01/05/2026
๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐, ๐๐ก๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐จ๐ก๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐๐ฃ๐ก๐๐ฃ๐) mengucapkan ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ.
Tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan hari yang cukup signifikan dan bermakna kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, sebagai satu penghargaan khas atas peranan dan sumbangan mereka. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala khidmat bakti serta dedikasi yang telah dicurahkan demi kemajuan negara Malaysia yang tercinta.
30/04/2026
๐๐๐๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐ช๐ฅ๐๐ง๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ฆ ๐ช๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐๐ข๐ฃ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ โ ๐ ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ช๐๐ฌ
Pada 29 April 2026, Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD) telah menganjurkan Effective Writing Skills Workshop bagi Program CIMA โ MIA Special Pathway bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.
Bengkel ini dirangka khusus untuk memperkukuh keupayaan calon dalam menghasilkan penulisan yang jelas, padat, berstruktur dan berimpak tinggi, selaras dengan kehendak peperiksaan CIMA. Peserta didedahkan kepada strategi penulisan berkesan, pengurusan masa serta penguasaan gaya bahasa profesional yang mampu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti jawapan peperiksaan.
IPNCPD berbesar hati menerima kehadiran Dr. Yee Wee Chun, tenaga pengajar dari Noesis Exed Berhad yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan profesional dan program CIMA. Sentuhan beliau yang praktikal, interaktif dan berorientasikan keperluan peperiksaan sebenar membantu calon menguasai teknik penulisan berstruktur, kemahiran menyusun hujah dengan jelas, serta strategi menjawab soalan secara analitikal dan meyakinkan.
Penganjuran bengkel ini bukan sekadar latihan teknikal semata-mata tetapi juga satu inisiatif sokongan akademik berfokus untuk memperkukuh persediaan calon menghadapi peperiksaan CIMA โ MIA Special Pathway Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan lebih yakin dan berkesan.
29/04/2026
๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ: ๐๐ฃ๐ก ๐๐ข๐จ๐ฅ๐ก๐๐ ๐ข๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก ๐ฃ๐จ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ข๐จ๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN) akan menerbitkan IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management Volume 16, No. 2, 2026 dan Volume 17, No.1, 2027.
Pihak IPN amat mengalu-alukan penyertaan dalam kalangan penjawat awam, penyelidik, ahli akademik dan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan sektor awam melalui sumbangan manuskrip bagi penerbitan jurnal edisi 2026/2027 ini.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR yang disertakan pada poster. Permohonan juga boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi urus setia seperti di bawah:
Anati Zawana binti Rahmat
03-83244406 | [email protected]
Nur Diyana binti Musa
03-83244407 | [email protected]
23/04/2026
Jabatan Akauntan Negara Malaysia ๐๐๐ก๐ โ๐ ๐ฆ๐๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฃ๐น๐ฎ๐ป๐ป๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ๐ธ: ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ฎ๐๐ป๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป
Tahukah anda? Kejayaan akauntan sektor awam bukan hanya bergantung pada kemahiran teknikal, tetapi juga kemahiran bukan teknikal seperti pemikiran strategik, komunikasi, integriti, etika profesional dan sebagainya.
Bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya?
Inilah masanya untuk memperkukuh kemahiran yang benar-benar memberi impak!
Artikel bertajuk โDeveloping a Non-Technical Professional Competency Framework for Succession Planning Among Public Sector Accountants in Malaysiaโ menyenaraikan 23 kompetensi bukan teknikal bagi pembentukan akauntan pemimpin masa hadapan sektor awam.
Artikel penuh boleh didapati dalam IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management, Volume 15, No. 2, 2025 di https://jurnal.ipn.gov.my.
21/04/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก (๐๐ฃ๐ฃ) ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐
๐๐ ๐๐ก๐ญ ๐ค๐จ๐๐๐๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ก๐๐๐ฌ๐ง๐๐๐ฆ & ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐ง๐ฆ (๐๐๐) ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฎ, ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Kursus Persediaan Peperiksaan (KPP) yang pertama bagi subjek Data Analytics & Insights (DAI), Sesi 2, 2026 (Term 2, 2026) Program MICPA x CA ANZ Qualifying Programme telah bermula pada 20 April 2026.
IPNCPD berbesar hati untuk membawakan kembali Dr. Muhammad Syarmine bin Mohd Shah dari TYMBA Education bagi membimbing seramai 14 orang calon sepanjang sesi ini. Komitmen dan kepakaran beliau diharapkan dapat membantu semua calon memperkukuh pemahaman serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
Semoga semua calon terus bersemangat, konsisten dan cekal dalam perjalanan pembelajaran ini.
IPNCPD mendoakan agar proses pembelajaran berjalan lancar dan memberi hasil yang cemerlang, sekaligus melangkah selangkah lebih dekat ke arah mencapai lulus penuh Program MICPA x CA ANZ Qualifying Programme.
Selamat Maju Jaya!
21/04/2026
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐จ๐๐๐ฆ ๐๐๐๐จ๐ก๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ!
Warga IPNCPD merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar atas pelantikan sebagai Akauntan Negara Malaysia berkuat kuasa 17 April 2026 (Jumaat).
Semoga YBrs. Tuan dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah yang diberikan.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ !
Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar atas pelantikan sebagai Akauntan Negara Malaysia (ANM) berkuatkuasa 17 April 2026 (Jumaat)
Syabas dan Selamat Menjalankan Tugas.
20/04/2026
๐ฅ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ๐ธ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐๐ธ๐ฎ๐๐ป๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐๐ฎ๐บ: ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ๐๐ถ๐ณ ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น
Peranan akauntan sektor awam kini telah berevolusi melangkaui tugas tradisional penyediaan laporan kewangan. Dalam dunia yang pantas berubah, akauntan kini bertindak sebagai rakan strategik yang memacu ketelusan, akauntabiliti, dan kecekapan tadbir urus negara. Hasil kajian mendalam mengintegrasikan amalan terbaik antarabangsa (CIPFA & IFAC) dan nasional (MIA), terdapat 7 Kompetensi Teras yang dicadangkan untuk akauntan masa hadapan.
Artikel penuh boleh didapati dalam IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management, Volume 15, No. 2, 2025 di https://jurnal.ipn.gov.my
15/04/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก (๐ ๐ผ๐จ) ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐ก๐ ) ๐๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ (๐จ๐ถ๐ง๐ )
Tanggal 13 April 2026 menjadi tarikh bersejarah apabila Institut Perakaunan Negara (IPN) mencapai satu lagi pencapaian bermakna ke arah kecemerlangan institusi melalui pemeteraian Memerandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Universiti teknologi MARA (UiTM).
Persefahaman ini akan mengukuhkan jaringan strategik IPN bersama rakan akademik dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif, aktiviti dan program untuk manfaat bersama di samping memperkasa pembangunan ilmu serta profesionalisme bidang perakaunan sektor awam.
MoU berkenaan telah ditandatangani oleh YBhg. Datoโ Zainani Jusoh, Akauntan Negara Malaysia, manakala UiTM diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Norli Ali, Dekan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor.
Pemeteraian MoU antara JANM dan UiTM ini adalah selaras dengan Teras Strategik 1 Pelan Strategik JANM 2026โ2030 serta menyokong pelaksanaan Matlamat Strategik 5 Pelan Strategik IPN 2026โ2030 berkaitan pengukuhan kerjasama strategik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga IPN, khususnya IPNCPD atas komitmen dan dedikasi dalam merealisasikan jalinan kerjasama strategik ini demi memacu kecemerlangan institusi secara berterusan.
15/04/2026
๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐จ๐ก๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ (๐จ๐ถ๐ง๐ ) ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
Pada 13 April 2026, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan Syarahan Perdana Profesor Adjung Fakulti Perakaunan, UiTM โ satu sesi yang mengupas isu kemampanan selaras dengan realiti semasa, merangkumi perspektif sektor awam dan industri.
Program ini bukan sahaja mengetengahkan kepentingan agenda kemampanan dalam landskap ekonomi dan tadbir urus masa kini, malah turut memberi pencerahan strategik terhadap peranan profesional perakaunan dalam memacu amalan yang lebih lestari dan berdaya tahan.
Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara berbesar hati dijemput menghadiri syarahan perdana yang disampaikan oleh YBhg. Datoโ Zainani Jusoh, Akauntan Negara Malaysia selaku Profesor Adjung Fakulti Perakaunan, UiTM bertajuk โPerakaunan Sektor Awam: Siaga Cabaran, Kalis Hadapan".
Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) iaitu Tuan Haji Nasran Omar, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) dan Pengarah-pengarah Bahagian JANM, serta YBhg. Prof. Dr. Norli Ali, Dekan Fakulti Perakaunan UiTM, para pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan UiTM.
Selain itu, program ini turut menampilkan syarahan oleh YBrs. Encik Mohamad Faisal Haji Abdul Malik, Rakan Kongsi Faisal Malik & Co yang juga merupakan Profesor Adjung Fakulti Perakunan UiTM.
Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan bukan sahaja memberi nilai tambah, malah turut memberi impak signifikan kepada para pelajar universiti dalam memahami peranan sebenar profesion perakaunan dalam mendepani cabaran masa hadapan.
15/04/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ง๐ฌ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ฉ๐๐๐ข๐ฃ๐ ๐๐ก๐ง ๐ช๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐๐ข๐ฃ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ โ ๐ ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ช๐๐ฌ
Bagi meningkatkan kecekapan menjawab peperiksaan melalui penguasaan kemahiran menaip yang pantas dan tepat, Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara telah menganjurkan Professional Typing Skills Development Workshop bagi Program CIMA โ MIA Special Pathway pada 13 April 2026 bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.
Kursus ini dianjurkan khusus untuk menyokong calon CIMA yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan Mei 2026, dengan memberi pendedahan kepada teknik menaip yang efisien bagi membantu calon menjawab soalan dengan lebih cepat, tepat dan berkeyakinan.
IPNCPD berbesar hati menerima kehadiran Encik Gobinath P. Ramakrishnan, tenaga pengajar yang berpengalaman lebih dari 16 tahun dalam bidang kemahiran menaip dan pembangunan teknikal individu. Sentuhan beliau yang praktikal dan interaktif membantu calon menguasai teknik menaip berstruktur serta strategi menjawab peperiksaan secara efisien.
Dengan penganjuran kursus ini, IPNCPD percaya ianya bukan sekadar latihan teknikal, tetapi juga satu usaha memperkukuh persediaan calon untuk melangkah lebih yakin dalam menduduki peperiksaan dan seterusnya lulus penuh Program Pengajian CIMA โ MIA Special Pathway Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
07/04/2026
๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐จ๐ง๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก๐ง๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐ก๐ ) ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ โ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara mempelawa semua Akauntan Sektor Awam bagi mengikuti Program Pengajian Dalam Badan Profesional Perakaunan JANM bagi sesi ambilan Julai โ Disember 2026.
Program Profesional Perakaunan yang ditawarkan seperti berikut:
1) The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) โ MIA Special Pathway
2) The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) โ MIA Special Pathway
3) The Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia) โ Executive Leadership Pathway (ELP) dan Experience-Based Pathway (EBP)
4) The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) โ MICPA x CA ANZ Qualifying Programme
Borang permohonan yang telah lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada IPNCPD selewat-lewatnya pada 30 April 2026 (Khamis).
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program pengajian dalam badan profesional perakaunan ini, bolehlah diajukan kepada pegawai seperti berikut:
Nur Razana binti Abdul Manan
03-8324 4405 / 017-915 4510
[email protected]
Siti Munirah binti Ab Magid
03-8324 4409 / 019-554 8362
[email protected]
Bagi Akauntan yang berminat, sila klik pada pautan berikut bagi mendapatkan surat pelawaan, maklumat program dan borang permohonan untuk muat turun dokumen.
https://tinyurl.com/ProfesionalJul-Dis26
Tarikh tutup permohonan: 30 April 2026 (Khamis)