*KENAPA BAKI HUTANG LAMBAT SUSUT?*
Kadang-kadang terjumpa ada orang share, dia buat ASBF tapi bila terminate lepas 5-6 tahun, surrender value (prinsipal) dapat sikit. Tak sama macam yang consultant selalu share. Maknanya baki hutang ASBF susut sikit sahaja.
Sebenarnya golongan ini mungkin buat ASBF tanpa ilmu yang betul. Ada 3 punca utama kenapa surrender value yang kita dapat tak banyak.
*1. Takaful Yang Tinggi*
Ada pelabur buat ASBF dan masukkan perlindungan takaful yang tinggi.
Contohnya;
ASBF 200K + Takaful cover 200K selama 30 tahun. Kos untuk takaful ini sekitar RM6-10K bergantung kepada umur. Lagi tua, lagi mahal. Bayaran untuk takaful akan dimasukkan ke dalam pembiayaan (loan).
Katakan kos untuk takaful RM7,000, jadi total loan adalah sebanyak RM207K. Jadi hutang bermula RM207K dan akan susut sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dilakukan. Biasanya memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk kurang daripada RM200K. Maknanya, 2-3 tahun pertama kita hanya bayar hutang pokok takaful sahaja. Sebab tu bila terminate awal contohnya 5 tahun, p**angan surrender value yang kita dapat tu tak banyak.
Takaful ada kebaikannya. Kalau kita ambil takaful, kemudian meninggal atau cacat kekal, takaful akan cover baki pembiayaan yang belum selesai. Bergantung kepada jumlah yang kita tentukan. So kalau nak ambil takaful, tak ada masalah. Boleh ambil. Cuma kena tahu la kesannya, iaitu baki hutang lambat susut kalau jumlah takaful yang diambil tinggi.
Untuk pelanggan saya, biasanya saya cadangkan ambil takaful minimum sahaja. Kalau nak berhenti lepas setahun pun boleh. Tak ada masalah. Pulangan prinsipal pun tak terjejas.
*2. Moratorium (Penangguhan Bayaran)*
Faktor kedua adalah moratorium. Rasanya majoriti rakyat Malaysia ambil moratorium automatik pada 6 bulan pertama dahulu. Ada juga yang sambung lagi moratorium tambahan.
Bila ambil moratorium, sudah pasti hutang semakin bertambah. Katakan bulanan RM1,000, bila tak bayar 6 bulan, maka akan bertambah hutang sebanyak RM6,000. Sudah tentu bila terminate ASBF, surrender value yang dapat tu akan berkurang dari kiraan asal.
Masalahnya ramai yang tak sedar bank dah bagi moratorium dulu. Mereka buat-buat lupa bila sampai waktu untuk bayar balik. Lepas tu rasa diri jadi mangsa.
*3. "Restructure"*
Ada juga sesetengah yang sambung moratorium dengan restructure bayaran balik. Contohnya bayar pada kadar separuh daripada yang sepatutnya. Jika installment bulanan normal RM1,000 tapi mereka hanya bayar RM500 sahaja.
Kes ini lebih berat kerana masih ada yang berlanjutan sehingga hari ini. Mereka bayar setiap bulan, tetapi jumlah hutang makin bertambah. Sebabnya bayaran separuh tersebut tak cukup pun untuk bayar interest. Macam mana nak bayar pokok? Ini seakan-akan mereka menambah hutang sebanyak RM500 setiap bulan.
Jika ada kes seperti ini, lebih baik hubungi bank untuk bayar ikut kadar normal. Kalau tak, lama kelamaan semakin banyak hutang yang akan ditanggung. Ia tak akan selesai sampai bila-bila.
*Kenapa selalu Viral orang kata tak untung?*
Selalunya memang benda buruk yang cepat viral. Yang elok jarang nak viral. Contoh mudah kalau kita tengok kes kemalangan jalan raya. Yang kemalangan dan viral tu 2-3 buah kenderaan sahaja setiap hari. Sedangkan berjuta-juta kenderaan yang berjaya sampai ke destinasi tak viral pun.
Sama juga macam ASBF ni. Beribu-ribu yang untung dan berjaya capai matlamat memang tak viral. Orang diamkan je. Bila ada satu dua kes yang rasa macam rugi, terus viral (rasa je, belum tentu lagi rugi - Rujuk semula 3 point di atas). Paling teruk ada orang yang tak faham dan tak tahu kira, lepas tu komen macam pakar. Sedangkan dia sendiri pun tak buat ASBF. Haha.
*Kesimp**an*
Sebelum melabur, fahamkan dulu strategi dan teknik yang sesuai dengan matlamat kita. Buat ikut kemampuan sendiri dan jangan ikut orang lain. Setiap orang berbeza kemampuan dan matlamat hidup.
Nak mula melabur dgn ASB Financing utk tahun 2023, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2023
Azizul Al-Habsyie - ASBf Consultant
A$B Financing Advisor
10/01/2023
*Penting*‼️ *Dividen ASB Rendah, apa patut saya buat?*
Kadar dividen ASB untuk tahun 2022 adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal. Ramai yang sedia maklum kita masih lagi dalam fasa peralihan selepas pandemik Covid-19. Ekonomi juga masih dalam fasa pemulihan.
Bagi pelabur ASBF, kadar interest bank memainkan peranan dalam menentukan untung rugi pelaburan. Seperti yang kita sedia maklum, Bank Negara mula menaikkan OPR bermula bulan Mei 2022 setelah sektor ekonomi kembali beroperasi sepenuhnya.
Secara purata, kadar interest bank bagi pelabur yang bermula Januari sehingga Disember 2022 adalah 3.87%.
(Jan-April = 3.45%, Mei-Jun = 3.70%, Jul-Ogos = 3.95%, Sept-Okt = 4.20%, Nov-Dis = 4.45%).
Bermakna kadar dividen minimum untuk tidak berlaku kerugian adalah 3.87% (Balik modal).
Jika lebih daripada 3.87% bermakna pelabur sudah untung. Cuma sama ada untung sedikit atau untung banyak lah. Untung tetap untung.
Kita jangan lihat p**angan ASBF hanya dividen semata-mata. Ini kerana bayaran bulanan kita sebahagian adalah interest dan sebahagian lagi adalah prinsipal (bayaran hutang pokok). Kita perlu juga tengok pengurangan prinsipal. Orang yang tiada ilmu ASBF hanya akan tengok dividen semata-mata. Sebab itulah ramai yang kata ASBF rugi.
*Ada yang tanya, sesuai ke terminate ASBF sekarang?*
Jawapannya subjektif. Bergantung kepada situasi masing-masing. Kalau memang dah capai target simpanan seperti nak kumpul deposit rumah atau duit kahwin, elok terminate dan tunaikan hajat dulu.
Jika saja-saja terminate sebab dividen rendah, saya tak galakkan. Sebab tak membantu pun. Pulangan tersebut adalah untuk tahun 2022. Yang mana kita semua sudah lalui dan tak boleh ubah pun. So terima saja p**angan yang rendah. Tetap masih untung, cuma tak setinggi yang kita harapkan. Sekurang-kurangnya kita ada simpanan daripada tak ada langsung. Jangan jadi orang yang terlepas peluang.
*Contoh orang yang sentiasa terlepas peluang;*
Tahun pertama - dia buat ASBF.
- Dividen rendah (Tak rugi pun, cuma dia dapat p**angan yang sedikit). Kemudian dia terminate.
Tahun Kedua - dia tak buat ASBF
- Dividen tinggi (dia tak dapat pun). Kemudian dia apply semula ASBF untuk tahun ke-3.
Tahun ketiga - dia buat ASBF
- Dividen rendah. (Tak rugi pun, cuma dia dapat p**angan yang sedikit). Kemudian dia terminate.
Tahun Keempat - dia tak buat ASBF
- Dividen tinggi (dia tak dapat pun). Kemudian dia apply semula ASBF untuk tahun ke-5.
Ulang je benda yang sama, tapi sampai bila-bila pun dia terlepas peluang.
Jadi kunci utama dalam menyimpan/melabur adalah konsisten. Naik turun dividen adalah perkara normal. Contohnya kita target nak ada simpanan sebanyak RM50K selepas 5 tahun. Tapi disebabkan dividen yang rendah sedikit, mungkin kita hanya mampu kumpul RM45K. Still ok. Kalau tak buat ASBF, susah untuk kita menyimpan dengan konsisten.
*Pelabur Lama:*
Kelebihan kepada pelabur ASBF adalah dividen dikira berdasarkan jumlah simpanan dalam akaun ASB, manakala interest p**a dikira berdasarkan baki pembiayaan. Sebagai contoh bagi akaun ASBF 200K yang sudah berjalan selama 10 tahun;
Katakan dividen terkumpul sekarang sebanyak RM150K menjadikan jumlah simpanan dalam akaun ASB sebanyak RM350K termasuk sijil. Anggaran baki pembiayaan p**a sudah berkurang menjadi RM160K. Jadi dividen dikira berdasarkan RM350K dan interest p**a berdasarkan RM160K.
Contoh:
Dividen 4.60% x 350,000 = RM16,100
Interest 4.50% x 160,000 = RM7,200
Tetap untung banyak walaupun dividen tidak setinggi yang diharapkan.
*Pelabur baru:*
Bagi pelabur yang baru bermula tak sampai setahun, teruskan menyimpan. Dividen tahun 2022 tak memberikan kesan sangat sebab baru bermula tak sampai setahun lagi. Kalau nak guna dividen, dah boleh ambil bermula bulan Januari 2023. Walaupun belum cukup setahun, kita tetap dah dapat dividen mengikut berapa bulan yang kita dah simpan. Tapi sebaikkan simpan lah dividen jika tiada urusan yang penting. Tetapkan pada matlamat asal.
*Bakal Pelabur:*
Untuk bakal pelabur, p**angan dividen 2022 tidak memberikan apa-apa kesan sebab anda belum bermula lagi. Pulangan anda akan dikira bermula tahun 2023 nanti. Untuk pendaftaran ASBF tahun 2023 boleh tekan link di bawah;
Nak mula melabur dgn ASB Financing utk tahun 2023, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2023
Azizul Al-Habsyie - Financial Advisor Business Account
04/01/2023
‼️REFINANCE ASBF⁉️
Ramai yang PM saya tanya sesuai ke kalau refinance ASBF sedia ada. Sesuai atau tak bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya;
1. Baki hutang biarlah kurang dari nilai sijil. Contoh Sijil ASBF 100K, kalau baki dah bawah dari 100K, boleh lah refinance. Kalau belum berkurang, nanti kita kena bayar lebihan tu kepada bank. Tapi kalau lebih sikit2 je dr 100K pun boleh. Boleh absorb je sebab dapat cover dengan penjimatan di masa depan.
2. Kalau rate ASBF yang lama tinggi, boleh consider untuk refinance. Contohnya dari rate 4.65% nak tukar ke 4.40%. Boleh jimat bayaran bulanan.
3. Kadang-kadang rate lama rendah, tapi bayaran mahal sebab tempoh pendek. Boleh juga refinance untuk panjangkan tempoh. Komitmen bulanan boleh dikurangkan. Tapi kena tengok umur jugak la.
4. Nak guna cash. Hasil refinance ASBF, kita akan dapat cash hasil dari surrender value (prinsipal) ASBF lama. Katakan sijil lama 200K, baki hutang sekarang ada 180K. So akan dapat surrender value sebanyak 20K.
5. Sijil lama dah lebih setahun. Sebaiknya biar sijil lama lebih daripada setahun. Lagipun yang apply tahun 2022 majority dapat rate 4.45% sekarang. Kalau nak refinance kepada 4.40% tak berbaloi sangat. Sebab akan rugi masa ketika processing dan prinsipal juga baru sedikit berkurang.
⚠️ Refinance ASBF bermaksud, tukar sijil lama kepada sijil baru. Caranya:
1. Submit dulu permohonan baru untuk dapatkan kelulusan. Jangan risau, sijil baru tak perlu bayar lagi selagi sijil lama masih belum terminate.
2. Lepas sijil baru dah lulus, baru kita pergi terminate sijil lama. Jangan ambil risiko terminate sijil lama sebelum yang baru lulus. Takut yang baru tak lulus, nanti dua2 melepas.
3. Bila yang lama dah setel terminate, barulah kita mula bayar sijil yang baru. So tak ada isu kena bayar dua sijil serentak.
4. Refinance ni juga boleh buat untuk nilai sijil yg berbeza. Contohnya sijil lama 100K, kita nak apply baru 200K. Atau sijil lama 200K, kita nak tukar jadi 100K. Benda boleh ejas.✔️
Bagi sesiapa yang berminat untuk refinance ASBF yang lama, boleh tekan link di bawah;
http://wasap.my/601135534595/refinanceASBloan
http://wasap.my/601135534595/refinanceASBloan
http://wasap.my/601135534595/refinanceASBloan
Settle bawak keluar dividen hari ni. Sempat juga lunch masa tunggu turn tu...😆
#2023
02/01/2023
*PEMBAYARAN DIVIDEN 2022*
Bayaran agihan pendapatan ASB 2022 akan dikreditkan ke dalam akaun ASB pada 1/1/2023. Pengeluarkan p**a boleh dibuat bermula 3/1/2023. Semua boleh lihat menggunakan apps myASNB. Tak perlu buang masa pergi bank atau pejabat ASNB.
*Pengagihan Pendapatan 4.6%*
Pengagihan pendapatan 4.6% merangkumi dividen 3.35% (NORMAL REINVESTMENT) dan bonus 1.25% (SPECIAL REINVESTMENT). Contohnya, jika dalam akaun ASB ada RM100,000, kiraan secara terus;
4.6% x 100,000 = RM4,600
Bayaran tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun ASB ahli dalam dua transaksi yang berasingan pada hari yang sama. Ini menyebabkan ramai orang tak faham. Ramai akan hairan kenapa dividen dapat sedikit bila tengok transaksi. Sebenarnya ada lagi transaksi lain yang masuk. Kadang-kadang dia tak perasan.
1. Dividen 3.35% (Normal Reinvestment)
3.35% x 100,000 = RM3,350
2. Bonus 1.25% (Special Reinvestment)
1.25% x 100,000 = RM1,250
Jumlah = 3,350 + 1,250 = RM4,600✓
*Bonus Khas 0.5%* (Special Bonus Dividend)
Bonus khas ini terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau dalam akaun ada 1 juta sekalipun, hanya dikira;
0.5% x 30,000 = RM150 maksimum.
Kalau duit ada RM10,000,
0.5% x 10,000 = RM50.
So ada 3 transaksi akan masuk ke dalam akaun ASB pada 1/1/2023 nanti. Tengok betul-betul. Jangan gelabah.
Sekian.
📌Untuk permohonan ASBF 2023 boleh terus wasap ke;
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2023
Begitu indah dividen ASB sebelum Covid-19.😅 3 tahun ni sendu ya amat.😏
Korang dah boleh check dividen ASB masing2 kat apps myASNB tu. Bolehla nak makan Musang King minggu depan.😊
Nak mula melabur dgn ASB Financing utk tahun 2023, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2022 #2023
Dividen ASB 2022 dah masuk. Boleh check kat myASNB.
Selamat Tahun Baru
2023.
30/12/2022
Masih ramai yang confius tentang takaful dalam ASBF. Semoga penerangan di bawah dapat membantu.
*KESAN TAKAFUL DALAM A$BF*
*KISAH BENAR*
👉Apply A$BF 100K plus takaful.
👉Bayaran lump sum takaful lebih kurang 4K ke 5K (Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar). Bergantung pada umur.
👉Bayaran takaful dimasukkan dalam loan. Jadi total loan RM 104,794.00
👉Masa apply peminjam tak diterangkan langsung pasal takaful .
👉Selepas beberapa bulan, terdapat masalah yang menyebabkan peminjam tak boleh nak bayar.
👉Peminjam berniat untuk terminate A$BF tapi pegawai bank tak benarkan sebab kurang dari 3 tahun.
👉Sebenarnya tiada lock in period, tapi bila ambil takaful dalam loan A$B, hutang takaful mengambil masa 2-3 tahun untuk selesai. Dalam tempoh tersebut, hutang A$B belum berkurang satu sen pun. Bermakna, tiada prinsipal yang diperoleh jika peminjam terminate A$BF dalam tempoh tersebut.
Contoh mudah:
🔸Hutang RM 104,794.00
🔸Tapi nilai sijil = RM 100,000.
👉Setiap kali bayaran bulanan dibuat, hutang akan semakin berkurang. Andai selepas 4 bulan hutang semasa = RM 103,794.00
(100000 - 103,794= - 3,794.00)
👉Jika terminate waktu ini, peminjam masih mempunyai hutang sebanyak RM 3,794 kepada bank.
👉Syarikat takaful akan memberi rebat kerana takaful ditamatkan lebih awal. Tetapi jumlah yang diperoleh adalah jauh lebih kecil dari bayaran premium asal.
👉Kesannya, peminjam terpaksa topup duit sendiri untuk terminate A$BF.
*Pesanan:*
👉Bagi yang dah terambil takaful dalam A$BF, teruskan saja. Tak perlu nak terminate A$BF disebabkan takaful.
👉JANGAN PM SAYA tanya boleh ke nak terminate takaful saja. JAWAPANNYA TAK BOLEH!!! Mintak maaf kalau saya tak layan soalan ni sebab dah bagitau awal2.
👉Kalau nak terminate, kena terminate A$BF sekali.
👉Bagi yang baru nak apply atau nak tambah sijil, lepas ni boleh cuba apply tanpa takaful atau takaful paling minima.
Nak mula melabur dgn ASB Financing utk tahun 2023, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2023
28/12/2022
ASB Financing ni ada dua part …
(1) duit dividen yang akan dapat setiap tahun secara pro-rata mengikut nilai kadaran agihan yang diumumkan..
(2) duit nilai serahan bila kita dah surrender asbf yang mana duit ni kita tak boleh nak ambil dan rasa lagi buat masa sekarang.. just boleh tengok dan buat anggaran je melalui online banking..
Nak labur dlm ASBf ni at least kene start dari awal tahun/january utk complete 12 bulan dan dapatkan full year dividen.. lepas tu baru buat penilaian untung atau rugi..
Nak kira untung tak keseluruhan ASBf ni mudah je..
Total duit keluar setiap bulan - total duit dapat
*kira satu2 (untuk setiap bulan) termasuk yang ada kenaikan OPR..
* then tolak dengan total duit dapat (dividen + surrender value)
* Surrender Value = Nilai sijil tolak anggaran baki principal
Nak mula melabur dgn ASB Financing utk tahun 2023, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
#2023
17/12/2022
Kesilapan untuk orang yg buat ASB Financing.
▶️ Tidak meletakkan sebarang matlamat. So, bila niatnya nak jadikan ASB ni mcm bank biasa, maka duit keluar masuk keluar masuk. Lepas tu jangan hairan kenapa dividen dapat rendah.
▶️ Tidak ukur baju di badan sendiri. Anda mungkin layak tapi yang mampu hanya anda seorang sahaja yang tahu. Maka tak hairan la kalau tersangkut nak bayar (tapi ni jangan risau, kita ada tekniknya).
▶️ Nampak dividen masuk bulan Januari je, gelap mata. Terus keluarkan, lepastu merungut "tanggung bayaran bulanan la, kena komit la, lagi senang simpan cara biasa la". Seolah-olah komitmen asb financing ini satu pinjaman negatif.
▶️ Memegang fahaman ASB financing ini bayar setahun sahaja, selepas itu dividen boleh digunakan semula pada tahun berikutnya (rolling dividen) padahal anda mampu untuk buat teknik compounding dividen.
▶️ Hanya Nampak pada zahirnya dividen tetapi tidak nampak yang tersirat; pengurangan baki principal pembiayaan juga akan memberi anda keuntungan sekiranya anda terminate ASB financing. Yang ni paling ramai terlepas pandang. Mintak konsultan guide.
▶️ Tidak tahu mengira keuntungan, rata-rata saya tanya orang yang datang ke ASNB, berapa keuntungan yang dia dapat selepas setahun, 80% memang tak tahu berapa keuntungan dia dapat.. adakah anda salah seorang daripada mereka? Nasihat saya cuba faham pelaburan yang anda buat.
Melabur dengan ilmu.
Nak tau lebih lanjut tentang ASB loan, boleh klik link di bawah:
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
http://wasap.my/601135534595/ASBloan2023
Azizul Al-Habsyie - Financial Advisor Business Account
Pakai motor lagi jimat giler tapi... pakai kereta lebih selesa...😅 So nak beli yg mana satu?
05/12/2022
Tips nak apply ASB Financing;
1. Grab 'Promo Rate'
2. Pilih tenure/tempoh paling 'Maximum' utk rendahkan bayaran bulanan
3. Ambik dgn 'Takaful' @ min 5 tahun
4. Buat minimum at least RM 51k utk dapatkan promo rate 4.40%
5. Tahu teknik smart ASBf sebelum apply
6. Pilih saya sebagai consultant anda😉
https://wasap.my/601135534595/asbloan2023
*lagi tinggi nilai Sijil ASB, lebih tinggi p**angan dividen
*ikut budget/kelayakan individu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ampang
68000
Opening Hours
| 10:00 - 21:00 |