Tips Kewangan

Tips Kewangan

Share

Kami akan kongsikan kepada anda cara2 nak Majukan Bisnes atau masaalah kewangan anda dengan cara Terapi Diri. Hakikat diantara Anda dgn yg Maha Pemberi

31/12/2022

PINJAMAN PERNIAGAAN SEHINGGA 100K!!

Proses mudah...

Klik Sini--> https://he1.me/0yCN

16/09/2021

Selamat Hari Malaysia Buat Seluruh Rakyat di MALAYSIA.

11/07/2021

JANGAN AMBIL TAHU KALAU RASA X PENTING!

Risiko diserang strok bagi golongan muda semakin meningkat dan ini amat membimbangkan.

Gaya hidup kurang sihat seperti merokok dan diet tidak seimbang menjadi penyumbang kepada risiko serangan strok yang lebih tinggi.

Jadi pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta mengambil langkah proaktif untuk menyediakan perlindungan diri yang terbaik di masa hadapan.

FWD Big 3 Critical Illness merupakan pelan Takaful yang menyediakan manfaat takaful apabila anda didiagnosis menghidap kanser,serangan jantung, atau strok dengan sumbangan serendah RM10.27/bulan.

Daftar sekarang dalam talian!

—> https://tinyurl.com/yhgfwguu

10/07/2021
01/03/2021

10 TIPS UNTUK BERJAYA

10- BIJAK MENGURUSKAN WAKTU

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang Berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang PERLU diselesaikan
sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata saya tidak ada masa lah!..

Jadi, pengurusan masa itu sangatlah penting kerana itu adalah salah satu cirri-ciri orang yang Berjaya. Jadi, pengurusan masa hendaklah di ambil
kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu?

Ramai diantara kita yang S**A melakukan tugasan yang kecil DAN senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah.

Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih
bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang.

Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti.

Sebab itu disarankan melakukan kerja yang susah dahulu kemudian baru lah melakukan kerja-kerja yang senang.
Pengurusan masa ini sangat penting kerana Masa itu adalah ibarat emas. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

PENUTUP
Selesai lah sudah 10 tips yang telah saya berikan di dalam ebook ini. Semoga kesemua tips-tips ini memberi manfaat kepada anda. Semoga apa yang dipelajari hari ni dapat diaplikasikan
dengan jayanya. Saya berharap anda tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan yang anda impikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah.

Tawakal, Usaha dan Doa.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. Saya mendoakan kejayaan anda dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Semoga anda Berjaya!
Salam success dari saya,

Sila Like dan Share

01/03/2021

10-TIPS UNTUK BERJAYA

9- Jangan Sombong

Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang bagus dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh.

Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk belajar ialah dengan bertanya!

Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan.

Terdapat juga individu yang merasakan dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana
bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh.

Akhirnya, mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya gagal mencapai cita-cita.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda.

Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi.

Bak kata pepatah,
“malu bertanya, sesat jalan.! “

Sila Like dan Share

28/02/2021

10 TIPS UNTUK BERJAYA

8- TULISKAN MATLAMAT/IMPIAN

Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk Berjaya, untuk mencapai kejayaan, dan macam-macam lagi.

Tetapi sekadar hanya MEMPUNYAI matlamat tidak mencukupi kerana ia
ibarat angan-angan kosong. Oleh itu, sentiasalah menulis matlamat anda selalu. Kerana dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang.

Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh sedar) dana AKAN diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.

Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda itu. Anda harus menulisnya berkali-kali sehingga ia memberi pulangan kepada anda.

Sekiranya anda MENULISNYA berulang￾ulang kali, ini AKAN menggandakan peluang anda
untuk mencapai matlamat tersebut.
Kajian mengatakan bahawan 98% orang tidak menulis matlamat!

Kerana?

• mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah didedahkan.

• Tidak percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa menulisnya.
Itu salah!

• Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

👉Sila Like dan Share,

28/02/2021

10 TIPS UNTUK BERJAYA

7- KURANGKAN RASA MALU

Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya.

Berikut adalah tips untuk mengurangkan perasaan malu anda.

1. Pertama sekali yang harus dilakukan adalah cari penyebab malu anda. Misalnya anda merasa salah memakai baju, atau menghadapi situasi yang asing yang membuat Anda merasa tidak senang.

2. Lawan rasa malu Anda dengan bersikap
lebih santai. Rasa malu yang berlebihan akan berakhir dengan kegugupan yang AKAN membuat anda kelihatan pelik.

3. Usahakan untuk melakukan ‘eye contact’
dengan rakan yang sedang bersembang
dengan anda. Jangan sampai rasa malu
membuat anda kelihatan sombong atau
tidak menghormati orang yang sedang
bercakap dengan anda.

4. Jangan takut pada cacian orang. Jika
awal-awal anda sudah kalah, maka diri anda akan terus mundur dan perasaan malu itu akan terus berada dalam diri anda.

5. Berlakon macam anda tidak malu. Orang
ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu.
Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni
pemalu. Berlakon seperti artis-artis kita, yang
anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan
mendapati dalam sedang berlakon itu,
perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Sila Like dan Share moga rakan yang juga dapat manfaat.

27/02/2021

10 TIPS UNTUK BERJAYA

6-KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Kebiasaanya, untuk sesuatu permulaan anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri
sangant tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu.
Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranyauntuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda?

Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Ya, kekalkan momentum dan usaha anda YANG sedang berkobar-kobar itu.

Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang.

Jadi, motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.

15/02/2021

10 TIPS UNTUK BERJAYA

5- Jangan TAKUT Cuba Sesuatu Yang baru

Anda perasan tak yang Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Contoh yang selalu kita lihat, apabila makan di sesebuah restoran, sering kali mereka meminta makanan dan minuman yang sama. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang lain dan mencuba makanan yang lain kerana bimbang tidak kena selera mereka.

Cuba kita lakukan sesuatu yang baru yang akan memecahkan momentum kita untuk sering mencuba sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja. Ini tidak akan memajukan kita kerana sering melakukan benda dan perkara yang sama sahaja.

Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘stay’ sahaja disitu dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.

Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

*Sila klik Share dan Like untuk pedoman bersama. Terima kasih

13/02/2021

10 TIPS NAK BERJAYA

4- Kelilingi Mereka Yang Berjaya

Anda ingin menjadi hebat dan Berjaya? Caranya ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan Berjaya seperti mereka.

Cuba anda bayangkan, jika anda kelilingi ‘Mat Rempit’. Sudah tentu anda akan menjadi seperti mereka kan. Sebab itu jika selama ini anda merasakan diri anda tidak hebat dan tidak maju, mungkin kerana bulatan kenalan anda tidak membawa anda ke hadapan.

Tahukah anda?
85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke hadapan.

Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka. Dan sebaiknya membawa rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.

Want your business to be the top-listed Accountant in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Ampang
68000