakunya perkara yang tidak diingini kepada anda dan keluarga, pengendali takaful akan membantu anda.
Kerana ianya adalah sebuah perjanjian, maka anda perlulah memilih pelan perlindungan yang betul-betul sesuai dengan keperluan anda.
Tapi masalahnya pelan takaful ni ada pelbagai dan ada sesetengahnya telah digabungkan dengan beberapa pakej.
Tujuannya adalah untuk memberikan perlindungan yang maksimum dengan harga yang berpatutan.
Oleh kerana pemilihan pelan perlindungan takaful adalah sangat penting, anda kena elakkan dari melakukan kesilapan.
Di sini saya kongsikan 5 kesilapan yang mesti anda elakkan apabila nak pilih pelan perlindungan takaful.
1) TIDAK MEMPUNYAI OBJEKTIF TETAP
Secara umumnya, di bawah ini adalah sebab mengapa seseorang itu memilih pelan perlindungan takaful:
- Melindungi yang tersayang akibat kematian anda
- Melindungi diri daripada kecacatan kekal atau penyakit kritikal
- Perlindungan perubatan
- Simpanan dan pelaburan
- Perancangan persaraan
- Perancangan masa depan yang tersayang
- Melindungi rumah atau perniagaan
Jadi, tanya diri anda terlebih dahulu sebelum memilih pelan perlindungan takaful.
2) MENANGGUH PENYERTAAN
Berdasarkan statistik dari Bank Negara, hanya 50% rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai perlindungan.
Kenapa anda tidak patut menangguh penyertaan untuk mendapatkan pelan perlindungan?
- Dapat menjimatkan kos kerana mencarum takaful ketika usia muda adalah lebih murah berbanding apabila anda lebih berusia.
- Kerana anda tak tahu bila musibah akan berlaku dan ketika sihatlah anda perlu mencarum takaful.
- Peluang untuk mendapatkan banyak kelebihan dengan caruman bulanan lebih rendah adalah tinggi kerana usia anda masih muda.
3) TERLALU BANYAK PERLINDUNGAN
Kesilapan ini pun banyak dilakukan. Ramai yang mengambil terlalu banyak perlindungan adalah kerana:
- Tidak memahami apa faedah-faedah yang ditawarkan di dalam sesuatu pelan menyebabkan ada yang membeli faedah yang sama dalam pelan yang berbeza.
- Tidak mengkaji dan meneliti apakah sebenarnya matlamat anda mengambil sesuatu perlindungan.
Jadi pastikan anda teliti betul-betul apa sebenarnya bentuk perlindungan yang anda perlukan berdasarkan kepada keperluan semasa anda.
4) TERLALU KURANG PERLINDUNGAN
Apakah yang menyebabkan seseorang itu mengambil jumlah perlindungan yang kurang?
Atau tiada langsung pelan perlindungan?
Saya pernah jumpa prospek yang beranggapan tak mampu untuk membeli pelan perlindungan kerana mempunyai komitmen yang tinggi.
Tapi dalam masa yang sama, dia sanggup menghabiskan wang dari gajinya hanya untuk membeli sekotak rokok.
Dari situasai ini dapat digambarkan bahawa ada sesetengah orang yang sanggup membazirkan wangnya kepada sesuatu yang tidak penting bahkan merosakkan kesihatannya.
5) MENGANGGARKAN KUALITI PELAN BERDASARKAN JUMLAH CARUMAN
Ingatlah bahawa pelan perlindungan yang terbaik adalah yang paling sesuai dengan keperluan semasa anda.
Memanglah tak elok bertangguh untuk mencarum takaful, tapi itu bukan bermaksud kena terburu-buru. Sebab mencarum takaful adalah komitmen.
Jadi, jangan bandingkan pelan perlindungan berdasarkan jumlah caruman yang tinggi atau rendah.
Sebaliknya baca betul-betul dan fahami sesuatu pelan yang anda rasa paling sesuai dengan anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jika anda memerlukan bantuan untuk memilih pelan perlindungan yang paling sesuai untuk anda, boleh hubungi saya melalui pautan di bawah:
https://ibnuidris.com/info-takaful